Wednesday, March 14, 2012
JURNAL REFLEKSI: Minggu Kesembilan
Minggu | Kesembilan |
Tarikh | 16/08/09 ~ 20/08/09 |
Masalah yang dikenalpasti:
Murid tidak berminat dengan set induksi guru
Mengenalpasti punca masalah:
1. Kurangnya pengalaman dan pengetahuan guru
2. Idea guru tidak menarik
3. Bahan tidak dicari
4. Guru tidak mempunyai rancangan yang baik
Kekuatan Isu:
Guru perlu peka dengan sambutan serta penerimaan murid dan melakukan perubahan jika tidak berkesan
Kelemahan Isu:
Ianya tidak ada perubahan jika guru tidak mahu berfikir dan menilai diri sendiri
Kesan dan Akibat Masalah:
1. Murid tidak berminat dengan P&P
2. Murid tercari-cari apa yang mahu diajar oleh guru
3. Murid cepat bosan dengan aktiviti yang diberikan
Cadangan dan Idea untuk menyelesaikan masalah:
Membuat pembaharuan semula terhadap set induksi berdasarkan komponen kemahiran:
1. Menarik perhatian:
· menggunakan nada suara
· menggunakan bahan bantu mengajar
· menggunakan gerak, isyarat, kontak mata
· menunjukkan satu aktiviti yang menarik
2. Mewujudkan motivasi:
· Meningkatkan perasaan ingin tahu
· Menggunakan teknik bercerita
· Mempamerkan satu aktiviti yang menarik
· Melontarkan soalan yang mencabar
3. Membuat perkaitan:
· Menyatakan had tugas
· Mengemukakan set soalan berkaitan
· Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas
· Menyatakan aktiviti, tugas atau projek
4. Menstruktur:
· Mengaitkan pengetahuan lepas
· Mengemukakan isi pelajaran baru
· Mengaitkan peristiwa semasa
· Mengaitkan minat dan pengalaman murid
Tempoh masa menyelesaikan masalah:
2 minggu
Tindakan susulan
Pelaksanaan Terhadap langkah Penambahbaikan
Refleksi: