Friday, December 13, 2013

Modul KV eTAM

Alhamdulillah. Segala Puji & Puja hanya bagi Allah. Setelah 3 bulan saya berhempas pulas, dengan kesibukan tugas, saya berjaya menyiapkan satu modul yang akan membantu guru-guru Bahasa Melayu terutama guru pra, guru pemulihan, guru Tahun 1.

Modul suku kata KV ini merangkumi suku kata KV bagi kesemua huruf konsonan yang ada kecuali "x". Ini bermakna Konsonan b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, y, z. Kesemua konsonan digabungkan dengan 6 huruf vokal (a, i, u, o, e & e'). Sebagai contoh ba. bi, bu. bo. be & be'.

Modul ini dibangunkan bersama (lihat gambar):

  1. Set Interaktif PdP dalam 2 Versi : PowerPoint & SWF Flash (boleh dibuka pada iPAD, TAB dsb)
  2. Lagu KV (ciptaan sendiri..jangan gelak..tapi sangat berkesan..janji murid suka)
  3. Lembaran Kerja Bertulis
  4. Ujian Lisan
  5. 6 set Permainan Bahasa BINGO.
Set Interaktif PdP Modul KV menitikberatkan kemahiran, mengenal, menyebut, mendengar, mengikut, mengingat & mengecam. Kesemua suku kata dalam Set PdP Interaktif telah dimasukkan suara, bunyi suku kata tersebut, klik sahaja. Seterusnya ditambah kemahiran menulis dengan Lembaran Kerja. 

Bagi aktiviti pengukuhan, disediakan set Permainan Bahasa BINGO. Ada 6 set, bermakna cukut untuk 6 orang murid, print dan potong, kemudian main. Tahu bagaimana cara bermain BINGO. Cikgu sebut satu suku kata, murid cari & tanda suku kata yang disebut..ada 5 setiap suku kata yang perlu ditanda. Kemudian cikgu sebut suku kata lain. Murid yang dapat 5 tanda secara melintang, menegak atau menyerong, dia akan dapat satu B kemudian I hingga lengkap BINGO. Siapa yang dapat BINGO dahulu dikira pemenang.

KEPADA GURU-GURU YANG INGIN MENCUBA GUNA MODUL KV eTAM INI SILA KLIK LINK INI 


Saya menyediakan satu kaedah untuk melihat dan menganalisis tahap pengusaan murid dalam Modul ini. Cuba lihat ini: 

Anda lihat deretan lampu dan "wajah masam" di tepi sebelah kanan? Lampu pertama akan keluar kita murid menekan soalah sekali lagi. Dia menekan kerana dia tidak ingat atau tidak mendengar. Jika ditekan soalan lampu seterusnya akan keluar. Banyak lampu bermakna murid masih lemah. Kemudian "wajah masam" akan keluar apabila murid tidak menyusun dengan betul. Banyak "wajah masam" bermakna dia belum mengenal suku kata.

ANTARA PAPARAN MODUL KV eTAM2.0
Menu Modul Interaktif KV eTAM2.0
Ada 20 Slide bagi Konsonan Popular (kecuali konsonan f,q, v,w, y & z)

Inilah kesemua file dalam Modul KV eTAM. Ada 20 set PdP Interaktif & L.Kerja (set BINGO di dalam L.Kerja)

6 Set BINGO

Ujian Lisan. Cikgu perlu sebut sendiri 6 suku kata secar rawak. Tiap satu suku kata 3 kali.

Ujian Lisan, cikgu sebut ikut Skema yang disediakan, murid bulatkan.

Ujian Lisan Aras tinggi, jika murid berjaya bermakna dia sudah menguasai. Cikgu sebut 3 suku kata sekaligus, beri ada gap 2 saat antara suku kata, murid tulis. Rujuk Skema.

Latihan bertulis. Perlu bantu namakan gambar jika perlu. Ini sudah boleh jadi latihan untuk KVKV.


Thursday, October 31, 2013

Cuba Jadi Komposer

Malam ni saya jadi komposer hehe..punca dapat sorang murid yg pindah dengan mula sekolah dengan tahun 3...jadi inilah bahan yg akan digunakan untuk ajar dia esok...maaf ye suara kurang enak...lagu pun main suka-suka. Saya share...

Klik Di sini



Wednesday, October 30, 2013

eTAM Online Free

Sukacitanya saya ingin berkongsi dengan semua guru-guru dan ibu bapa satu BBBM percuma yang boleh digunakan secar online. Ini salah satu topik dalam Modul Fonik Akhiran KVKVK saya yang dibangunkan dari kajian tindakan bertajuk;

Kaedah “FONIK AKHIRAN eTAM" membantu murid menguasai kemahiran KV+KVK


SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BBBM ONLINE PERCUMA

Untuk dapatkan bahan penuh

Modul 1 Fonik Akhiran KVKVK (ah, ak, al, am, am, ap, ar, as & at)
Hanya dengan RM20

Modul 2 Fonik Akhiran KVKVK (ih, ik. il. in. ir, is & it)
Hanya dengan RM10

Sekiranya berminat berikan email.
PM facebook saya Bastami Zakaria
Email: bastami_zakaria@yahoo.com.my







Tuesday, October 29, 2013

JOM SELAWAT

Dari buaian ku dengar dan diajar selawat ini oleh arwah mama.... kalau berjalan-jalan dengan kereta, kereta babaku tidak ada radio... maka selawat inilah antara yang didendangkan bersama...AlFATIHAH untuk arwah MAMA tercinta.

