Thursday, September 12, 2013

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN: eTAM Fonik

1.0         NAMA SEKOLAH

SK SUNGAI HAJI DORANI
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR D.E
(TEL/FAX: 0332243967 HP: 0134803169)

2.0         PENYELIDIK

MUHAMAD BASTAMI BIN ZAKARIA (IC: 820519-02-5049)



3.0         TAJUK KAJIAN
Kaedah “FONEJA”, “BINGO” dan “eTAM Fonik” membantu murid menguasai kemahiran KV+KVK.



4.0         REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU

Kebanyakan murid pemulihan khas mengalamai masalah untuk menguasai kemahiran KV+KVK. Walaubagaimanapun mereka tidak bermasalah dengan suku kata KV. Tetapi mereka tidak dapat membatang mengeja sukukata KVK di dalam perkataan KV+KVK Contohnya perkataan “bakul”, murid dapat mengeja “b..a” namun tidak dapat mengeja suku kata “kul”. Mereka hanya mengeja “k..u”, manakala “l” di hujungnya ditinggalkan.
Oleh yang demikian murid pemulihan tidak dapat membina perkataan KV+KVK yang disebut secara lisan atau berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Kesukaran ini amat ketara pada membina suku kata KVK.
Murid pemulihan juga terlalu bergantung dengan gambar untuk mengeja perkataan dengan betul hinggakan guru tidak dapat mengenalpasti samada mereka menguasai atau tidak kemahiran mengeja dan menyebut perkataan. Bagi mengetahui murid menguasai sepenuhnya murid harus diberi perkataan tanpa gambar untuk dieja. Ini juga dapat dipastikan dengan meminta mereka membina perkataan yang disebut oleh guru atau berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

Kerap bertemu dengan masalah murid pemulihan yang tidak dapat membatang perkataan dengan betul walaupun dia dapat mengeja dengan betul. Contohnya perkataan “baja”, mereka dapat mengeja “b..a” “j..a” tetapi tidak menyebut “baja” sebaliknya menyebut “meja”. Mungkin mereka terbiasa dengan kaedah mengeja sehinggakan lebih kepada mengikut dan menghafal tanpa memahami. Jadi apabila berdepan dengan suku-kata yang berakhir dengan “ja” lalu dibatang “meja”. Begitu juga dengan perkataan “saku” di eja “s..a” “k..u” tetapi dibatang “buku”.
5.0         ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Murid sukar untuk mengeja dan membatang perkataan-perkataan KV+KVK yang mempunyai bunyi suku kata  KVK yang berbeza. Sebagai contoh enam perkataan KV+KVK yang akan diajar dalam PdP selama 1 jam iaitu:
badak
Bakar
beras
berus
Betik
botol

Sungguhpun mereka dapat mengeja dan membatang perkataan dengan betul pada awalnya namun ia tidak kekal lama. Ini kerana perkataan-perkataan KV+KVK yang diajar dalam sesuatu PdP mempunyai bunyi yang tidak sama dan tidak ada perkaitan antara satu sama lain.
Goswani dan Byrant (1990) dalam Campbell (1995) kajian mengenai kesedaran  fonemik, menyimpulkan bahawa kemajuan dalam belajar membaca mungkin  merupakan faktor utama dalam menyedari fonem. Oleh yang demikian, pelbagai  kegiatan membaca dan menulis menjadi penting agar murid terlibat dengan bahasa dan  boleh secara aktif membina pengetahuan mereka tentang kaitan huruf dan bunyi. Saya ingin mengubah kaedah PdP dari mengeja sahaja perkataan yang tiada perkaitan fonik kepada kaedah “FONEJA” iaitu Fonik dan Eja. PdP pula akan disusun dengan perkataan perkaitan fonik.

Kaedah Fonik dalam bahasa memberi galakan kepada murid untuk berfikir dan mengkaji kenapa suku kata itu berbunyi demikian. Ia bagi mengelakkan murid daripada hanya menghafal bunyi dengan mengeja setiap suku kata. Murid harus tahu kenapa suku kata itu berbunyi demikian. Inilah yang akan membantu mereka membunyikan suku kata dengan cepat seterusnya membatang perkataan dan membaca ayat dengan mudah.


