Monday, October 5, 2009

Strategi Dan Prosedur Pengurusan Tingkah Laku

1)TIME OUT
Time-out merupakan teknik di mana guru akan meletakkan murid yang menimbulkan masalah displin di kerusi yang berasingan atau di sudut khas (Ee Ah Meng,1997).
· jangkamasa yang efektif adalah disesuaikan dengan usia kanak-kanak
· Misalnya, kanak-kanak di usia 3 tahun adalah 3 minit, bagi kanak-kanak 7 tahun ke atas,10 minit sudah mencukupi
· Setelah selesai hukuman tersebut dilaksanakan, kanak-kanak tersebut haruslah diterangkan tentang kesalahan yang telah dilakukan dan kenapa dia dikenakan hukuman.
· pemisahan dilakukan adalah untuk menenangkan keadaan kelas juga lebih kepada untuk menenangkan si pelaku agar dapat menenangkan fikiran.

Majalah Pa & Ma(Ogos,2003) menyenaraikan panduan time-out yang positif yang boleh diaplikasikan kepada murid sekolah mengikut situasi yang tertentu:-
1. gunakan bilik air/tempat yang sunyi sebagai tempat time-out. Bilik tidur pun sesuai juga digunakan
2. gunakan perakam masa dan loceng .Perakam masa akan alihkan perhatian anak daripada anda kepada bunyi yang menenangkan. Ia membantu ibu bapa terlupa akan time-out tersebut sedang berjalan
3. benarkan anak jadikan time-out sebagai pengalaman berfikir. Beritahu dia kesalahan mereka dan apa yang boleh mereka fikir apabila time-out selesai.Jarak masa adalah bergantung kepada setiap kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang hiperaktif,masa kurang 5 minit sudah bersesuaian.manakala untuk kanak-kanak normal,mungkin ambil masa yang lebih panjan

2)KONTRAK
· Kontrak adalah merupakan suatu perjanjian antara guru dengan murid.
· Di dalam kontrak tersebut, dinyatakan tingkah laku yang perlu diubah.
· Sebelum kontrak ditandatangani, persetujuan perlu wujud antara guru dan pelajar
Cara membuat kontrak
· guru mesti tetapkan tingkah laku yang diingini
· guru hendaklah mengenalpasti peneguhan yang hendak diberi kepada murid
· guru hendaklah menetapkan syarat kontrak;
1. apakah tingkahlaku yang diingini
2. apakah ganjaran yang hendak diberi
· tingkahlaku murid hendaklah diperhatikan dan sekiranya murid mematuhi kontrak, ganjaran hendaklah diberi

3)PENGGUNAAN TANDA(TOKEN)
· Meletakkan bintang pada hasil kerja murid yang baik(Ee Ah Meng,1999).
· Bermaksud, suatu simbol bagi token seperti berbentuk bintang,point ataupun boleh juga berbentuk setem di mana ianya boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid
· Token mempunyai nilai tertentu yang kemudiannya boleh menukarkan hadiah yang telah ditetapkan nilai oleh guru
· misalnya untuk buku cerita nilai token harus mencapai 50 mata.
· Cara ini dapat memotivasikan murid untuk menunjukkan tingkah laku yang positif. Kajian menunjukkan kaedah token dapat mengurangkan masalah disiplin sekolah.

4)REVERSE PSYCHOLOGY
· teknik di mana guru membuat sesuatu tindakan berlainan daripada kebiasaannya
· Contoh, guru ingin melatih murid mengangkat tangan apabila menanya soalan. Oleh itu guru memberitahu murid ,jika mereka mengangkat tangan,mereka tidak akan di soal oleh guru. Jadi, murid-murid akan mengangkat tangan kerana takut disoal oleh guru
· Maka guru akan dapat tingkah laku yang dia mahukan iaitu melatih murid mengangkat tangan.

