Showing posts with label Ciri-ciri Murid Pemulihan. Show all posts
Showing posts with label Ciri-ciri Murid Pemulihan. Show all posts

Monday, February 27, 2012

JURNAL REFLEKSI: Minggu Ketujuh

Minggu

Ketujuh

Tarikh

02/08/09 ~ 06/08/09

Masalah yang dikenalpasti:

Wardina, pendiam, tidak mahu mengeluarkan suara.

Mengenalpasti punca masalah:

Menurut Carl Jung 1875-1961, Wardina tergolong dalam personaliti introvert, individu yang mempunyai personaliti ini adalah orang yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Mereka lebih suka melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Mereka mempunyai sifat yang serius, pemalu, tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang mengambil inisiatif. Mereka juga kurang selesa terhadap perubahan tetapi suka kepada sistem hidup yang teratur atau sistematik. Oleh yang demikian, mereka ini biasanya selalu mengikut peraturan yang ditetapkan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Kekuatan Isu:

Murid ini senang diurus, tidak membuat bising.

Kelemahan Isu:

Guru sukar mengetahui tahap pencapaian kemahiran murid.

Kesan dan Akibat Masalah:

1. Murid akan ketinggalan jika guru kurang memberi perhatian

2. Murid akan berada dalam dunianya sendiri

Cadangan dan Idea untuk menyelesaikan masalah:

1. Guru hendaklah memastikan keterlibatan murid yang optima di dalam kelas menggalakkan murid itu dapat bekerjasama dengan rakan yang lain.

2. mendedahkan mereka kepada proses sosialisasi dengan orang lain dapat membantu atau menggalakkan murid itu berhadapan dengan rakan-rakannya yang lain.

3. Guru juga haruslah memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan supaya murid ini akan terdedah dengan tugasan yang dihasilkan secara bekerjasama, koperatif dan galakkan interaksi dengan rakan kumpulan lain.

4. Guru juga boleh bertindak sebagai “moivator” atau pendorong kepada murid seperti ini. Guru-guru perlu memberi keyakinan kepada murid supaya berani mencuba sesuatu dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang lain. Usaha ini boleh dilakukan dengan memberi bimbingan kaunseling supaya mereka mudah untuk didekati dan boleh menerima perubahan secara perlahan-lahan.

5. Selain itu, guru juga boleh melibatkan murid seperti ini dengan aktiviti luar iaitu sukan atau kokurikulum seperti persatuan, permainan dan kelab di sekolah.

Tempoh masa menyelesaikan masalah:

2 minggu

Tindakan susulan

Pelaksanaan Terhadap langkah Penambahbaikan

Refleksi:

Monday, October 5, 2009

Strategi mengesan Masalah Pembelajaran Murid

PEMERHATIAN ;
Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.
Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Antaranya :
  1. Teknik pemerhatian dengan senarai semak
  2. Pemerhatian di luar bilik darjah
  3. Pemerhatian tingkah laku

PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.
Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.
Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.

REKOD PROFIL
Rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.

UJIAN KERTAS dan PENSEL
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid.

TEMU BUAL dengan GURU DARJAH
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu.

TEMU BUAL dengan IBU BAPA
Saya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.

Sekian,
NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN
Teacher’s Department

