Senarai Set KVKVK yang terdapat dalam Modul |
Semua PdP Interaktif Modul Fonik Akhiran KVKVK boleh dimainkan pada iPAD, Samsung Tab, Smart Phone (pilih file yang format SWF). |
Setiap Set KVKVK disediakan 4 Latihan Pengukuhan bertulis.
JIKA HENDAK CUBA MENGGUNAKAN MODUL FONIK AKHIRAN KVKVK :
SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BBBM ONLINE PERCUMA
OBJEKTIF MODUL FONIK AKHIRAN KVKVK
- Murid dapat mengeja atau membatang terus perkataan KV+KVK dengan betul.
- Meransang murid untuk berfikir, mencuba membatang perkataan-perkataan dan mengenalpasti corak dan perkaitan bunyi perkataan KV+KVK dalam keluarga fonik akhir yang sama.
- Menggalakkan murid untuk memberi contoh perkataan lain yang tergolong dalam fonik yang sama dengan perkataan yang dikemukakan oleh guru.
- Murid dapat membina perkataan KV+KVK berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul.
- Murid dapat membina dan menulis perkataan KV+KVK yang disebut oleh guru dengan betul.
Kebanyakan murid pemulihan khas mengalamai masalah untuk
menguasai kemahiran KV+KVK. Walaubagaimanapun mereka tidak bermasalah dengan
suku kata KV. Tetapi mereka tidak dapat membatang mengeja sukukata KVK di dalam
perkataan KV+KVK Contohnya perkataan “bakul”, murid dapat mengeja “b..a” namun
tidak dapat mengeja suku kata “kul”. Mereka hanya mengeja “k..u”, manakala “l”
di hujungnya ditinggalkan.
Oleh yang demikian murid pemulihan tidak dapat membina
perkataan KV+KVK yang disebut secara lisan atau berdasarkan gambar yang
ditunjukkan. Kesukaran ini amat ketara pada membina suku kata KVK.
Murid pemulihan
juga terlalu bergantung dengan gambar untuk mengeja perkataan dengan betul
hinggakan guru tidak dapat mengenalpasti samada mereka menguasai atau tidak
kemahiran mengeja dan menyebut perkataan. Bagi mengetahui murid menguasai
sepenuhnya murid harus diberi perkataan tanpa gambar untuk dieja. Ini juga
dapat dipastikan dengan meminta mereka membina perkataan yang disebut oleh guru
atau berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
Kerap bertemu dengan masalah murid pemulihan yang tidak
dapat membatang perkataan dengan betul walaupun dia dapat mengeja dengan betul.
Contohnya perkataan “baja”, mereka dapat mengeja “b..a” “j..a” tetapi tidak
menyebut “baja” sebaliknya menyebut “meja”. Mungkin mereka terbiasa dengan
kaedah mengeja sehinggakan lebih kepada mengikut dan menghafal tanpa memahami.
Jadi apabila berdepan dengan suku-kata yang berakhir dengan “ja” lalu dibatang
“meja”. Begitu juga dengan perkataan “saku” di eja “s..a” “k..u” tetapi
dibatang “buku”.
ISU KEPERIHATINAN
Murid sukar untuk mengeja dan membatang
perkataan-perkataan KV+KVK yang mempunyai bunyi suku kata KVK yang berbeza. Sebagai contoh enam
perkataan KV+KVK yang akan diajar dalam PdP selama 1 jam iaitu:
badak
|
Bakar
|
beras
|
berus
|
Betik
|
botol
|
Sungguhpun mereka dapat mengeja dan membatang perkataan
dengan betul pada awalnya namun ia tidak kekal lama. Ini kerana
perkataan-perkataan KV+KVK yang diajar dalam sesuatu PdP mempunyai bunyi yang
tidak sama dan tidak ada perkaitan antara satu sama lain.
Goswani dan
Byrant (1990) dalam Campbell (1995) kajian mengenai kesedaran fonemik, menyimpulkan bahawa kemajuan dalam
belajar membaca mungkin merupakan faktor
utama dalam menyedari fonem. Oleh yang demikian, pelbagai kegiatan membaca dan menulis menjadi penting
agar murid terlibat dengan bahasa dan
boleh secara aktif membina pengetahuan mereka tentang kaitan huruf dan
bunyi. Saya ingin mengubah kaedah PdP dari mengeja sahaja perkataan yang tiada
perkaitan fonik kepada kaedah “FONEJA” iaitu Fonik dan Eja. PdP pula akan
disusun dengan perkataan perkaitan fonik.
