Monday, December 23, 2013

Modul KVKVK Fonik Akhiran

Alhamdulillah, Syukur kerana telah berjaya menyiapkan 3 Modul Fonik Akhiran KVKVK pada 20 Dis 2013 lepas. Pembikinan Modul ini bermula dari Mei 2013...


Senarai Set KVKVK yang terdapat dalam Modul


Semua PdP Interaktif  Modul Fonik Akhiran KVKVK boleh dimainkan pada iPAD, Samsung Tab, Smart Phone (pilih file yang format SWF).







Setiap Set KVKVK disediakan 4 Latihan Pengukuhan bertulis.






JIKA HENDAK CUBA MENGGUNAKAN MODUL FONIK AKHIRAN KVKVK :

SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BBBM ONLINE PERCUMA






OBJEKTIF MODUL FONIK AKHIRAN KVKVK
  • Murid dapat mengeja atau membatang terus perkataan KV+KVK dengan betul.
  • Meransang murid untuk berfikir, mencuba membatang perkataan-perkataan dan mengenalpasti corak dan perkaitan bunyi perkataan KV+KVK dalam keluarga fonik akhir yang sama.
  • Menggalakkan murid untuk memberi contoh perkataan lain yang tergolong dalam fonik yang sama dengan perkataan yang dikemukakan oleh guru.
  • Murid dapat membina perkataan KV+KVK berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul.
  • Murid dapat membina dan menulis perkataan KV+KVK yang disebut oleh guru dengan betul.


Kebanyakan murid pemulihan khas mengalamai masalah untuk menguasai kemahiran KV+KVK. Walaubagaimanapun mereka tidak bermasalah dengan suku kata KV. Tetapi mereka tidak dapat membatang mengeja sukukata KVK di dalam perkataan KV+KVK Contohnya perkataan “bakul”, murid dapat mengeja “b..a” namun tidak dapat mengeja suku kata “kul”. Mereka hanya mengeja “k..u”, manakala “l” di hujungnya ditinggalkan.

Oleh yang demikian murid pemulihan tidak dapat membina perkataan KV+KVK yang disebut secara lisan atau berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Kesukaran ini amat ketara pada membina suku kata KVK.

Murid pemulihan juga terlalu bergantung dengan gambar untuk mengeja perkataan dengan betul hinggakan guru tidak dapat mengenalpasti samada mereka menguasai atau tidak kemahiran mengeja dan menyebut perkataan. Bagi mengetahui murid menguasai sepenuhnya murid harus diberi perkataan tanpa gambar untuk dieja. Ini juga dapat dipastikan dengan meminta mereka membina perkataan yang disebut oleh guru atau berdasarkan gambar yang ditunjukkan.


Kerap bertemu dengan masalah murid pemulihan yang tidak dapat membatang perkataan dengan betul walaupun dia dapat mengeja dengan betul. Contohnya perkataan “baja”, mereka dapat mengeja “b..a” “j..a” tetapi tidak menyebut “baja” sebaliknya menyebut “meja”. Mungkin mereka terbiasa dengan kaedah mengeja sehinggakan lebih kepada mengikut dan menghafal tanpa memahami. Jadi apabila berdepan dengan suku-kata yang berakhir dengan “ja” lalu dibatang “meja”. Begitu juga dengan perkataan “saku” di eja “s..a” “k..u” tetapi dibatang “buku”.


ISU KEPERIHATINAN

Murid sukar untuk mengeja dan membatang perkataan-perkataan KV+KVK yang mempunyai bunyi suku kata  KVK yang berbeza. Sebagai contoh enam perkataan KV+KVK yang akan diajar dalam PdP selama 1 jam iaitu:

badak
Bakar
beras
berus
Betik
botol

Sungguhpun mereka dapat mengeja dan membatang perkataan dengan betul pada awalnya namun ia tidak kekal lama. Ini kerana perkataan-perkataan KV+KVK yang diajar dalam sesuatu PdP mempunyai bunyi yang tidak sama dan tidak ada perkaitan antara satu sama lain.
Goswani dan Byrant (1990) dalam Campbell (1995) kajian mengenai kesedaran  fonemik, menyimpulkan bahawa kemajuan dalam belajar membaca mungkin  merupakan faktor utama dalam menyedari fonem. Oleh yang demikian, pelbagai  kegiatan membaca dan menulis menjadi penting agar murid terlibat dengan bahasa dan  boleh secara aktif membina pengetahuan mereka tentang kaitan huruf dan bunyi. Saya ingin mengubah kaedah PdP dari mengeja sahaja perkataan yang tiada perkaitan fonik kepada kaedah “FONEJA” iaitu Fonik dan Eja. PdP pula akan disusun dengan perkataan perkaitan fonik.


