Thursday, February 9, 2023

LEMBARAN KERJA MATEMATIK

Insya Allah saya akan menghasilkan lembaran kerja Matematik (ASAS NUMERASI) yang disusun secara berperingkat dari aras rendah hingga tinggi dari masa ke semasa. Anda boleh muat turun dari link di bawah.

10/2/2023: Konsep Tambah, Ayat Matematik, Bentuk Lazim & Penyelesaian Masalah


DOWNLOAD LINK: LEMBARAN KERJA TAMBAH

Saturday, February 4, 2023

MODUL IMLAK eTAM

Imlak iaitu kemahiran membina perkataan dan ayat merupakan aras yng tinggi khususnya untuk murid-murid pemulihan. Oleh itu saya menyusun perkataan-perkataan secara mekanis untuk memudahkan murid membina perkataan. Malah bahan interaktif imlak ini dibangunkan menggunakan PowerPoint dan juga turut dibuat dalam bentuk APK yang boleh dipasang pada telefon pintar. Ini kerana bahan ini akan memudahkan guru menjalankan latihan imlak secara kendiri di mana-mana sahaja.


Di sini saya sediakan download link untuk tuan/ puan muat turun: 

MODUL IMLAK DIFTONG & VOKAL BERGANDING


Wednesday, February 1, 2023

MODUL 41 KVKV

Merupakan satu modul pintas yang dibangunkan untuk mengajar kemahiran suku kata terbuka KV seterusnya kemahiran perkataan KVKV. 

Ia diklasifikasikan sebagai pintas kerana:

a) memperkenalkan KV dengan 4 konsonan pada 1 masa dan terus bentuk perkataan dalam pertikan pendek bacaan bergred (asal-usul nama Modul 41 KVKV).

b) tidak perlu untuk murid kenal semua huruf a-z. Terus kenalkan set 1. Pada masa tersebut kenalkan mereka dengan 4 konsonan.

c) setiap set disusun mengikut konsonan yang mudah terlebih dahulu dan diasingkan konsonan yang boleh mengelirukan pada satu masa.

    Set 1:    t,n,s,w

    Set 2:   k,c,y,m

    Set 3:    d,l,g,p

    Set 4:    h,r,j,b

    Set 5:    b,c,d,f + o,e,e

    Set 6:    g,h,j,k +  o,e,e

    Set 7:    l,m,n,p + o,e,e

    Set 8:    r,s,t,y + o,e,e

Sebelum ini saya telah muat naik Modul 41 KVKV untuk digunakan secara online semasa PdPR yang lalu. Klik setiap link mengikut set di bawah untuk menggunakan secara online:

Klik link: MODUL 41 KVKV eTAM ONLINE


Saya juga ingin berkongsi secara PERCUMA MODUL 41 KVKV OFFLINE.  

Boleh dimuat turun melalui link di bawah:  

DOWNLOAD LINK : MODUL 41 KVKV eTAM


BAHAN INTERAKTIF POWERPOINT


LATIHAN BERTULIS: PRINTABLE


MODUL 41 KVKV VERSI APK:

 (INSTALL PADA TELEFON PINTAR)



PANDUAN LATIHAN BERTULIS: 

BERSUARA UNTUK BANTU MURID JAWAB LATIHAN BERTULIS


MODUL BACAAN BERGRED: PRINTABLE