Klik Sini



SELAWAT UMMI



SELAWAT TAFRIJIYYAH



Sunday, October 27, 2013

MAKLUM BALAS PROGRAM HUBUNGAN ANTARABANGSA FOURTH THAILAND-MALAYSIA JOINT EDUCATIONAL RESEARCH CONFERENCE 2012

REFLEKSI AKTIVITI
Non Formal Education Visit
  • ·         Mereka masih menggunakan penuh bahasa ibunda mereka untuk membentang tentang aktiviti
  • ·         Mereka mempunyai kolaborasi dan kerjasama yang baik antara komuniti luar seperti pengusaha kraftangan dan pengamal agama.
  • ·         Institusi non-formal sangat dekat dengan formal education contohnya pusat pembelajaran kraftangan berada di sebelah bangunan sekolah. Setiap murid mempunyai jadual untuk mengikuti pembelajaran non-formal
  • ·         Setiap murid yang belajar di non-formal education mempunyai kebebasan untuk mencipta kraftangan mereka sendiri.
  • ·         Di dalam kawasan non-formal education pula terdapat ruang niaga barangan kraftangan yang mana murid boleh terus melihat kepentingan dan kelebihan pembelajaran non-formal untuk menjana ekonomi mereka.
  • ·         Pusat pembelajaran non –formal masih mengekalkan tradisi dan adat agama yang asli. Contohnya mereka masih mengetuk tembaga bagi membentuk sesuatu kraf. Mereka melarang sama sekali kaedah pengilangan yang menggunakan Moulding. Ini menjadikan budaya, seni dan karya mereka masih kekal keasliannya.



SEMINAR PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN POLISI DAN CLASSROOM.
Kajian Tindakan Polisi dari Thailand
The Role of Educational Mechanism in Driving Creative Economy
  • ·         Menceritakan polisi pendidikan mereka yang memberi penumpuan terhadap pembangunan ekonomi.
  • ·         Mereka membahagikan penumpuan pembelajaran dan kurikulum berdasarkan ekomoni setempat. Contohnya bagi kawasan Chiang Mai ianya berfokuskan perlancongan, seni, agriculture dan lain-lain.
  • ·         Ini menunjukan Kementerian Pelajaran Thailand sangat serius dalam membangun ekonomi secara berstruktur.
  • ·         Dari sudut murid dan pelajar ia akan membuatkan mereka lebih jelas dengan tujuan mereka belajar demi memperbaiki ekonomi mereka seterusnya membantu mengembangkan ekonomi negara.


Kajian Tindakan Polisi dari Malaysia
LINUS Programme: Factors on Why Student Have Not Mastered Basic Skill on Literacy & Numeracy
  • ·         Salah satu usaha KPM untuk membasmi masalah murid tidak menguasai kemahiran asas Literasi dan Numerasi.
  • ·         Mengkaji faktor yang menyebabkan murid tercicir dalam menguasai kemahiran asas literasio dan numerasi.
  • ·         Antara faktor yang disenaraikan ialah sikap ibubapa yang tidak menghiraukan pembelajaran anak-anak, faktor kesihatan, faktor bahasa yang digunakan di rumah, kekurangan strategi P&P guru, terlalu ramai murid dalam sesuatu kelas, guru pemulihantidak mempraktikkan tugas mereka, tiada pemantauan dari pihak pentadbir sekolah dan lain-lain.


Kajian Tindakan Classroom dari Thailand
Participatory Learning to Lessen Pollution fro Open Air Burning of Burning Charcoal taht Enhance Career Development and Health Condition.
  • ·         Menceritakan kajian tindakan mereka menyelesaikan masalah pencemaran daripada pembakaran terbuka daripada kaedah tradisional pembuatan arang.
  • ·         Amat membanggakan kajian tindakan mereka telah melibatkan komuniti luar dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak luar.
  • ·         Hasil kajian tindakan bersama akhirnya membuatkan mereka berjaya menyelesaikan masalah pencemaran.
  • ·         Hasil kajian tindakan mereka juga membolehkan meningkatkan produktiviti dan keberkesanan pembuatan arang komuniti tersebut.


Kajian Tindakan Classroom dari Malaysia
Mastering The Concept in Blood Circulatory System Using The “Operate Your Heart” Module.
  • ·         Kaedah interaktif Hands On yang mampu meningkatkan kefahaman murid.
  • ·         Memerlukan kos yang rendah
  • ·         Boleh membuat ujikaji yang jelas dalam mengenalpasti aliran darah hanya dengan menggunakan tiub kabel berwarna.
  • ·         Sangat praktikal dan mudah diaplikasikan


DISEDIAKAN OLEH:
_________________________
(MUHAMAD BASTAMI BIN ZAKARIA)
SK SUNGAI HAJI DORANI

45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR.

The Fourth Thailand-Malaysia Joint Educational Research Conference 2012

Lebih setahun berlalu...namun hari ini terasa ingin saya berkongsi kenangan manis sewaktu menyertai deligasi dari Malaysia ke The Fourth Thailand-Malaysia Joint Educational Research Conference 2012 pada 2-6 Julai 2012 di Chiang Mai Thailand. Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana mengurniakan nikmat ini dan terima kasih kepada KPM yang memilih saya untuk menjadi salah seorang peserta ke conference ini.