Sunday, May 25, 2014

ANUGERAH GURU INOVATIF ICT 2014

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana saya telah dinobatkan sebagai Guru Inovatif ICT sempena Sambutan Haru Guru Peringkat Daerah Sabak Bernam 2014.

Walaupun kejayaan ini tidak seberapa namun ia telah menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkarya terutama dalam menghasilkan "Interaktif Teaching Courseware". Mudah-mudahan terus dikurniakan idea, kekuatan, kelapangan, ilmu dan sokongan dari persekitaran dalam membangunkan sesuatu yang bermanafaat kepada murid, sekolah, guru, agama dan negara.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada isteri saya yang memberi sokongan dan semangat yang tidak berbelah bagi. Seterusnya kepada mentor saya Tuan Haji Yusop Ahmad dari SK Sungai Tengas Kulim yang banyak berjasa. Tidak lupa juga Tuan Guru Besar SK Sg Hj Dorani, Pn Hajah Zaharah binti Mohd Ariff yang banyak memberi sokongan, peluang dan kerjasama yang terbaik kepada saya. Seterusnya kepada rakan-rakan guru SK Sg Hj Dorani yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung. Akhir sekali buat pelanggan, pengguna produk eTAM yang sering menyokong, memberi maklumbalas dan kritikan terhadap produk eTAM, tanpa mereka produk eTAM tidak akan ke mana.