MODUL 41 KV eTAM ONLINE
Modul ini dibangunkan khusus untuk mengajar kemahiran suku kata terbuka KV. Ia merupakan kemahiran asas membaca selepas anak-anak sudah mengenal huruf a-z. Modul telah disusun mengikut aras dan kemampuan anak-anak untuk menguasai suku kata terbuka dengan cepat dan mudah. Ia menggunakan kaedah kawalan vokal dan kawalan konsonan. Setiap set modul mengambil masa 1 jam
Modul ini sebenarnya ada berbentuk offline, dijual dengan harga RM10 sahaja untuk kesemua set, yang mana terdapat 8 set PdPc Interaktif, Latihan Bertulis serta Panduan Latihan Bertulis Bersuara. Walaubagaimanapun saya sudi berkongsi sebahagiannya secara PERCUMA di sini secara online untuk sama-sama dimanfaatkan oleh ibubapa dan guru-guru terutama di waktu pembelajaran dari rumah semasa PKPB ini.
Terdapat 5 set di dalam modul ini:
Set 1: Konsonan t/n/s/w + a/i/u
Set 2: Konsonan k/c/y/m + a/i/u
Set 3: Konsonan d/l/g/p + a/i/u
Set 4: Konsonan h/r/j/b + a/i/u
Set 5a: Konsonan b/c/d/f + o/e/e
Set 5b: Konsonan g/h/j/k + o/e/e
Set 5c: Konsonan l/m/n/p + o/e/e
Set 5d: Konsonan r/s/t/y + o/e/e