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

ADHD adalah kesukaran di mana kanak-kanak selalu menunjukkan satu atau lebih ciri-ciri berikut dalam suatu tempoh masa:
  1. Kanak-kanak susah menumpukan perhatian.
  2. Kanak-kanak sangat impassive iaitu mudah dipengaruh, sukar mengawal reaksi,dan bertindak tanpa berfiikir.
  3. Kanak-kanak adalan terlalu aktif atau hyperactive.
Kanak-kanak ADHD adalah sukar didisiplinkan. Mereka mempunyai masalah dalam hubungan rakan sebaya dan kesabaran yang paling minimum. Punca utama terjadinya ADHD belum ditemui.
  • Walau bagaimanapun, beberapa punca dicadangkan adalah kekurangan neurotransmitters tertentu, abnormaliti sebelum dan selepas mengandung, toksik-toksik persekitaran seperti plumbum dan lain-lain.
  • 30 peratus hingga 50 peratus kanak-kanak ADHD mempunyai adik-beradik atau ibu bapa yang mempunyai penyakit yang sama.
  • Hampir 85 peratus hingga 90 peratus kanak-kanak ADHD mengambil ubat perangsang seperti Ritalin dan Adderall untuk mengawal tingkah laku mereka.
  • Ritalin dan Adderall adalah perangsang untuk mempercepatkan sistem saraf dan tingkah laku.
  • Tetapi bagi kanak-kanak ADHD, dada ini adalah untuk merangsang kortex prefrontal yang mengawal perhatian, merancang, dan menambah kebolehan kanak-kanak memfokus.

ekstrovert, introvert & ambivert




Menurut Carl Jung 1875-1961, personaliti seseorang individu dapat dikategorikan kepada tiga iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert.




Ekstrovert merupakan seorang individu yang lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia dalam. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya terdiri daripada golongan yang agresif atau aktif di mana mereka suka bersosialisasi dan sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial. Mereka menyokong kepada perubahan dan bersifat optimis. Namun mereka ini tidak boleh diharapkan kerana mereka tidak suka terikat kepada sesuatu keadaan atau peraturan.

Berbeza dengan introvert pula, individu yang mempunyai personaliti ini adalah orang yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Mereka lebih suka melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Mereka mempunyai sifat yang serius, pemalu, tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang mengambil inisiatif. Mereka juga kurang selesa terhadap perubahan tetapi suka kepada sistem hidup yang teratur atau sistematik. Oleh yang demikian, mereka ini biasanya selalu mengikut peraturan yang ditetapkan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Jika dikaji dengan sebaik-baiknya, sebenarnya tiada individu yang terdiri daripada salah satu sifat-sifat di atas tetapi setiap individu itu mempunyai kedua-dua ciri-ciri personaliti ini. Setiap individu dikatakan mempunyai kedua-dua ciri-ciri ini kerana mereka akan menunjukkan tingkah laku berdasarkan keadaan atau situasi pada satu masa tertentu. Apa yang membezakan ialah kadang-kadang individu dipengaruhi secara dominan daripada salah satu sifat di atas.

Gabungan di antara kedua-dua ciri-ciri ini dinamakan ambivert di mana ia merupakan seoang yang aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum bercakap atau memberi pendapat.

Guru berperanan penting dalam membentuk ciri-ciri personaliti yang positif terhadap murid-muridnya. Berdasarkan beberapa buah kelas yang diajar oleh guru, sudah tentu terdapat murid yang mempunyai ciri-ciri introvert. Bagi menangani masalah murid-murid yang mempunyai sifat introvert seperti pemalu, pendiam dan suka mengasingkan diri, guru hendaklah memastikan keterlibatan murid yang optima di dalam kelas. Misalnya, bukan sahaja memastikan murid itu menjalankan kerja sekolah yang diberi malahan murid itu turut menjalankan tugasan yang tidak formal seperti membersihkan bilik darjah. Ini akan menggalakkan murid itu dapat bekerjasama dengan rakan yang lain semasa menjalankan tugas.

Selain itu, guru turut memberi peluang kepada murid itu untuk mengedarkan kertas soalan atau buku latihan. Guru juga melantik golongan murid yang bersifat introvert ini memegang jawatan penting di dalam kelas seperti ketua kumpulan, ketua kelas atau pengawas. Keadaan ini akan mendedahkan mereka kepada proses sosialisasi dengan orang lain dapat membantu atau menggalakkan murid itu berhadapan dengan rakan-rakannya yang lain.