5)HUKUMAN
· Ialah pemberian ransangan yang aversif,
· Ransangan aversif ialah apa-apa akibat yang boleh memberi kesan kesakitan atau keadaan yang tidak menyenangkan.
· contohnya : penafian hak atau peluang, teguran keras, dimarahi ancaman dan sebagainya.
· Menurut behaviorist , sekiranya hukuman dilaksanakan dengan betul boleh menjadi satu strategi yang efektif bagi menangani salah laku di kalangan murid-murid.
Kelebihan Hukuman
· Memberhentikan sesuatu salah laku dengan segera dan mengurangkan salah laku tersebut daripada berulang pada masa yang agak panjang

6)GANJARAN
· Objektifnya ialah untuk mewujudkan tingkahlaku yang membina dan positif dengan mengaitkan dengan perasaan seronok.
· Ganjaran ialah salah satu teknik yang untuk berkesan mengubah atau meneguhkan tingkah laku seseorang murid.
4 peringkat ganjaran
1. ganjaran utama- makanan, minuman
2. Ganjaran social- pujian senyuman, perhatian
3. Ganjaran aktiviti- bersiar-siar, berjalan-jalan,
4. Ganjaran umum- wang
Kebaikannya
· Mewujudkan kaitan yang seronok dengan tingkahlaku positif dengan itu menggalakkan tingkahlaku yang diingini.
· Menggalakkan minat terhadap pelajaran.
· Menggalakkan dan mengekalkan moral yang tinggi.
Kelemahannya
· Adalah ekstrinsik dalam menggerakkan murid memenangi hadiah dan bukanlah menyukai sesuatu tugas itu.
· Menggalakkan murid menipu.
· Menggalakkan sikap yang salah (tanpa hadiah)
· Hanya murid yang cerdas dapat hadiah.

7)PENEGUHAN POSITIF
· Peneguhan positif merupakan rangsangan yang memuaskan yang diberikan terhadap sesuatu tingkahlaku supaya diulang, biasanya pemberian yang menyenangkan dan menyeronokkan.
· Menurut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan peneguhan positif, maka keberangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah.
· peneguhan positif bertindak sebagai ganjaran yang mendorong seseorang melakukan gerak balas berulang-ulang atau bertambahnya tingkahlaku operan. Di antara gerak balas yang terlibat seperti pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya (Mok Soon Sang, 2004).
· Peneguhan positif juga bermaksud pemberian ganjaran.
· Peneguhan (reinforces) yang berbentuk ganjaran boleh dikatagorikan kepada 2 iaitu:-
1. Peneguhan Primer (Primery reinforcers) iaitu sesuatu yang tidak dipelajari dan keperluan untuk hidup seperti makanan, air….
2. Peneguh terlazim (Conditional Reinforces) yang dipelajari seperti pujian, belaian, wang dan sebagainya.
· Peneguh-peneguh ini boleh terjadi dalam bentuk pergaulan sosial (Social Reinforces) seperti pujian, tepukan, boleh juga dalam bentuk peneguh aktiviti (Activity Reinforces) iaitu aktiviti yang menyeronokkan dan mengembirakan serta diminati oleh murid-murid seperti bermain di padang, masa rehat yang lebih, menyanyi dan sebagainya (Ee Ah Meng, 1997).
· Peneguhan ganjaran mestilah mampu meningkatkan kekerapan tingkahlaku yang diganjari.
· Ganjaran dan hukuman adalah sesuatu yang difahami oleh murid-murid tertentu.
· Sesuatu pemberian itu mungkin menjadi ganjaran (peneguh) bagi seseorang murid tetapi tidak bagi murid-murid yang lain mungkin menjadi hukuman.
· Contohnya, terdapat seorang murid yang suka diberi perhatian akan melakukan sesuatu yang salah, guru akan memarahinya dan inilah yang diingini oleh murid tersebut kerana akan terus bertingkahlaku demikian kerana diteguhkan oleh guru tersebut.
· Peneguhan positif hendaklah sesuai dengan masa dan tempatnya. Sesuatu keadaan mungkin berubah dari satu masa ke satu masa atau sesuatu tempat.
· Contohnya, makanan mungkin peneguhan positif kepada murid sewaktu lapar, tetapi pada waktu murid-murid kurang sihat, sakit atau selepas makan mungkin makanan bukan lagi sebagai ganjaran untuk peneguhan positif.
· Givener dan Graunbard (1974), cadang 3 cara mengenali peneguh bagi seseorang individu iaitu:
1. Mendapat maklumat peneguh seseorang murid daripada apa yang diminatinya atau suka dilakukannya.
2. Melihat perlakuan yang dibuat selepas setiap kali peneguhan diberikan. (tindakan guru dan rakan sebaya).
3. Meneroka kehendak murid terutama apa yang mereka lakukan pada masa lapang, apa yang mereka suka miliki, yang mereka suka lakukan dan buat.
· Peneguhan positif juga digunakan sebaik sahaja tingkahlaku yang diingini berlaku. Contohnya, jika seorang murid yang tidak menepati masa tiba-tiba memasuki kelas tepat pada masanya, guru hendaklah memberi pujian dengan serta merta. Pujian tersebut akan mendorong kepada tindakan datang awal itu berulang lagi (Ee Ah Meng, 1997).
· Kanak-kanak pendidikan khas juga perlu diberi peneguhan positif terutama sekiranya hendak menunjukkan peningkatan terutama dalam tingkahlaku atau atau pelajaran di sekolah. Mereka akan merasa dihargai dan diberi perhatian terhadap usaha yang mereka lakukan walaupun hanya sedikit.

