Wednesday, March 29, 2023

Bahan Interaktif Visual & Audio abc

Pelbagai usaha dan teknik diusahakan oleh guru untuk memastikan murid menguasai asas membaca dan menulis yang bermula dengan huruf abc. Maka saya juga turut membina dua bahan untuk memastikan murid menguasai huruf a-z.

Bahan Visual: Matrik Huruf

  • murid membandingkan 2 huruf terutama bentuk huruf
  • murid akan menyebut kedua-dua huruf berulang kali untuk mengecam kedudukan huruf dalam 9 petak yang ditayangkan.
  • murid mengulang lagi menyebut huruf untuk menaip huruf di dalam 9 petak yang disediakan.
  • murid belajar huruf kecil dan besar untuk menaip pada 9 petak huruf.
  • membolehkan murid membezakan dan mengecam bentuk huruf yang seakan-akan sama.
  • membantu murid mengingat nama dan bentuk huruf.




 Bahan Audio: Dengar dan Pilih Huruf

  • murid membandingkan beberapa huruf yang mempunyai sebutan nama huruf yang hampir sama.
  • murid akan mendengar, mengajuk dan menyebut huruf-huruf berulang kali untuk mengecam bunyi huruf dalam 12 ikon audio yang didengar.
  • murid mengulang mendengar, mengajuk dan menyebut huruf-huruf untuk memilih huruf yang sama dengan huruf di atas pada dalam 12 ikon audio yang didengar.
  • membolehkan murid membezakan, mengecam bunyi huruf yang seakan-akan sama.
  • membantu murid mengingat nama dan bentuk huruf.
  • melatih murid menyebut huruf dengan betul.



Download & Extract File di bawah. Pindahkan ke komputer anda. Jangan lupa install font Pemulihan Khas yang terdapat di dalam tersebut.

No comments:

Post a Comment