Friday, February 3, 2012

JURNAL REFLEKSI: Minggu Pertama


Jurnal ini ditulis sewaktu saya menjalani praktikum SK Sungai Seluang, Lunas Kulim di Kedah, dengan bimbingan Cikgu Fadzilah Hashim yang berpengalaman. Sebelum ini saya tidak berkesempatan untuk memasukkan ke dalam blog walaupun tujuan blog ni dibangun untuk tujuan jurnal mingguan pada awalnya. Alhamdulillah kali ni diberi kesempatan. Penulisan, idea, ulasan dan perbincangan saya kurang baik atau tidak lengkap, tapi saya tetap mahu berkongsi dengan mereka yang berminat dan kita boleh berbincang, bercambah idea di sini.


Minggu

Pertama

Tarikh

21/07/09 ~ 26/07/09

Masalah yang dikenalpasti:

Murid lupa tentang apa di ajar, tidak ingat, keliru antara huruf ‘b’ dan ‘d’

Perasaan berhubung masalah ini:

Saya mengadakan ujian lisan diagnostik bahasa melayu di minggu pertama ini. Saya mendapati ramai dari murid saya tidak pasti di antara huruf ‘b’ dan ‘d’. Lantas saya berfikir mengapa ianya selalu terbalik, terkeliru. Saya fikir mereka bukannya tergolong dalam disleksia.

Tinjauan ke atas masalah:

Sudah tentu mereka telah belajar ‘b’ dan ‘d’. Mereka pula dari golongan murid yang normal. Sudah tentu mereka lupa atau tidak ingat dengannya.

Lupaan bermaksud suatu kegagalan individu mengingati sesuatu fakta yang pernah diketahui sebelum ini.

Kegagalan ini mungkin disebabkan maklumat dalam ingatan jangka pendek boleh hilang sebelum sempat diproses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang atau gagal memanggil semula maklumat itu daripadaingatan janggka panjang (Slavin, 1997).

PROSES MEMORI MANUSIA

JENIS-JENIS LUPAAN

Lupaan Gangguan:

1. Merupakan salah satu dari 5 jenis lupaan, selainnya lupaan keusangan, lupaan terdesak, lupaan kebimbangan dan lupaan ledakan maklumat.

2. Lupaan gangguan berlaku akibat gangguan yang telah berlaku akibat pembelajaran baru atau pembelajaran yang lama

3. Terdapat 2 jenis lupaan gangguan iaitu:

· Gangguan proaktif: pembelajaran lalu yang mengganggu pembelajaran kini. Contohnya pembelajaran memandu di sebelah kiri di Amerika menggangu pengalaman memandu di sebelah kanan di Malaysia.

· Gangguan retroaktif: berlaku apabila bahan pembelajaran yang lama tidak difahami dengan baikatau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Oleh itu pembelajaran yang baru akan menggangu pembelajaran yang lama. Contohnya pembelajaran huruf ‘d’ mengganggu penulisan huruf ‘b’.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU LUPAAN

• Keusangan

    1. Maklumat hilang disebabkan oleh peredaran masa.
    2. Pertambahan usia mengakibatkan manusia lebih mudah lupa akan sesuatu.

• Gangguan -Bermaksud suatu proses yang terjadi apabila percubaan mengingat semula dihalang oleh maklumat lain dalam memori.

• Tekanan -Lupaan akan berlaku apabila seseorang menolak memori yang menyakitkan atau memedihkan ke paras kesedaran.

Contohnya : Seorang murid mengalami kemalangan jalan raya, lalu menyebabkan kematian salah seorang ahli keluarganya. Murid tersebut akan mencuba untuk melupakan peristiwa pahit tersebut.

• Minat -Perkara yang kurang diminati akan lebih mudah dilupakan.

• Kebimbangan (Anxiety)- Sifat “nervous” boleh menyebabkan seseorang lupa.

Contohnya : Di dalam dewan peperiksaan, seseorang murid boleh lupa apa yang dipelajari ekoran rasa bimbang yang tinggi

• Persekitaran

1. Persekitaran yang berubah dari masa ke masa akan mengakibatkan seseorang berasa sukar mengingati sesuatu.

2. Hal ini terjadi seperti berlaku perubahan nama jalan, maka sesorang berasa keliru dan lupa untuk mengingati semula seperti dahulu.

• Masa yang Tidak Mencukupi -Masa cukup penting dalam mempengaruhi daya ingatan seseorang.

Contohnya : Seorang murid melakukan ulang kaji pada saat-saat akhir sebelum peperiksaan menjelma. Hal ini mengakibatkan murid tersebut lupa akan fakta yang di baca ekoran masa yang tidak mencukupi.

• Aras Keyakinan Diri yang Rendah -Jika daya keyakinan diri rendah, boleh menyebabkan lupaan.

Contoh : Seorang murid berasa tidak yakin untuk bertanya guru apa yang tidak difahami, namun perasaan tidak yakin akan menyebabkan murid tersebut mengambil keputusan untuk menangguhkan pertanyaan. Akibatnya, murid tersebut akan lupa.

• Fakta Tidak Lengkap -Sesuatu maklumat atau fakta yang disampaikan dengan tidak lengkap juga menjadi faktor seseorang mudah lupa akan sesuatu.

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Bahan pembelajaran yang bermakna ada berkaitan - Guru boleh membantu menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik perhatian murid serta mempunyai kaitan yang sesuai dengan permbelajaran.

Teknik pembelajaran yang sesuai - Guru boleh menggunakan teknik senang kepada susah, umum kepada khusus dan konkrit kepada abstrak.

Suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan - Interaksi antara guru dan murid yang berlaku secara positif akan membantu murid bebas mengeluarkan pendapat atau bertanya sekaligus memepengaruhi daya ingatan murid tersebut.

Mengajar kaedah Metakognitif

• Kaedah ini memerlukan guru mengajar murid membuat nota ringkas, membuat peta minda, kaedah mnemonik.

• Kaedah mnemonik merupakan kaedah menyambungkan huruf di awal perkataan menjadi ayat yang mudah di ingat. Contohnya : warna pelangi

Latih Tubi - Latihan yang diberikan secara kerap, hafalan akan membantu murid lebih mengingat akan sesuatu konsep pelajaran

Kesimpulan

Lupaan merupakan satu perkara normal yang berlaku dalam kehidupan manusia. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu meningkat daya ingatan atau kognitif muri-murid. Murid-murid juga perlu menyediakan diri dari aspek kognitif agar proses pembelajaran berlangsung dengan bermakna dan mampu disimpan dalam memori jangka panjang.