8)TINDAKAN TANPA LISAN
· Teknik yang tidak menggunakan pertuturan iaitu tanpa suara dengan tanda isyarat yang mudah difahami.
· Guru perlu peka terhadap murid-murid agar semua murid memberi perhatian dan mengikuti setiap aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
· Anggukan kepala dan senyuman di antara cara yang digunakan di dalam teknik tindakan tanpa lisan.
· Contohnya, guru mengganggukkan kepala dan memberi senyuman kepada murid-murid untuk menggalakkan mereka mengambil bahagian di dalam pengajaran. Misalnya, sekiranya guru menyoal murid-murid tersebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan, guru akan mengganggukkan kepala serta memberikan senyuman supaya murid-murid tersebut akan merasa dihargai dan yakin terhadap tindakannya. Tindakan seperti ini akan mendorong murid-murid pasif berubah menjadi aktif (Ee Ah Meng, 1997).
· Teknik ini sesuai digunakan di dalam kelas pendidikan khas agar murid-murid merasa selesa, merasa mereka diberi perhatian dan galakan kepada mereka untuk mencuba sesuatu walaupun mereka belum pasti.
· Anggukan menandakan bahawa guru tersebut menerima tindakan murid-murid terutama jika disertai dengan senyuman menambahkan lagi keyakinan murid-murid untuk mencuba dan dapat merubah tingkahlaku mereka daripada tidak berkeyakinan atau tidak berani mencuba kepada berkeyakinan atau berani mencuba.



9)TEKNIK IGNOR(TAK KISAH)
· Peneguhan yang selama ini telah diteguhkan dan merupakan satu pengabaian sistematik.
· Ia agak sukar untuk dilaksanakan kerana tingkah laku yang tidak bersesuaian itu sukar untuk diabaikan tanpa ditegur.
· Cara ini hanya sesuai bagi tingkahlaku yang tidak membahayakan diri individu dan orang lain( Shea & Walker, 1995).
· Di bawah adalah panduan untuk melaksanakan teknik ini:-
1. Apabila tingkahlaku ditunjukkan, guru perlu bertindak pasif tanpa menunjukkan apa-apa tanda yang guru nampak tingkahlaku tersebut.
2. Teruskan aktiviti dengan apa sahaja aktiviti yang sedang dilakukan.
3. Jika tingkahlaku berterusan, tinggalkan tempat tersebut.
Namun begitu, sebagai guru kita perlu pandai mengawal keadaan dan memastikan tindakan yang kita ambil tidak mendatangkan mudarat kepada murid dan juga guru.

