Wednesday, October 23, 2013

MODUL 1 eTAM Fonik Akhiran KVKVK

Alhamdulillah sudah siap satu modul beserta lembaran kerja. jadi kepad sesiapa yang berminat untuk memilikinya sila tinggalkan email. Bahan ini telah terbukti keberkesanannya kerana saya telah pun membuat kajian tindakan yang khusus untuk Teknik Fonik Akhiran ini. Ia sangat berkesan kerana ia tidak mencampur aduk perkataan yang berlain bunyi.

MAHU MENCUBA  eTAM TEKNIK FONIK AKHIRAN KVKVK?

Kaedah “FONIK AKHIRAN eTAM" membantu murid menguasai kemahiran KV+KVK.

Abstrak

       Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaedah “Fonik Akhiran eTAM” dalam membantu murid menguasai kemahiran mengeja, membatang dan menulis perkataan KV+KVK. Ia mengkaji keberkesanan kaedah, kefahaman dan pengusaan jangka masa panjang membunyikan suku kata “KVK” yang menjadi masalah utama kepada murid-murid pemulihan khususnya.  Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid pemulihan khas dari Tahun 1, 2 dan 3. Terdapat tiga fokus utama dalam kajian tindakan ini iaitu yang pertama ransangan murid untuk berfikir, mencuba membatang perkataan-perkataan dan mengenalpasti corak dan perkaitan bunyi perkataan KV+KVK dalam keluarga fonik akhiran yang sama. Seterusnya menggalakkan murid untuk memberi contoh perkataan lain yang tergolong dalam fonik yang sama dengan perkataan yang dikemukakan oleh guru. Fok us lain ialah menguji samada murid dapat membina perkataan KV+KVK berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul. Seterusnya yang terakhir menguji samada murid dapat membina dan menulis perkataan KV+KVK yang disebut oleh guru dengan betul. Kajian ini bermula dari 2 Mei 2013 hinggalah 16 Julai 2013 iaitu dengan membuat pemerhatian, Ujian Lisan, pelaksanaan, Ujian Pos dan menganalisis  dapatan kajian. Akhirnya saya mendapati murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran KV+KVK. Bagi Ujian Lisan murid secara purata murid dapat mengeja, dan menyebut dengan betul 8 dari 10 perkataan KV+KVK yang berlainan Fonik Akhiran berbanding samasa Ujian Pra mereka hanya dapat membatang 3 dari 10 sahaja. Seterusnya bagi Ujian Bertulis pula mereka menunjukkan sebanyak 81% penguasaan Modul Fonik Akhiran eTAM.