Monday, May 26, 2014

BENGKEL MANIPULASI POWERPOINT MEMBINA BBM, SLIDE SHOW & FLASH SWF

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya menawarkan perkhidmatan sebagai tenaga pengajar khusus untuk guru-guru dalam membina alat atau bahan bantu mengajar dengan manipulasi PowerPoint, dan terbuka juga kepada GO dan NGO atau kumpulan yang inginkan menerapkan kemahiran dalam Microsoft PowerPoint dalam membangunkan Slide Show atau Flash SWF.

Bengkel yang dikendalikan oleh saya akan dibekalkan CD Templates & Bahan serta Modul Manipulasi PowerPoint yang telah dibangunkan sendiri. 

PENGISIAN

Antara aplikasi penting yang terkandung dalam Modul Manipulasi PowerPoint yang akan diajar sewaktu bengkel adalah:
  1. Triggers Setting dalam PowerPoint
  2. Hyperlink PowerPoint
  3. Aplikasi Visual Basic di dalam PowerPoint
  4. PowerPoint kepada Shockwave Flash

SIAPA YANG PERLU KURSUS/ BENGKEL INI?

Sesiapa sahaja sama ada guru dan lain-lain profesion asalkan dia ingin membangunkan Slide Show dan Flash SWF beranimasi, interaktif yang boleh mengujakan! Antara peserta kursus sebelum ini:
  1. Guru LINUS, Pemulihan
  2. Guru BM, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
  3. Guru Pelatih IPGM
  4. Pentadbir
Ini kerana bengkel manipulasi PowerPoint ini berkonsepkan:
  1. Edit Templates
  2. Sesuai untuk apa sahaja subjek
  3. Bimbingan, bangunkan, "present" dan "publish"

KANDUNGAN MODUL MANIPULASI POWERPOINT MEMBINA BBBM

Antara kandungan modul:

1.0         PENGENALAN                                                                                                         
2.0         MATLAMAT KURSUS                                                                                            
3.0         OBJEKTIF KURSUS                                                                                                
4.0         KONSEP TRIGGERS DALAM POWERPOINT                                                     
5.0         KEPROFESIONALAN BBBM ICT POWERPOINT                                                           
6.0         APLIKASI TRIGGERS DALAM “CUSTOM ANIMATION”                                              
7.0         CONTOH BBBM TRIGGERS: Latihan pilih suku kata yang betul                    
8.0         KEISTIMEWAAN TRIGGERS
9.0         CONTOH BBBM POWERPOINT MENGGUNAKAN TRIGGERS                                  
9.1         Latihan Pilih Jawapan yang betul  
9.2         Permainan Domino                                                                                      
9.3         Susun Huruf/ Nombor/ Ejaan/ Perkataan/ Ayat                                        
9.4         Sambung Titik/ Proses                                                                                
10.0       APLIKASI VISUAL BASIC DALAM POWERPOINT                                             
10.1       Mewujudkan “Developer” dan “Enable Macros”                                    
11.0       KELEBIHAN APLIKASI VISUAL BASIC DALAM POWERPOINT                      
12.0       CONTOH BBBM POWERPOINT MENGGUNAKAN VISUAL BASIC                
12.1       Isi Jawapan pada TextBox                                                                          
dengan huruf/ nombor/ perkataan/ ayat                                                    
12.2       Teka silang kata                                                                                           
13.0       MANUAL MENGEDIT TAPAK BBBM (TEMPLATES)                                        
13.1       BBBM Animation Triggers: pilih suku kata yang sesuai            
13.2       BBBM Animation Triggers: m3 pilih jawapan                                          
13.3       BBBM PowerPoint + Visual Basic: ”VB-isi tempat kosong”                 
             13.4       BBBM PowerPoint + Visual Basic: ”VB-m3 taip jawapan”


TEMPOH YANG DIPERLUKAN

Bengkel Manipulasi PowerPoint Membina BBBM memerlukan masa berdasarkan pakej:

BIL
PERKARA
MASA DIPERLUKAN
1
Triggers, Hyperlink, Converting PowerPoint ke Flash
8 jam
2
Aplikasi Visual Basic di dalam PowerPoint
8 jam

Namun begitu ia bergantung kepada tahap penguasaan & penerimaan peserta. Ia juga boleh diubah mengikut kesusaian. Penganjur juga boleh memilih samada satu atau kedua-dua pakej.


PENGALAMAN

Setakat ini saya telah mengadakan bengkel dan kursus kepada guru di beberapa kawasan:
  1. Slot Bina BBBM ICT Kursus Pendedahan Program Guru Pemulihan Khas Kepada Guru Pemulihan Khas Linus Nkra sepanjang tahun 2012 di:
    • Ipoh
    • Kota Bharu
    • Kuala Lumpur
    • Miri
    • Alor Setar
  2. Kursus Membina BBBM ICT bagi Guru Pemulihan Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 2012
  3. Kursus Membina BBBM ICT bagi Guru Bahasa Melayu & Matematik Daerah Sabak Bernam, Selangor pada 2012
  4. Kursus Membina BBBM ICT bagi Guru Pelatih, Guru Pemulihan dan Pensyarah Pemulihan Khas di IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka pada 2013
  5. LADAP Bina BBM SK Bagan Terap, SK Simpang 5 & SK Sungai Haji Dorani tahun 2013

PROSEDUR & CARA UNTUK MENGANJURKAN KURSUS
  1. Tuan puan boleh hubungi saya untuk tempahan menerusi:
    • Telefon : 0134803169
    • Email: bastami_zakaria@yahoo.com.my
    • Tel Pej: 0332243967
    • No Fax: 0332243967
    • Facebook: Bastami Zakaria
    • Group FB: Didik Hibur
    • Page FB: Teko & Cawan
    • Blog: http://www.tekodancawan.blogspot.com
  2. Perlu menghantar surat Jemputan sebagai Penceramah kepada majikan saya:
         Alamat:
         Guru Besar
         SK Sungai Haji Dorani
         45300 Sungai Besar
         Selangor


KOS & BAYARAN

Saya memberi beberapa pilihan:
  1. Bayaran Pendahuluan (kos pengangkutan & penginapan jika perlu) berserta membuat Tuntutan Elaun Penceramah berdasarkan Gred.
  2. Membayar jumlah lump sum yang dipersetujui bersama yang bersesuai dengan jarak dan masa bengkel.
  3. Lain-lain berdasarkan persetujuan bersama.
Modul yang akan dibekalkan bersama CD untuk setiap peserta bengkel.


Isi Kandungan Kursus


Peserta Kursus Bina BBM ICT: Guru LINUS PPD Kuala Pilah 2012


Peserta kursus membentang hasil kerja beliau.