Monday, February 6, 2012

JURNAL REFLEKSI: Minggu Kedua

Minggu

Kedua

Tarikh

28/06/09 ~ 02/07/09

Masalah yang dikenalpasti:

Murid suka bermain, membuat bising dan tidak memberikan perhatian.

Perasaan berhubung masalah ini:

Saya memandang masalah ini sebagai salah satu dari tingkahlaku yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana murid lain tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan termasuklah saya juga terganggu kerana hendak mengawal keadaan di samping mengajar. Pada awalnya saya agak tertekan dengan sikap murid begini. Namun setelah direnung kembali inilah sifat mereka, murid tahun 2, berumur 8 tahun mestilah seronok hendak bermain. Saya terkejut, pening, dan agak buntu dengan karenah murid yang sebegini rupa, 6 dari 12 orang murid amat hyperaktif, mengganggu rakan, berlari mengejar rakan, naik ke atas meja, membaling benda, apabila dilarang lagi dibuatnya, menjerit dan sebagainya. Tetapi saya harus menerima mereka seadanya dan mengerti inilah cabaran sebenar guru pemulihan khas.

Tinjauan ke atas masalah:

Murid ini sangat hyperaktif, mereka tidak boleh duduk diam walaupun seminit, mesti ada perkara yang perlu dibuatnya. Oleh itu setiap saat masa mereka perlu diisi dengan aktiviti berguna, tidak boleh ada ruang bagi mereka melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Faktor yang mengundang masalah ini :

1. kebosanan (boredoom) – kegagalan dalam menyampaikan aktiviti bilik darjah yang menarik; menetapi masa; mencabar dan relevan

2. keupayaan menjalankan tugasan yang diberikan guru - yang disebabkan kerana mungkin ianya terlalu sukar; dinyatakan dalam bahasa yang tidak sesuai atau tidak jelas arahan yang diberikan

3. usaha yang terlalu panjang yang sukar dikekalkan dalam sesuatu masa yang panjang

4. organisasi guru yang lemah - alat visual tidak berfungsi atau terlalu banyak gangguan ketika perjalan pengajaran

5. kekeliruan terhadap kemahuan guru - guru gagal memaklumkan dengan jelas mengenai perlakuan yang diinginkan

6. interaksi sosial atau rakan - perbualan atau sikap berlebihan yang membawa sehingga luar bilik darjah, tempat permainana atau luar sekolah

7. tahap akademik yang rendah - kurang keyakinan terhadap diri sendiri kerana pernah menghadapi kegagalan

Cara mengatasi masalah ini:

1. Menyediakan P&P dan permainan yang lebih menarik yang mengandungi elemen yang boleh mereka lihat, dengar, sentuh, rasa dan bergerak.

2. Bahasa yang digunakan dalam arahan mestilah jelas dan terang supaya ianya mudah difahami

3. P&P dan permainan tidak menekan murid, tidak menggunakan masa yang panjang hingga membosankan mereka.

4. Perlu adanya kalah menang dan kesudahan yang realiti selepas sesuatu permainan.

5. Membuat persediaan yang awal dari segi peralatan yang mahu digunakan ewaktu P&P dan permainan bagi mengelakkan sebarang gangguan dan memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancer.

6. Melayan seketika apa yang murid mahu katakan dan memastikan ianya tidak terkeluar dari topik pembelajaran.

7. Mendampingi mereka secara individu bagi mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan secara berperingkat.

Tempoh penyelesaian masalah.

Saya meletakkan tempoh sepanjang saya menjalani praktikum di sini, kerana seluruh tindakan perlu dilakukan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelan Tindakan

Perkara

Keterangan Tindakan

Tempoh

P&P yang menarik

ABM perlu diperbaiki, gambar perlu sesuai, masukkan elemen audio, adakan latihan interaktif berkomputer, libatkan semua dalam setiap aktiviti.

Berterusan

Bahasa

Bahasa perlu lebih jelas, tidak bercakap dengan cepat, perlu ada “eyecontact”

Berterusan

Masa

Kena tepati masa seperti yang dirancangkan

Berterusan

Permainan yang berkesan

Cari idea untuk menjalankan permainan dari rancangan TV, internet, guru-guru berpengalaman dan rakan-rakan

Berterusan

Persediaan

Persediaan diri, ABM dan peralatan seperti LCD, “sound” dan “cable”.

Berterusan

Interaksi

Perlukan interaksi 2 hala sewaktu P&P, kaitkan dengan pengalaman dan pengetahuan murid

Berterusan

Mendampingi

Perlu bercakap dengan murid, ketahui masalah mereka, cari apa yang mereka minat

Berterusan

No comments:

Post a Comment