Saturday, August 6, 2011

Apa itu eTAM?

PROJEK eTAM

Projek eTAM (eTeaching Aid by Multimedia) merupakan satu perisian pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan perisian komputer atau nama lain Teaching Courseware. Ia dibangunkan oleh saya yang pada awalnya hanya karya peribadi untuk digunakan sebagai ABM. Namun apabila Progran LINUS diperkenalkan sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang mana LINUS disenaraikan di dalam 4 sub NKRA dalam Bidang Pendidikan, saya mula bersungguh membangunkannya untuk dijadikan salah satu kaedah P&P saya dan berhasrat turut dikongsi bersama Guru LINUS.

Kumpulan sasaran sebenar yang akan menggunakan eTAM ialah murid-murid yang tergolong dalam kategori LINUS, LINUS TEGAR dan PEMULIHAN. Namun ia juga boleh digunakan untuk murid aliran PERDANA.

Saya menamakan eTAM sebagai satu PROJEK kerana ia adalah satu produk P&P yang akan dihasilkan dan mempunyai satu jangkamasa pembikinan yang telah ditetapkan iaitu bermula dari Januari 2010 hingga September 2010.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba menggunakan eTAM anda boleh KLIK pada Link di bawah untuk download secara PERCUMA!!!

DEMO eTAM: http://www.sendspace.com/file/ksqepe

PENGENALAN

Kanak-kanak belajar dari apa yang mereka lihat, dengar dan rasa. Ini bermakna ransangan amat penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Pelaksanaan P&P yang berkesan perlu melalui 5 elemen penting yang melibatkan:

  1. Kerja bertulis bersistematik dan berterusan.
  2. Pergerakan murid yg bebas tapi terkawal.
  3. Kerjasama murid tanpa mereka sedari.
  4. Aktiviti ‘hands on’/ ‘minds on’ (kinestatik).
  5. Perisian yang menarik / edu game.(perisian mesti related dengan kemahiran yang diajar dan seeloknya dibangunkan sendiri).

Projek eTAM lahir dari perasaan saya yang inginkan murid saya belajar dalam keadaan yang seronok dan menarik. Tambahan murid-murid atau kanak-kanak sekarang terdedah dengan teknologi masa kini, mereka cukup minat dan tertarik dengan komputer. Sudah ramai guru menggunakan kaedah ini, dan ianya memang terbukti mamberi kesan dan perubahan ke atas prestasi murid. Namun tidak dinafikan kaedah sedia ada tidak baik, tetapi e-linus ini lebih kepada konsep dan pengukuhan.

Saya cuba mengetengahkan eTAM ini untuk dikongsi bersama guru-guru lain yang inginkan sesuatu kelainan atau yang ingin belajar membangunkan sendiri perisian. Ini kerana bagi saya ia adalah suatu kaedah yang menarik dan boleh menarik minat murid untuk belajar.

OBJEKTIF eTAM

  1. Menarik minat murid untuk belajar
  2. Membantu memberi ransangan yang baik dalam proses pembelajaran
  3. Meningkat koordinasi dan perkembangan kognitif kanak-kanak
  4. Memberi ruang untuk guru mengurus dan membangunkan ‘teaching courseware’ sendiri

MATLAMAT eTAM

Projek eTAM ini bertujuan untuk murid-murid memahami konsep Literasi dan Numerasi dan belajar secara interaktif seterusnya merealisasikan sifar murid pemulihan pada tahun 2012.

PRINSIP eTAM

  • Mengikut sukatan Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu Dan Matematik

Bahasa Melayu: 32 kemahiran

Matematik: 22 kemahiran

  • Penceritaan konsep yang mudah:

Saya seboleh-bolehnya akan membuat slide show yang dapat menceritakan konsep dengan mudah terutamanya Matematik. Contohnya bagi operasi tolak, 9-5=4, terdapat sekumpulan 9 ekor burung kemudian 5 ekor kemudiannya terbang meninggalkan kawannya.

  • Senang digunakan (Friendly) :

Perisian dibangunkan atas prinsip senang digunakan, malah ia turut boleh diekses oleh murid itu sendiri. Murid digalakkan untuk diberi peluang menggunakan komputer bagi tujuan pembelajaran.

