Tuesday, June 4, 2024

Modul KVK Kawalan Fonik Akhiran (KFA)

Modul KFA 27 Set khusus untuk memperkenalkan suku kata KVK dengan perkataan bermakna ini telah lama dibangunkan. Namun ianya diberi nafas baru dan lebih kompak kerana kali ini ia lebih menekankan aspek penulisan. Ia lebih pantas untuk guru/ ibubapa mengajar asalkan anak-anak boleh mengikuti dengan baik. Walaubagaimanapun ia terserah kepada pengajar untuk mengolah bahan ini. Ini kerana modul yang hanya latihan bertulis ini telah ditambahbaik dengan memasukkan audio yang menyebut perkataan apabila diklik pada setiap gambar yang ada.

Dengan ini saya kongsikan Modul ini untuk dimanfaat oleh guru-guru dan ibubapa. Klik link di bawah untuk muat turun. File di bawah mengandungi Modul dalam bentuk PDF untuk dicetak, Modul dalam format PowerPoint Slide Show untuk dimain secara interaktif di komputer dan juga Modul dalam format APK yang boleh diinstall pada android.

Klik: Muat turun Modul KFA 27 Set




No comments:

Post a Comment