6.0         OBJEKTIF KAJIAN

6.1         OBJEKTIF AM
Murid dapat mengeja atau membatang terus perkataan KV+KVK dengan betul.
6.2         OBJEKTIF KHUSUS

·         Meransang murid untuk berfikir, mencuba membatang perkataan-perkataan dan mengenalpasti corak dan perkaitan bunyi perkataan KV+KVK dalam keluarga fonik akhir yang sama.
·         Menggalakkan murid untuk memberi contoh perkataan lain yang tergolong dalam fonik yang sama dengan perkataan yang dikemukakan oleh guru.
·         Murid dapat membina perkataan KV+KVK berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul.
·         Murid dapat membina dan menulis perkataan KV+KVK yang disebut oleh guru dengan betul.

7.0         KUMPULAN SASARAN
Murid pemulihan yang telah pun menguasai kemahiran KV+KV yang terdiri daripada murid tahap satu.

8.0         TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Bielby (1999) pula menyatakan semua guru perlu berbincang dengan murid dan  pada masa tertentu mereka juga perlu membincangkan cara menyesuaikan bunyi huruf dengan perkataan. Walau bagaimanapun, istilah ‘mengajar fonik’ digunakan secara umum untuk mengajar murid-murid di peringkat awal secara bersistematik bagi  membunyikan huruf secara rutin untuk mengekod perkataan. Murid diajar membunyikan huruf secara lantang kemudian menggabungkan bunyi. Guru mendengar apa yang dibunyikan oleh murid. Pendekatan ini membolehkan murid membunyikan huruf baharu dengan mudah dan cepat. Menurut beliau lagi, fonik memberikan cara yang positif dalam mengenal pasti bunyi huruf baharu dan boleh mengembangluaskan kecekapan grafafonik.
Kaedah fonik ini boleh diguna pakai dalam jangka masa panjang. Heilman (1993) menyatakan belajar untuk mengenal pasti perkataan merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah mengenal huruf. Oleh yang demikian, murid perlu mempelajari hubungan antara kiu visual (huruf) dan bunyi yang diungkapkan (hubungan fonem-grafem). Setelah melalui latihan berulang kali, maka perkataan pun dikenal pasti. Perkataan yang sudah dikenal pasti ini tidak lagi memerlukan usaha murid untuk membuat pengecaman. Tahap ini disebut sebagai belajar membaca. Belajar untuk membaca adalah tugas sukar kerana mempelajari gabungan bunyi dan huruf sangat asing pada pengalaman lalu murid. Oleh yang demikian perkataan-perkataan KV+KVK yang diajar dalam satu PdP harus mempunyai berkaitan dan bunyi yang sama. Dengan ini murid lebih mudah untuk memahami dan mengingat dalam membatang suku kata KVK. Murid juga harus diberi peluang untuk mencari di mana corak atau persamaan suku kata KVK daripada perkataan-perkataan yang diajar. Mereka harus digalakkan untuk mencuba membunyikan suku kata KVK dengan sendiri.
8.1       Langkah PdP Perkataan KV+KVK. Contoh perkataan yang berakhir dengan “ah”
            8.1.1    Peringkat Persediaan Mengajar.
Mengumpul perkataan-perkataan KV+KVK dalam kumpulan bunyi akhir VK akhir yang sama seperti di bawah:
lebah
pecah
lidah
gagah
gajah
lukah
kalah
rumah
tanah
kepah
darah
basah
getah
bawah


Persedian harus dibuat supaya PdP berjalan lancar. Guru perlu mencari gambar untuk perkataan-perkataan tersebut jika ada sebagai pengukuhan.

8.1.2     Memperkenalkan huruf dan membunyikan suku kata VK.
Murid dikenalkan dengan suku kata VK iaitu “ah” terlebih dahulu serta latih tubi tunjuk dan bunyi “ah” berulang kali. Pada ketika ini guru perlu memastikan  cara menyebut suku kata dengan betul seperti gerakan bibir, lidah, mulut, gigi dan tempat keluar bunyi supaya ia dapat menghasilkan bunyi yang tepat.
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah



8.1.3    Menambah satu huruf konsonan pada depan suku kata KV dan latih tubi membunyi suku kata KVK yang terbentuk.
Guru menambah dengan huruf konsonan di depan dan menyebut suku kata KVK. Kemudian ia ditukar dengan huruf konsonan lain dan murid akan mengulang bunyi yang sama di hujung iaitu “ah”. Murid juga harus diperkenalkan dengan bunyi huruf-huruf konsonan. Contohnya huruf b, bunyi “beh” + ”ah” menjadi “bah”. Murid dilatih membunyikan kumpulan suku kata KVK yang mempunyai fonik yang sama berulang kali.
bah
cah
dah
gah
jah
kah
lah
mah
nah
pah
rah
sah
tah
wah