Kaedah Fonik
dalam bahasa memberi galakan kepada murid untuk berfikir dan mengkaji kenapa
suku kata itu berbunyi demikian. Ia bagi mengelakkan murid daripada hanya
menghafal bunyi dengan mengeja setiap suku kata. Murid harus tahu kenapa suku
kata itu berbunyi demikian. Inilah yang akan membantu mereka membunyikan suku
kata dengan cepat seterusnya membatang perkataan dan membaca ayat dengan mudah.
LANGKAH-LANGKAH PdP KAEDAH FONIK AKHIRAN
Langkah PdP Perkataan KV+KVK. Contoh perkataan
yang berakhir dengan “ah”
1. Peringkat Persediaan Mengajar.
Mengumpul perkataan-perkataan KV+KVK
dalam kumpulan bunyi akhir VK akhir yang sama seperti di bawah:
lebah
|
pecah
|
lidah
|
gagah
|
gajah
|
lukah
|
kalah
|
rumah
|
tanah
|
kepah
|
darah
|
basah
|
getah
|
bawah
|
Persedian harus dibuat supaya PdP
berjalan lancar. Guru perlu mencari gambar untuk perkataan-perkataan tersebut
jika ada sebagai pengukuhan.
2. Memperkenalkan huruf dan membunyikan suku
kata VK.
Murid dikenalkan dengan suku kata VK
iaitu “ah” terlebih dahulu serta latih tubi tunjuk dan bunyi “ah” berulang
kali. Pada ketika ini guru perlu memastikan cara menyebut suku kata dengan betul seperti gerakan
bibir, lidah, mulut, gigi dan tempat keluar bunyi supaya ia dapat menghasilkan
bunyi yang tepat.
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
3. Menambah
satu huruf konsonan pada depan suku kata KV dan latih tubi membunyi suku kata
KVK yang terbentuk.
Guru menambah dengan huruf konsonan di
depan dan menyebut suku kata KVK. Kemudian ia ditukar dengan huruf konsonan
lain dan murid akan mengulang bunyi yang sama di hujung iaitu “ah”. Murid juga
harus diperkenalkan dengan bunyi huruf-huruf konsonan. Contohnya huruf b, bunyi
“beh” + ”ah” menjadi “bah”. Murid dilatih membunyikan kumpulan suku kata KVK
yang mempunyai fonik yang sama berulang kali.
bah
|
cah
|
dah
|
gah
|
jah
|
kah
|
lah
|
mah
|
nah
|
pah
|
rah
|
sah
|
tah
|
wah
|
Pada ketika ini guru perlu
memastikan cara menyebut suku kata
dengan betul seperti gerakan bibir, lidah, mulut, gigi dan tempat keluar bunyi
supaya ia dapat menghasilkan bunyi yang tepat. Di sini murid akan dapat mengetahui
perbezaan dan persamaan bunyi setiap suku kata. Galakan harus diberi kepada
murid untuk membunyi sendiri setiap suku kata.
4. Menambah suku
kata KV di hadapan setiap suku kata KVK dan latih tubi membunyikan suku kata KV
sahaja tanpa membatang menjadi perkataan.
Setelah menguasai suku kata KVK
barulah ditambah suku kata KV di hadapannya menjadikannya perkataan KV+KVK.
lebah
|
pecah
|
lidah
|
gagah
|
gajah
|
lukah
|
kalah
|
rumah
|
tanah
|
kepah
|
darah
|
basah
|
getah
|
bawah
|
5. Membatang
kedua-dua suku kata menjadi perkataan bermakna.
Sebagai pengukuhan guru harus
menggalakkan murid mengeja juga perkataan walaupun murid sudah boleh menyebut
suku kata KV dan KVK dan membatang terus perkataan. Ini kerana ianya akan
membantu murid dalam membina suku kata atau perkataan dengan sendiri nanti.
Murid harus diberi galakan untuk cuba
membatang sendiri perkataan, biar mereka sendiri menyebut sehingga betul.
Pujian dan maklumbalas yang baik perlu diberikan jika mereka berjaya menyebut
perkataan dengan betul.
6. Memasukkan
gambar pada perkataan jika ada sebagai pengukuhan.
Setelah murid dapat menyebut perkataan
dengan betul, guru boleh memberi pengukuhan lagi dengan memasukkan gambar di
bawah perkataan tadi. Berikan pujian kepada murid yang menyebut perkataan
dengan betul. Pada perkataan yang tiada gambar guru seharusnya menceritakan
maksud perkataan tersebut bagi menambahkan lagi pengetahuan vokabolari murid.
Seterusnya murid dikehendaki mengeja dan membatang perkataan berulang kali
sebagai pengukuhan
7. Latihan Interaktif Modul Fonik Akhiran KVKVK
8. Latihan Pengukuhan Bertulis Modul Fonik Akhiran KVKVK
8. Latihan Pengukuhan Bertulis Modul Fonik Akhiran KVKVK
No comments:
Post a Comment