Tuesday, September 11, 2012

CIRI-CIRI BBBM TMK (ICT)


Mengikut sukatan pelajaran:
BBBM yang dibina perlu mengikut sukatan dan tidak bercampur-aduk pola yang berbeza dan sesuai dengan pengetahuan sedia ada. Contohnya perkataan kvkvkk tidak harus berana dalam BBBM kvkv.

Penceritaan konsep yang mudah:
BBBM dapat menceritakan konsep dengan mudah terutamanya Matematik. Contohnya bagi operasi tolak 9-5=4, terdapat sekumpulan 9 ekor burung kemudian 5 ekor kemudiannya terbang meninggalkan kawannya.

Mesra pengguna :
BBBM TMK yang dibangunkan mestilah senang digunakan oleh guru dan murid. Ianya mudah diekses dengan disediakan ikon, butang, menu dan pautan yang sesuai. Murid harus diberi peluang menggunakan komputer bagi tujuan meningkatkan kemahiran literasi komputer. Boleh disediakan manual penggunaan sekiranya perlu.

Boleh laras (edit) :           
BBBM TMK harus boleh diedit, boleh ditukar gambar, perkataan dan susun atur. Dengan ini BBBM boleh diperbanyakkan dengan mudah dan cepat. Contohnya 8+4=12, guru boleh menukar ke 7+4=11 dengan “edit text” dan “delete 1 dari 8 gambar. Segala item boleh diubah mengikut kesesuaian dan kehendak guru.

Boleh ubah dan pindah:
BBBM TMK seharusnya menggunakan perisian yang umum seperti Microsoft Office. Contohnya perisian Microsoft Power Point yang terdapat pada mana-mana komputer. Ini bermakna ia tidak perlu pemasangan (install), boleh dipindahkan (copy dan paste) dan beroperasi dikomputer lain.

Menarik:
Mempunyai audio, visual, pergerakan, gambar-gambar yang menarik, mempunyai animasi, penggunaan warna yang sesuai, tulisan yang menarik dan sesuai seperti Century Gothic dan Comic San Ms.

Boleh mengesan dan menganalisa:
BBBM TMK perlu mempunyai unsur boleh mengesan kelemahan dan pencapaian murid terhadap isi pelajaran. Dengan ini guru boleh membuat analisis, menyelesaikan masalah murid dan penambahbaikan dalam P&P.

Sentiasa diperbaiki:
Apa yang dibuat tidak semestinya terbaik, apabila dilihat tidak berkesan, ianya perlu diubah. Saya sentiasa mencari di mana kelemahan BBBM TMK bagi tujuan penambahbaikan.

No comments:

Post a Comment