Saturday, January 23, 2021

IPP2M - Instrumen Penentu Penguasaan 2M (Menulis dan Membaca)

Pada musim PKP kerana pendamik Covid-19 ini, guru-guru tidak dapat bersemuka dengan murid. Guru Pemulihan pula tidak dapat menjalan saringan IPP2M terhadap murid-murid bagi mengetahui tahap pengusaan semasa murid dalam Bahasa Melayu. Oleh itu guru-guru perlu menggunakan medium online bagi tujuan tersebut. 

IPP2M juga menilai aspek tulisan murid, oleh itu mesti dibuat secara bertulis. Sebelum itu anda perlu download dan cetak terlebih dahulu soalan IPP2M dari link di bawah. Untuk sekolah saya, soalan ini telah dicetak dan diperbanyakkan dan ibubapa boleh ambil di pondok jaga sekolah.

Berikut adalah panduan dan arahan bagi murid-murid untuk menjawab soalan IPP2M. Ibubapa boleh bimbing anak-anak menjawab dengan klik pada icon suara dalam dokumen di bawah untuk mendengar arahan dan soalan. Seterusnya anak-anak perlu menjawab dalam kertas soalan sebenar yang telah dicetak secara bertulis.


IPP2M Tahap 1, an interactive worksheet by Bastami
liveworksheets.com