Pada ketika ini guru perlu memastikan  cara menyebut suku kata dengan betul seperti gerakan bibir, lidah, mulut, gigi dan tempat keluar bunyi supaya ia dapat menghasilkan bunyi yang tepat. Di sini murid akan dapat mengetahui perbezaan dan persamaan bunyi setiap suku kata. Galakan harus diberi kepada murid untuk membunyi sendiri setiap suku kata.


8.1.4    Menambah suku kata KV di hadapan setiap suku kata KVK dan latih tubi membunyikan suku kata KV sahaja tanpa membatang menjadi perkataan.

Setelah menguasai suku kata KVK barulah ditambah suku kata KV di hadapannya menjadikannya perkataan KV+KVK.
lebah
pecah
lidah
gagah
gajah
lukah
kalah
rumah
tanah
kepah
darah
basah
getah
bawah



8.1.5    Membatang kedua-dua suku kata menjadi perkataan bermakna.
Sebagai pengukuhan guru harus menggalakkan murid mengeja juga perkataan walaupun murid sudah boleh menyebut suku kata KV dan KVK dan membatang terus perkataan. Ini kerana ianya akan membantu murid dalam membina suku kata atau perkataan dengan sendiri nanti.
Murid harus diberi galakan untuk cuba membatang sendiri perkataan, biar mereka sendiri menyebut sehingga betul. Pujian dan maklumbalas yang baik perlu diberikan jika mereka berjaya menyebut perkataan dengan betul.


8.1.6    Memasukkan gambar pada perkataan jika ada sebagai pengukuhan.
Setelah murid dapat menyebut perkataan dengan betul, guru boleh memberi pengukuhan lagi dengan memasukkan gambar di bawah perkataan tadi. Berikan pujian kepada murid yang menyebut perkataan dengan betul. Pada perkataan yang tiada gambar guru seharusnya menceritakan maksud perkataan tersebut bagi menambahkan lagi pengetahuan vokabolari murid. Seterusnya murid dikehendaki mengeja dan membatang perkataan berulang kali sebagai pengukuhan
lebah
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\lebah.png
lidah
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\lidah.png
rumah
Description: D:\KURSUS LINUS & PEM\CD IPG PMelaka\BAHAN MENTAH-gambar hitam putih\by category-Blk&Wte\Benda\kediaman\rumah batu.bmp
pecah
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\pecah.jpg
getah
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\...ah\getah.jpg

gajah
Description: D:\KURSUS LINUS & PEM\CD IPG PMelaka\BAHAN MENTAH-gambar hitam putih\by category-Blk&Wte\Binatang\gajah.bmp


8.1.7    Meminta murid memadankan suku kata KVK pada tempat yang betul.
Sediakan pilihan jawapan iaitu suku kata KVK untuk semua soalan. Minta murid padankan pada tempat yang betul. Sekiranya murid tidak dapat memadan minta mereka mengeja semula suku kata.
le
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\lebah.png
li
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\lidah.png
ru
Description: D:\KURSUS LINUS & PEM\CD IPG PMelaka\BAHAN MENTAH-gambar hitam putih\by category-Blk&Wte\Benda\kediaman\rumah batu.bmp
pe
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\pecah.jpg
ge
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\...ah\getah.jpg
Description: D:\KURSUS LINUS & PEM\CD IPG PMelaka\BAHAN MENTAH-gambar hitam putih\by category-Blk&Wte\Binatang\gajah.bmpga




8.1.8    Meminta murid menulis suku kata KVK pada tempat yang disediakan.
le
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\lebah.png
li
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\lidah.png
ru
Description: D:\KURSUS LINUS & PEM\CD IPG PMelaka\BAHAN MENTAH-gambar hitam putih\by category-Blk&Wte\Benda\kediaman\rumah batu.bmp
pe
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\pecah.jpg
ge
Description: D:\PROJEK- BUKU FONATIK\...ah\getah.jpg
Description: D:\KURSUS LINUS & PEM\CD IPG PMelaka\BAHAN MENTAH-gambar hitam putih\by category-Blk&Wte\Binatang\gajah.bmpga





9.0         BAHAN YANG DICADANGKAN

9.1         Senarai perkataan-perkataan terbaik KV+KVK dalam bagi pelbagai fonik akhiran popular.

BIL
Fonik Akhiran Popular
Modul 1
Modul 2
Modul 2
1
ah
ih
uh
2
ak
ik
uk
3
al
il
un
4
am
in
up
5
an
ir
ur
6
ap
is
us
7
ar
it
ut
8
as


9
at



Terdapat 23 kumpulan perkataan yang akan di senarai setiap satu kumpulan antara 9 hingga 15 perkataan.

