Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaedah “Fonik
Akhiran eTAM” dalam membantu murid menguasai kemahiran mengeja, membatang dan
menulis perkataan KV+KVK. Ia mengkaji keberkesanan kaedah, kefahaman dan
pengusaan jangka masa panjang membunyikan suku kata “KVK” yang menjadi masalah
utama kepada murid-murid pemulihan khususnya. Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid
pemulihan khas dari Tahun 1, 2 dan 3. Terdapat tiga fokus utama dalam kajian
tindakan ini iaitu yang pertama ransangan murid untuk
berfikir, mencuba membatang perkataan-perkataan dan mengenalpasti corak dan
perkaitan bunyi perkataan KV+KVK dalam keluarga fonik akhiran yang sama.
Seterusnya menggalakkan murid untuk memberi contoh perkataan lain yang
tergolong dalam fonik yang sama dengan perkataan yang dikemukakan oleh guru.
Fok us lain ialah menguji samada murid dapat membina perkataan KV+KVK
berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul. Seterusnya yang terakhir
menguji samada murid dapat membina dan menulis perkataan KV+KVK yang disebut
oleh guru dengan betul. Kajian ini bermula dari 2 Mei 2013 hinggalah 16 Julai
2013 iaitu dengan membuat pemerhatian, Ujian Lisan, pelaksanaan, Ujian Pos dan
menganalisis dapatan kajian. Akhirnya saya mendapati murid menunjukkan
peningkatan dalam kemahiran KV+KVK. Bagi Ujian Lisan murid secara purata murid
dapat mengeja, dan menyebut dengan betul 8 dari 10 perkataan KV+KVK yang berlainan
Fonik Akhiran berbanding samasa Ujian Pra mereka hanya dapat membatang 3 dari
10 sahaja. Seterusnya bagi Ujian Bertulis pula mereka menunjukkan sebanyak 81%
penguasaan Modul Fonik Akhiran eTAM.