Guru juga haruslah memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan supaya murid ini akan terdedah dengan tugasan yang dihasilkan secara bekerjasama, koperatif dan galakkan interaksi dengan rakan kumpulan lain. Secara tidak langsung, rakan-rakan yang lain juga dapat membantunya supaya lebih yakin ketika bercakap. Guru juga boleh bertindak sebagai “moivator” atau pendorong kepada murid seperti ini. Guru-guru perlu memberi keyakinan kepada murid supaya berani mencuba sesuatu dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang lain. Usaha ini boleh dilakukan dengan memberi bimbingan kaunseling supaya mereka mudah untuk didekati dan boleh menerima perubahan secara perlahan-lahan. Selain itu, guru juga boleh melibatkan murid seperti ini dengan aktiviti luar iaitu sukan atau kokurikulum seperti persatuan, permainan dan kelab di sekolah.

Bagi murid yang lebih dominan bersifat ekstrovert, guru boleh haruslah pandai mengeksplotasikan kebolehan dan keupayaan murid ini dengan sebaik yang mungkin. Berdasarkan pemerhatian guru, murid ini terdiri daripada golongan yang aktif dan cergas sama ada dari segi akademik atau aktiviti luar. Walau bagaimanapun, golongan inilah juga yang kerap melanggar peraturan sekolah dan mempunyai masalah disiplin. Oleh yang demikian, bagi menangani sikap murid seperti ini, guru perlu bersabar dan tidak mengambil tindakan ke arah memberi hukuman. Memandangkan mereka ini agresif dan bersifat berani, mereka hanya mementingkan kepuasan terhadap apa yang mereka lakukan dan tidak takut untuk mengahadapi pelbagai hukuman. Oleh itu, pendekatan untuk memberi hukuman atau denda adalah kurang sesuai.

Guru menggunakan pendekatan kaunseling untuk membentuk personaliti yang lebih baik dan berdisiplin. Guru boleh bertindak sebagai kawan atau lebih dekat lagi sebagai ahli keluarga iaitu kakak, abang, emak atau ayah. Golongan ekstrovert ini suka bergaul dan berkongsi dengan orang lain. Oleh yang demikian, hubungan yang dijalinkan dengan murid ini bukan setakat sebagai guru dan murid, tetapi bertindak menjadi orang yang terdekat dalam hidup murid. Keadaan ini akan mewujudkan keadaan yang lebih selesa untuk berkongsi masalah dengan murid tersebut. Murid ini juga akan lebih mudah untuk meluahkan permasalahan. Selain itu, murid lebih senang menerima teguran atau nasihat daripada orang yang mereka anggap lebih rapat dalam hidup mereka. Hubungan yang rapat di antara murid dan guru akan memberi kesan yang positif terhadap pembentukan personaliti yang positif.

Secara keseluruhannya, walaupun ciri-ciri personaliti ini dipengaruhi kuat oleh dua faktor iaitu baka dan persekitaran, ia bukanlah ukuran yang statik terhadap sikap seorang murid. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi ke arah pembentukan sikap dan ciri-ciri yang positif.

Ciri-ciri murid pemulihan khas



Kanak-kanak Pemulihan

“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”AE Tanseley dan R. Culliford


“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. ”M. F . Clough


“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded). Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.”Sharifah Rahman Ali


Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan


Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;

a. Emosi dan Tingkahlaku
1. Perasaan rendah diri.
2. Perasaan risau.
3. Perasaan sedih, hiba atau duka.
4. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
5. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
6. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
7. Pasif.
8. Malas

b. Sosial
1. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
2. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
3. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
4. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
5. Menangis - enggan masuk darjah.
6. Hyper aktif.

c. Kesihatan
1. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
2. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
3. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
4. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
5. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
6. Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar
1. Belum bersedia untuk belajar.
2. Perbendaharaan kata kurang.
3. Lemah pemahaman.
4. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
5. Kurang matang
6. IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan
1. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
2. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
3. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
4. Lambat mengkelaskan benda.
5. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
6. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
7. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
8. Tidak kreatif.
9. Lemah pergerakan dan perbuatan.
10. Lemah daya pemikiran/ingatan.Tidak boleh mengingat kembali.