  • Boleh laras (edit) :

Guru boleh mengubah setiap fail dan item-item e-linus. Contohnya 8+4=12, guru boleh menukar ke 7+4=11 dengan “edit text” dan “delete 1 dari 8 gambar. Segala item boleh diubah mengikut kesesuaian dan kehendak guru.

  • Boleh ubah:

Ia hanya menggunakan perisian Microsoft Power Point yang terdapat pada mana-mana komputer guru. Ini bermakna ia tidak perlu pemasangan (install), boleh dipindahkan (copy dan paste).

  • Menarik:

Mempunyai audio, visual, pergerakan, gambar-gambar yang menarik, mempunyai animasi, penggunaan warna yang sesuai, tulisan yang menarik dan sesuai (Century Gothic dan Comic San Ms).

  • Sentiasa diperbaiki:

Apa yang dibuat tidak semestinya terbaik, apabila dilihat tidak berkesan, ianya perlu diubah. Saya sentiasa mencari di mana kelemahan perisian saya bagi tujuan penambahbaikan.

Brochure eTAM




PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Senarai Semak Pelaksanaan
  • SET KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

Bil

KEMAHIRAN

CATATAN

1

Huruf abjad kecil [ a - z ]


2

Huruf abjad besar [ a - z ]


3

Huruf vokal a, e, i, o, u [e taling, e pepet]


4

Sukukata terbuka


5

Perkataan 2 sukukata kv + kv


6

Perkataan 2 sukukata v + kv


7

Perkataan 3 sukukata kv + kv + kv


8

Perkataan kvk


9

Sukukata kvk di awal dan di akhir


10

Perkataan 2 sukukata kv + kv


11

Perkataan 2 sukukata kv + kv


12

Perkataan 2 sukukata kv + kvk


13

Perkataan 2 sukukata kvk + kv


14

Perkataan 2 sukukata kv + kv + kvk


15

Perkataan 2 sukukata kvk + kv + kvk


16

Perkataan kvkk


17

Sukukata kvkk


18

Perkataan 2 sukukata kv + kvkk


19

Perkataan 2 sukukata v + kvkk


20

Perkataan 2 sukukata kvk + kvkk


21

Perkataan 2 sukukata kvkk + kv


22

Perkataan 2 sukukata kvkk + kvk


23

Perkataan 2 sukukata kvkk + kvkk


24

Perkataan 3 sukukata kv + kv + kvk


25

Perkataan 3 sukukata kv + kv + kvkk


26

Perkataan 3 sukukata kv + kvk + kvkk


27

Perkataan 3 sukukata kvk + kv + kvkk


28

Perkataan 3 sukukata kvkk+ kv + kvk


29

Perkataan yang melibatkan diftong dan vokal berganding


30

Perkataan yang melibatkan huruf konsonan berganding


31

Membaca dan membina ayat-ayat mudah


32

Bacaan dan pemahaman



  • SET KEMAHIRAN MATEMATIK

NO

TOPIC

REMARK

1

PRE-NUMBER


2

NUMBER CONSEPTS


3

RECOGNITION OF NUMERALS


4

TO RECOGNIZE ZERO '0'


5

ADDITION WITHIN 10


6

SUBTRACTION WITHIN 10


7

RECOGNISING NUMBERS 11 TO 50


8

ADDITION WITHIN 18


9

SUBTRACTION WITHIN 18


10

ADDITION WITHIN 50,WITHOUT REGROUPING


11

ADDITION WITHIN 50,BY REGROPING


12

SUBTRACTION WITHIN 50,WITHOUT REGROUPING


13

SUBTRACTION WITHIN 50,BY REGROUPING


14

RECOGNISING NUMBERS 11 TO 50


15

ADDITION WITHIN 100,WITHOUT REGROUPING


16

ADDITION WITHIN 100,BY REGROPING


17

SUBTRACTION WITHIN 100,WITHOUT REGROUPING


18

SUBTRACTION WITHIN 100,BY REGROUPING


19

MULTIPLICATION


20

DIVISION


21

MONEY


22

CONCEPT OF TELLING TIME