Jerome S. Brunner (1966)
menyatakan peringkat pembelajaran berubah dalam tiga peringkat, iaitu:
1. Enaktif - Pembelajaran
melalui manipulative melalui bahan maujud.
2. Ikonik - Keupayaan membuat persepsi dan membina
gambaran dalam mental. Dapat memahami keadaan/objek melalui bahasa walaupun
tidak maujud.
3. Simbolik - Menggunakan bahasa/lambang untuk menjelaskan
sesuatu perkara atau formula.
Di
sini jelas sesuatu BBBM perlulah mempunyai elemen bahan maujud, lisan dan juga
visual, objek atau gambar.
Manakala Teori
Pembelajaran Kognitif (Gestalt) pula menekankan pembelajaran berlaku melalui
pengamatan dan persepsi. Ini menunjukkan fungsi otak sangat penting dalam
P&P. Persepsi berlaku melalui deria melihat, merasa, mendengar, menyentuh
dan menghidu. Pembelajaran akan berlaku apabila pengetahuan diolah oleh otak
dan pemikiran. Di sini terbukti bahawa proses P&P memerlukan sesuatu yang
boleh dilihat dan dikoordinasi oleh deria manusia.
Seterusnya implikasi
daripada Teori Thorndike turut menitikberatkan ransangan dan gerak balas murid
dengan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan
yang menyeronokkan. Oleh itu aktiviti pengukuhan (BBBM) mestilah menarik yang
boleh meninggalkan kesan kepada murid.
Teori Kognitif dalam
pembelajaran memerlukan proses P&P yang meliputi pengumpulan dan
penyusunan. Pembelajaran adalah berkaitan dengan proses ingatan dan penyimpanan
dalam pemikiran. Ianya sangat berkait rapat dengan pengamatan dan penanggapan.
Oleh itu BBBM dihasilkan untuk meningkatkan pengamatan murid terhadap isi
pelajaran dengan menggunakan visual, audio dan animasi yang menarik bagi tujuan
murid dapat menyimpan dan mengingat sesuatu di dalam otak mereka.
No comments:
Post a Comment