Subhanallahil 'azim wabihamdihi
Selepas melalui PdPR sepanjang PKP dan PKPP anak-anak terutama yang Pra dan Tahun 1, mereka kini sudah belajar secara bersemuka. Maka ketika ini saya sebagai Guru Pemulihan mendapati ramai yang belum dapat membaca, malah ada yang belum kenal abc dan gagal menguasai suku kata KV. Maka saya rasa jalan terbaik untuk mereka belajar suku kata KV ada dengan mengenalkan suku kata KV dengan kawalan vokal a terlebih dahulu.
Hari baik, bulan Ramadhan ini saya ingin berkongsi rakan-rakan di sini, bahan inovasi saya iaitu Modul KV Kawalan Vokal a, dalam format apk. Ia boleh di'install' di dalam android tuan puan yang boleh dimainkan di telefon pintar. Untuk dapatkan bahan ini anda boleh klik link di bawah untuk download dan install pada telefon android anda.
LINK: MODUL KV KAWALAN VOKAL a
https://drive.google.com/file/d/1i4SMDF1Av-527Qo4D4MEJRXBwpGqr1qu/view?usp=sharing
Jemput juga join group telegram saya: BELAJAR BERSAMA CIKGU TAM
https://t.me/joinchat/GTCbONOOFkfXzfX2
Harap bahan ini bermanfaat pada mereka yang memerlukannya. Saya izinkan anda berkongsi dengan sesiapa sahaja.
Modul KV Kawalan Vokal a
No comments:
Post a Comment