Friday, December 13, 2013

Modul KV eTAM

Alhamdulillah. Segala Puji & Puja hanya bagi Allah. Setelah 3 bulan saya berhempas pulas, dengan kesibukan tugas, saya berjaya menyiapkan satu modul yang akan membantu guru-guru Bahasa Melayu terutama guru pra, guru pemulihan, guru Tahun 1.

Modul suku kata KV ini merangkumi suku kata KV bagi kesemua huruf konsonan yang ada kecuali "x". Ini bermakna Konsonan b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, y, z. Kesemua konsonan digabungkan dengan 6 huruf vokal (a, i, u, o, e & e'). Sebagai contoh ba. bi, bu. bo. be & be'.

Modul ini dibangunkan bersama (lihat gambar):

  1. Set Interaktif PdP dalam 2 Versi : PowerPoint & SWF Flash (boleh dibuka pada iPAD, TAB dsb)
  2. Lagu KV (ciptaan sendiri..jangan gelak..tapi sangat berkesan..janji murid suka)
  3. Lembaran Kerja Bertulis
  4. Ujian Lisan
  5. 6 set Permainan Bahasa BINGO.
Set Interaktif PdP Modul KV menitikberatkan kemahiran, mengenal, menyebut, mendengar, mengikut, mengingat & mengecam. Kesemua suku kata dalam Set PdP Interaktif telah dimasukkan suara, bunyi suku kata tersebut, klik sahaja. Seterusnya ditambah kemahiran menulis dengan Lembaran Kerja. 

Bagi aktiviti pengukuhan, disediakan set Permainan Bahasa BINGO. Ada 6 set, bermakna cukut untuk 6 orang murid, print dan potong, kemudian main. Tahu bagaimana cara bermain BINGO. Cikgu sebut satu suku kata, murid cari & tanda suku kata yang disebut..ada 5 setiap suku kata yang perlu ditanda. Kemudian cikgu sebut suku kata lain. Murid yang dapat 5 tanda secara melintang, menegak atau menyerong, dia akan dapat satu B kemudian I hingga lengkap BINGO. Siapa yang dapat BINGO dahulu dikira pemenang.

KEPADA GURU-GURU YANG INGIN MENCUBA GUNA MODUL KV eTAM INI SILA KLIK LINK INI 


Saya menyediakan satu kaedah untuk melihat dan menganalisis tahap pengusaan murid dalam Modul ini. Cuba lihat ini: 

Anda lihat deretan lampu dan "wajah masam" di tepi sebelah kanan? Lampu pertama akan keluar kita murid menekan soalah sekali lagi. Dia menekan kerana dia tidak ingat atau tidak mendengar. Jika ditekan soalan lampu seterusnya akan keluar. Banyak lampu bermakna murid masih lemah. Kemudian "wajah masam" akan keluar apabila murid tidak menyusun dengan betul. Banyak "wajah masam" bermakna dia belum mengenal suku kata.

ANTARA PAPARAN MODUL KV eTAM2.0
Menu Modul Interaktif KV eTAM2.0
Ada 20 Slide bagi Konsonan Popular (kecuali konsonan f,q, v,w, y & z)

Inilah kesemua file dalam Modul KV eTAM. Ada 20 set PdP Interaktif & L.Kerja (set BINGO di dalam L.Kerja)

6 Set BINGO

Ujian Lisan. Cikgu perlu sebut sendiri 6 suku kata secar rawak. Tiap satu suku kata 3 kali.

Ujian Lisan, cikgu sebut ikut Skema yang disediakan, murid bulatkan.

Ujian Lisan Aras tinggi, jika murid berjaya bermakna dia sudah menguasai. Cikgu sebut 3 suku kata sekaligus, beri ada gap 2 saat antara suku kata, murid tulis. Rujuk Skema.

Latihan bertulis. Perlu bantu namakan gambar jika perlu. Ini sudah boleh jadi latihan untuk KVKV.