9.2         Kad-kad untuk menulis suku kata yang boleh dipadam

Perlu mendapatkan kad-kad untuk menulis suku kata yang boleh dipadam. Ini membolehkan guru dapat menulis di atasnya langkah demi langkah seperti perkara 8.1.1 hingga 8.1.8.


9.3         Gambar-gambar sokongan bagi perkataan KV+KVK
Perlu mencari gambar berwarna untuk pengukuhan semasa PdP perkataan dan gambar hitam putih bagi membina lembaran kerja bertulis. Gambar juga akan digunakan untuk membina perisian eTAM Fonik KV+KVK sebagai PdP harian dan Latihan Interaktif Berkomputer.
9.4         Lembaran kerja berperingkat.
Membina lembaran kerja untuk setiap PdP harian. Lembaran kerja yang dibina haruslah berperingkat daripada mudah ke susah
9.5         Latihan Pengukuhan: Permainan BINGO suku kata KVK
Merangka Permainan BINGO sebagai pengukuhan suku kata dan perkataan. Ia membolehkan murid eja berulang kali, membina suku kata dan perkataan. Murid akan membuat pengulangan, pengecaman secara tidak langsung terhadap kemahiran yang di ajar.
9.6         eTAM Fonik KV+KVK

Membangunkan perisian eTAM Fonik KV+KVK yang berfungsi sebagai membantu PdP menggantikan flash card seterusnya memuatkan latihan interaktif berkomputer.
Latihan interaktif yang dibangunkan adalah berperingkat dari mudah ke susah yang juga menitikberatkan penumpuan, pengulangan, pengecaman dan meningkat fokus murid terhadap pelajaran.


10.0       JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL
AKTIVITI
TARIKH
1
Soal selidik, temubual dan pemerhatian bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan murid
2 MEI 20013
2
Menulis Proposal Kajian Tindakan
20 MEI 2013
3
Ujian Pra: Soalan Lisan dan bertulis (kaedah biasa sebelum Pengkelasan Fonik)
10 JUN 2013
4
Analisis Ujian Pra
17 JUN 2013
5
Penyediaan perkataan-perkataan terbaik KV+KVK dalam bagi pelbagai fonik akhiran popular.
20 MEI 2013
6
Menyediakan kad-kad untuk menulis suku kata yang boleh dipadam
20 MEI 2013
7
Mencari dan mengumpul gambar-gambar sokongan perkataa KV+KVK yang dipilih.
20 MEI 2013
8
Membina lembaran kerja
20 MEI 2013
9
Membangunkan eTAM Fonik KV+KVK
20 MEI 2013
10
Melaksanakan PdP Berjadual KV+KVK kaedah Fonik, Latihan Pengukuhan BINGGO dan Latihan Interaktif eTAM Fonik.
18 JUN 2013
11
Ujian Pos.
15 JULAI 2013
12
Analisis Ujian Pos
16 JULAI 2013
13
Menulis Kajian Tindakan
17 JULAI 2013

11.0       KOS KAJIAN
BIL
JENIS BAHAN
KOS (RM)
1
Kertas Putih A4 2 Rim X RM10
20
2
Kertas keras A4
20
3
Kad-kad suku kata (boleh padam) & kad gambar
30
4
Blue Tag
10
5
Ink Refill Printer
50

JUMLAH
130




12.0 LAMPIRAN

Thursday, July 18, 2013

Magnet "SAPURA"= darab dengan konsep luas

Assalamualaikum, Salam Sejahtera....Salam Ramadhan

Setelah lama menyepi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu yang saya perolehi sewaktu berkursus dengan College Allied Educated untuk guru-guru pemulihan. Sebelum tu saya ingin mengucapkan perhargaan kepada Dr Ng Swee Fong (http://math.nie.edu.sg/people/acad/staffdetail/NsSweeFong.html) kerana mengajar teknik dan bahan yang sangat praktikal untuk mengajar matematik untuk topik tambah, tolak, darab dan bahagi...