Kaedah Fonik dalam bahasa memberi galakan kepada murid untuk berfikir dan mengkaji kenapa suku kata itu berbunyi demikian. Ia bagi mengelakkan murid daripada hanya menghafal bunyi dengan mengeja setiap suku kata. Murid harus tahu kenapa suku kata itu berbunyi demikian. Inilah yang akan membantu mereka membunyikan suku kata dengan cepat seterusnya membatang perkataan dan membaca ayat dengan mudah.

LANGKAH-LANGKAH PdP KAEDAH FONIK AKHIRAN

Langkah PdP Perkataan KV+KVK. Contoh perkataan yang berakhir dengan “ah”

            1.    Peringkat Persediaan Mengajar.
Mengumpul perkataan-perkataan KV+KVK dalam kumpulan bunyi akhir VK akhir yang sama seperti di bawah:
lebah
pecah
lidah
gagah
gajah
lukah
kalah
rumah
tanah
kepah
darah
basah
getah
bawah


Persedian harus dibuat supaya PdP berjalan lancar. Guru perlu mencari gambar untuk perkataan-perkataan tersebut jika ada sebagai pengukuhan.

2.     Memperkenalkan huruf dan membunyikan suku kata VK.
Murid dikenalkan dengan suku kata VK iaitu “ah” terlebih dahulu serta latih tubi tunjuk dan bunyi “ah” berulang kali. Pada ketika ini guru perlu memastikan  cara menyebut suku kata dengan betul seperti gerakan bibir, lidah, mulut, gigi dan tempat keluar bunyi supaya ia dapat menghasilkan bunyi yang tepat.
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah



3.    Menambah satu huruf konsonan pada depan suku kata KV dan latih tubi membunyi suku kata KVK yang terbentuk.
Guru menambah dengan huruf konsonan di depan dan menyebut suku kata KVK. Kemudian ia ditukar dengan huruf konsonan lain dan murid akan mengulang bunyi yang sama di hujung iaitu “ah”. Murid juga harus diperkenalkan dengan bunyi huruf-huruf konsonan. Contohnya huruf b, bunyi “beh” + ”ah” menjadi “bah”. Murid dilatih membunyikan kumpulan suku kata KVK yang mempunyai fonik yang sama berulang kali.
bah
cah
dah
gah
jah
kah
lah
mah
nah
pah
rah
sah
tah
wah


Pada ketika ini guru perlu memastikan  cara menyebut suku kata dengan betul seperti gerakan bibir, lidah, mulut, gigi dan tempat keluar bunyi supaya ia dapat menghasilkan bunyi yang tepat. Di sini murid akan dapat mengetahui perbezaan dan persamaan bunyi setiap suku kata. Galakan harus diberi kepada murid untuk membunyi sendiri setiap suku kata.


4.    Menambah suku kata KV di hadapan setiap suku kata KVK dan latih tubi membunyikan suku kata KV sahaja tanpa membatang menjadi perkataan.

Setelah menguasai suku kata KVK barulah ditambah suku kata KV di hadapannya menjadikannya perkataan KV+KVK.
lebah
pecah
lidah
gagah
gajah
lukah
kalah
rumah
tanah
kepah
darah
basah
getah
bawah



5.    Membatang kedua-dua suku kata menjadi perkataan bermakna.
Sebagai pengukuhan guru harus menggalakkan murid mengeja juga perkataan walaupun murid sudah boleh menyebut suku kata KV dan KVK dan membatang terus perkataan. Ini kerana ianya akan membantu murid dalam membina suku kata atau perkataan dengan sendiri nanti.
Murid harus diberi galakan untuk cuba membatang sendiri perkataan, biar mereka sendiri menyebut sehingga betul. Pujian dan maklumbalas yang baik perlu diberikan jika mereka berjaya menyebut perkataan dengan betul.


6.    Memasukkan gambar pada perkataan jika ada sebagai pengukuhan.
Setelah murid dapat menyebut perkataan dengan betul, guru boleh memberi pengukuhan lagi dengan memasukkan gambar di bawah perkataan tadi. Berikan pujian kepada murid yang menyebut perkataan dengan betul. Pada perkataan yang tiada gambar guru seharusnya menceritakan maksud perkataan tersebut bagi menambahkan lagi pengetahuan vokabolari murid. Seterusnya murid dikehendaki mengeja dan membatang perkataan berulang kali sebagai pengukuhan

7.   Latihan Interaktif Modul Fonik Akhiran KVKVK 

8.   Latihan Pengukuhan Bertulis Modul Fonik Akhiran KVKVK