Saturday, August 6, 2011

SUKAN TERAPI MINDA

PENGENALAN

Pada 10 Mac 2011 yang lalu, Panitia Pemulihan Khas telah menjalan satu aktiviti seperti yang telah dirancang dalam takwim tahunan Panitia Pemulihan Khas iaitu sukaneka untuk murid-murid pemulihan yang diberi nama Sukan Terapi Minda.

Alhamdulillah aktiviti yang telah dirancang telah selesai dilaksanakan. Namun setiap aktiviti yang dijalankan harus dinilai adakah tercapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

Matlamat SUKAN TERAPI MINDA ialah bertujuan memberikan pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih interaktif di samping bagi membina kecerdasan mental dan fizikal murid-murid. Berdasarkan pemerhatian saya murid seronok untuk mengambil bahagian dalam setiap acara yang dipertandingkan kerana inilah lumrah dan naluri kanak-kanak yang suka bermain tambahan ianya diadakan di luar kelas.


OBJEKTIF

  1. Memberi suasana pembelajaran secara langsung dan tidak langsung yang menyeronokkan tanpa memberi sebarang tekanan kepada murid.
  2. Memupuk semangat kerjasama dan menghilangkan rasa takut seterusnya dapat membolehkan murid membiasakan diri dengan persekitaran
  3. Memperbaiki komunikasi murid dan melatih murid mendengar, menerima dan melaksanakan arahan guru.
  4. Memupuk sifat kepimpinan murid seterusnya membina keyakinan diri mereka.

No comments:

Post a Comment