Ini video pendek yang saya rakam untuk tugasan kursus.. maaf ia tidak seberapa cantik, hanya rakam menggunakan telefon. tetapi apa yang saya nak kongsi di sini murid akan lebih mudah faham tentang konsep darab yang berkaitan dengan luas.

Contoh lain:






Monday, October 15, 2012

Hanya Maaf Kupinta...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terima kasih kepada pelawat yang sudi menjengah blog saya. Terima kasih kerana kerana menyokong karya saya yang tak seberapa. Niat dihati hanya nak berkongsi dan beramal demi anak bangsa tercinta.

Namun saya rasa agak terkilan kerana blog saya ini tidak terurus, sudah lama tidak diupdate. Mungkin ada pelawat berkata..tak der yang baru ke?? Maap tuan puan budiman, saya agak sibuk tahun ni, jadual kalah menteri..hehe selang seminggu kena keluar kerana kursus...

Namun begitu tuan puan, segala bahan baru, tutorial, gambar, video, BBBM dan lain-lain saya update di facebook:
  1. FB saya Bastami Zakaria 
  2. Group FB saya Didik Hibur
  3. Page FB saya Teko & Cawan
  4. Group FB Kursus GPMLinus
  5. Group FB Guru Pemulihan Khas Malaysia
InsyaAllah, tamat sesi persekolahan tahun ini saya berazam untuk update semula blog ini, mungkin ada perubahan sedikit dari segi layout dan menu bar untuk memudahkan pelawat. Moga diberi kesempatan dan kelapangan untuk ini. Amin.

Akhir kalam, sekali lagi saya mohon maaf pada semua pelawat yang setia dan sudi menyokong karya saya. Marilah kita sama-sama tanamkan azam untuk meningkatkan mutu pendidikan negara!!!

Tuesday, September 11, 2012

RASIONAL BBBM


Dalam era ledakan teknologi masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja berfokus kepada penggunaan buku teks, kaedah pengajaran guru melalui penggunaan kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih daripada itu termasuklah penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk minat pelajar. Oleh yang demikian, melalui teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran daripada guru sahaja belum dapat menjamin berlakunya proses pembelajaran yang berkesan tanpa melalui bahan bantu belajar dan mengajar.
            Bahan bantu belajar dan mengajar yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh itu, bidang teknologi juga memainkan peranan penting sebagai tapak asas yang kukuh dalam bidang pendidikan masa kini. Perkembangan teknologi ke arah penciptaan peralatan pengajaran memberi kesan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru dan juga bagi mempercepatkan proses pembelajaran berkesan di kalangan pelajar
            Atan Long (1981) menyatakan penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai akan memudahkan sesuatu konsep dikaitkan dengan pengalaman pelajar. Sebagai contoh , pembelajaran di luar kelas, penggunaan simulasi yang digabungkan dengan rakaman muzik daripada pita rakaman dalam permainan, mungkin akan menjadi media yang sesuai bagi pelajar yang lemah berbanding kaedah tradisional.
            Naim (1998) menyatakan manusia dilahirkan dengan kebolehan , keperluan , minat dan lingkungan pengalaman yang berbeza. Oleh itu setiap murid mempelajari sesuatu contoh , penerimaan konsep ’ indah ’ adalah sangat relatif sifatnya. Bila guru hanya menyebut sahaja perkataan ’ indah ’ , idea sebenar dalam pemikiran guru mungkin tidak dapat diinterpretasikan dengan baik oleh semua muridnya (kerana pengalaman hidup yang berbeza). Di sinilah media seperti gambar dan filem dapat memainkan peranan penting bagi membantu mempertajamkan , memperjelas dan mengukuhkan lagi pemahaman akan makna dan konsep ’ indah ’ tadi.
Guru telah didedahkan pelbagai kaedah mengajar yang memusatkan pelajar, sumber-sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan. Seseorang guru juga harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang.

