Thursday, May 15, 2014

MODUL LATIH BACA INTERAKTIF eTAM Vol 1

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang memberikan kelapangan, idea dan kekuatan untuk membangunkan modul ini. Sebenarnya modul ini dibangunkan khusus untuk 3 orang murid saya yang tidak dapat mengikuti PdP dari modul-modul sebelum ini. Oleh itu saya merangka sesuatu yang agak mudah dan praktikal asalkan mereka dapat membaca dengan cepat. Seperti biasa eTAM mementingkan prinsip pembelajaran kendiri dan murid dilatih dengan literasi komputer.

Modul Latih Baca Interaktif eTAM mempunyai sasaran pengguna seawal 5 & 6 tahun. Asalkan mereka sudah kenal huruf konsonan & vokal. Objektif utama modul ini untuk membolehkan murid membaca dengan cepat. Teknik PdP yang disarankan untuk modul ini adalah kaedah pandang sebut.

Setakat ini saya baru dapat menyiapkan Vol 1 iaitu dari suku kata KV, perkataan VKV, perkataan KVKV dan ayat mudah yang mengandungi VKV dan KVKV. Modul ini memuatkan Slide Latih Baca Interaktif yang mana semua huruf dan suku kata dimasukkan bunyi dan ditambah dengan 2 set latihan interaktif sebangai pengukuhan dan drilling terhadap semua suku kata KV untuk kesemua konsonan yang terlibat.

PAPARAN MODUL LATIH BACA INTERAKTIF eTAM VOL 1
179 slide!!!

RM 10  SAHAJA

Menu Utama

Antara suku kata dan perkataan yang di bentuk dari setiap konsonan.

Latih tubi menggabungkan dan menyebut bunyi suku kata

Perkataan yang dibentuk dari suku kata dalam PdP semasa dan sebelum.

Ayat mudah dari suku kata & perkataan yang telah dipelajari

Latihan Interaktif 1

Latihan Interaktif 2

No comments:

Post a Comment