10)TEKNIK KEHILANGAN HAK
· Merupakan satu intervesi tingkahlaku yang negatif walaupun hasilnya mungkin positif.Intervesi ini berkesan apabila hak yang hilang secara natural akibat daripada tingakahlaku yang tidak sesuai.( Shea& Walker, 1995).
· Sebagai contoh, seorang pelajar tidak mahu menyiapkan tugasan dalam kelas, maka masa untuknya bermain komputer akan dipotong.
· Untuk menjalankan intervensi ini beberapa panduan boleh diikuti:-
1. Pastikan pelajar faham kaitan antara tingkahlaku
2. Pastikan pelajar faham tingkah laku yang didenda akibata ripada tingkah laku yang ditunjukkan.
3. Aplikasikan tekhik kehilangan hak dengan adil kepada semua pelajar.
4. Jangan mengugut pelajar
5. Jgn pertikaiakan undang-undang dan dendaan apabila telah dijalankan.
6. Jgn libatkan emosi
7. Sentiasa tegas
8. Beri peneguhan kepada tingkahlaku yang sesuai.

11)TEKNIK PENGIKTIRAFAN
· Teknik ini lebih kepada memberi pujian dan galakan.
· Dengan memberi pengiktirafan ke atas usaha murid akan mampu merubah pencapaian dan tingkah laku mereka.
· Apabila menyatakan pujian ia menggambarkan persetujuan,
· Apabila memberi galakkan menggambarkan penerimaan.
· Pujian dan galakkan seharusnya bersifat penerimaan/penghargaan, pujian bersifat menilai harus dielakkan.
· Contohnya:
Ø Apabila murid berjaya melaksanakan tugas yang diberikan dgn baik, guru harus memberi pujian serta merta, murid akan rasa dihargai.
Ø Guru juga boleh menepuk bahu murid utk menunjukkan persetujuan dan penghargaan, bila murid melakukan tingkah laku yang mulia seperti menolong guru mengangkat buku.

12)MODELLING (TELADAN)
Guru menunjukkan teladan atau contoh ikutan yang baik
Akan mengakibatkan pelajar akan mengukuhkan tingkah laku baik yang baru dipelajari selain berpeluang mengikuti teladan tersebut lagi terutama bagi pelajar berkeperluan khas yang memerlukan dorongan yang lebih untuk membantu mereka belajar dengan lebih berkesan

13)UNDANG-UNDANG
· Membantu dan mengajar kanak-kanak menghadapi perihal dunia dan persekitaran
· Undang-undang dapat mengajar tingkah laku baru dan sesuai kepada kanak-kanak
· Ganjaran diberikan terhadap tingkah laku yang sesuai

14)SHAPING (PEMBENTUKAN)
Mengajar kanak-kanak melakukan sesuatu pengajaran atau tingkah laku baru melalui langkah-langkah yang mudah supaya kanak-kanak dapat menguasainya
15)FADING (PENGURANGAN)
· Pengajaran berasaskan pengurangan tingkah laku yang biasanya dilakukan terlalu banyak atau lama
· Faktor:
1. Tingkah laku tersebut akan menghalang kanak-kanak mempelajari kemahiran baru dan aktiviti sosial
2. Tingkah laku yang kurang baik akan mempengaruhi kehidupan orang lain
3. Tingkah laku yang tidak sesuai adalah merbahaya

4 comments:

  1. camner yer nk wat kontrak 2.. de contoh x?

    ReplyDelete
  2. kontrak bergantung kpd cikgu. undang2 kita yg buat utk kelas kita, contoh selagi belum siap latihan pengukuhan tak boleh main permainan. murid faham perjanjian tu, better disenarai kontrak tu. jgn cakap saja tapi tak buat.

    ReplyDelete
  3. contoh format kontrak pembelajaran:
    mata pelajaran/nama/kelas/tugasan/objektif

    column: peringkat/ objektif mahu dicapai/bagaimana saya melaksanakan/jangkamasa pelaksanaan/bagaimana penilaian/catatan

    tandatangan: kendiri(murid)/ rakan sebaya/ guru

    ReplyDelete
  4. klik sini http://nurulsimaothman-bmm.blogspot.com/2009/05/tajuk-7-penilaian-melalui-kontrak.html

    ReplyDelete