TEORI-TEORI SOKONGAN BBBM TMK


Jerome S. Brunner (1966) menyatakan peringkat pembelajaran berubah dalam tiga peringkat, iaitu:
1.    Enaktif - Pembelajaran melalui manipulative melalui bahan maujud.
2.    Ikonik - Keupayaan membuat persepsi dan membina gambaran dalam mental. Dapat memahami keadaan/objek melalui bahasa walaupun tidak maujud.
3.    Simbolik - Menggunakan bahasa/lambang untuk menjelaskan sesuatu perkara atau formula.
Di sini jelas sesuatu BBBM perlulah mempunyai elemen bahan maujud, lisan dan juga visual, objek atau gambar.

Manakala Teori Pembelajaran Kognitif (Gestalt) pula menekankan pembelajaran berlaku melalui pengamatan dan persepsi. Ini menunjukkan fungsi otak sangat penting dalam P&P. Persepsi berlaku melalui deria melihat, merasa, mendengar, menyentuh dan menghidu. Pembelajaran akan berlaku apabila pengetahuan diolah oleh otak dan pemikiran. Di sini terbukti bahawa proses P&P memerlukan sesuatu yang boleh dilihat dan dikoordinasi oleh deria manusia.

Seterusnya implikasi daripada Teori Thorndike turut menitikberatkan ransangan dan gerak balas murid dengan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Oleh itu aktiviti pengukuhan (BBBM) mestilah menarik yang boleh meninggalkan kesan kepada murid.

Teori Kognitif dalam pembelajaran memerlukan proses P&P yang meliputi pengumpulan dan penyusunan. Pembelajaran adalah berkaitan dengan proses ingatan dan penyimpanan dalam pemikiran. Ianya sangat berkait rapat dengan pengamatan dan penanggapan. Oleh itu BBBM dihasilkan untuk meningkatkan pengamatan murid terhadap isi pelajaran dengan menggunakan visual, audio dan animasi yang menarik bagi tujuan murid dapat menyimpan dan mengingat sesuatu di dalam otak mereka.

CIRI-CIRI BBBM TMK (ICT)


Mengikut sukatan pelajaran:
BBBM yang dibina perlu mengikut sukatan dan tidak bercampur-aduk pola yang berbeza dan sesuai dengan pengetahuan sedia ada. Contohnya perkataan kvkvkk tidak harus berana dalam BBBM kvkv.

Penceritaan konsep yang mudah:
BBBM dapat menceritakan konsep dengan mudah terutamanya Matematik. Contohnya bagi operasi tolak 9-5=4, terdapat sekumpulan 9 ekor burung kemudian 5 ekor kemudiannya terbang meninggalkan kawannya.

Mesra pengguna :
BBBM TMK yang dibangunkan mestilah senang digunakan oleh guru dan murid. Ianya mudah diekses dengan disediakan ikon, butang, menu dan pautan yang sesuai. Murid harus diberi peluang menggunakan komputer bagi tujuan meningkatkan kemahiran literasi komputer. Boleh disediakan manual penggunaan sekiranya perlu.

Boleh laras (edit) :           
BBBM TMK harus boleh diedit, boleh ditukar gambar, perkataan dan susun atur. Dengan ini BBBM boleh diperbanyakkan dengan mudah dan cepat. Contohnya 8+4=12, guru boleh menukar ke 7+4=11 dengan “edit text” dan “delete 1 dari 8 gambar. Segala item boleh diubah mengikut kesesuaian dan kehendak guru.

Boleh ubah dan pindah:
BBBM TMK seharusnya menggunakan perisian yang umum seperti Microsoft Office. Contohnya perisian Microsoft Power Point yang terdapat pada mana-mana komputer. Ini bermakna ia tidak perlu pemasangan (install), boleh dipindahkan (copy dan paste) dan beroperasi dikomputer lain.

Menarik:
Mempunyai audio, visual, pergerakan, gambar-gambar yang menarik, mempunyai animasi, penggunaan warna yang sesuai, tulisan yang menarik dan sesuai seperti Century Gothic dan Comic San Ms.

Boleh mengesan dan menganalisa:
BBBM TMK perlu mempunyai unsur boleh mengesan kelemahan dan pencapaian murid terhadap isi pelajaran. Dengan ini guru boleh membuat analisis, menyelesaikan masalah murid dan penambahbaikan dalam P&P.

Sentiasa diperbaiki:
Apa yang dibuat tidak semestinya terbaik, apabila dilihat tidak berkesan, ianya perlu diubah. Saya sentiasa mencari di mana kelemahan BBBM TMK bagi tujuan penambahbaikan.