Monday, February 27, 2012

JURNAL REFLEKSI: Minggu Keenam


Minggu

Keenam

Tarikh

26/07/09 ~ 30/07/09

Isu yang dikenalpasti:

Murid suka menunjuk-nunjuk, menjerit-jerit apabila mereka tahu sesuatu.

Mengenalpasti punca masalah:

Pada pendapat saya ini sifat normal kanak-kanak. Murid pada usia in memang mahukan perhatian, tambahan ada sesetengah murid di rumahnya ibu bapanya garang, serius dan kerap marah-marah. Mereka juga cepat bosan. Guru tidak harus menghalang mereka dari bersifat aktif tetapi mengawal tingkah laku mereka supaya ianya cenderung ke arah pelajaran.

Kekuatan Isu:

Ianya baik jika suka menunjuk kebolehannya berkenaan dengan topik yang diajar.

Kelemahan Isu:

Menjadi satu masalah jika apa yang ditunjukkan langsung tidak berkaitan dengan topik pelajaran

Kesan dan Akibat Masalah:

  1. Menyebabkan murid lain hilang tumpuan
  2. Mencuri masa P&P guru, kerana guru terpaksa menghentikan gangguan.

Cadangan dan Idea untuk menyelesaikan masalah:

  1. Murid seperti ini harus diberikan aktiviti permainan yang menarik, P&P yang terdapat audio, visual, pergerakan
  2. Tidak boleh wujud ruang untuk mereka lapang, perancangan guru mesti teratur dan terancang
  3. Guru perlu memujuk dengan cara menang dan menang bagi meningkatkan motivasi murid.
  4. Berhenti mengajar dan melayan sebentar karenah mereka

Tindakan susulan

Pelaksanaan Terhadap langkah Penambahbaikan

Refleksi:

No comments:

Post a Comment