Monday, November 30, 2020

KAJIAN TINDAKAN: Kaedah Sifir Sentuh Meja

 

Kaedah Sifir Sentuh Meja eTAM Membantu Murid Tahun 2 SKBT Menghafal Sifir Dengan Cepat Dan Mudah

 

Oleh:

En. Muhamad Bastami Bin Zakaria

SK Bagan Terap 45300, Sungai Besar, Selangor.

Tel/ Fax Pej: 03-32165143 Tel. Bimbit: 0134803169

Email: bastamizakaria825@gmail.com

 

 

Abstrak

Murid Tahun 2 telah belajar asas darab iaitu nombor gandaan 2 dan 5 dari tahun 1 lagi dan diteruskan dengan belajar mendarab hingga bentuk lazim dan penyelesaian masalah. Tetapi ia menjadi kekangan pada mereka apabila tidak mengingat sifir walaupun menghafal sifir tidak ada di dalam sukatan pelajaran. Saringan pertama mendapati 18/21 orang menghafal sifir 2, 5/21 menghafal sifir 3 dan sifir 5, manakala tiada seorang pun dari mereka dapat menghafal denga lancar sifir 4, 6, 7, 8 dan 9. Oleh yang demikian Kaedah Sentuh Meja dipilih sebagai medium untuk menghafal sifir terutama sifir 3, 4, 6, 7 dan 8, manakala sifir 2 lebih sesuai menggunakan garis nombor dengan mengenal nombor genap yang selang satu nombor, sfir 5 pula hanya nombor gandaan 5 selang seli nombor belakangnya 0 dan 5. Seterusnya sifir 9 lebih mudah dengan hanya menulis 0 hingga 9 dari atas ke bawah, kemudian 0 hingga 9 dari bawah ke atas ataupun menggunakan kaedah lipat jari dari jari pertama hingga jari kesepuluh untuk jawapan sifir 9. Kaedah Sentuh Meja tampak lebih mudah dan bersistematik dengan bantuan Perisian Sifir Sentuh Meja eTAM, mereka menghafal 3 set di meja 1,2 dan 3. Setiap meja ada 4 nombor iaitu jawapan sifir dahulu iaitu nombor gandaan setiap sifir. Hafal 4 nombor di meja pertama, setelah ingat hafal meja kedua pula, ulang semula dari meja pertama dan kedua, hafal meja ketiga pula, apabila ingat ulang dari pertama hingga meja ketiga. Apabila kuasai nombor-nombor dari meja pertama hingga ketiga barulah melatih menyebut soalan sifir dan jawapannya dengan ringkas seperti “1 4 4” hinggalah “12 4 48” tidak menyebut “1x4 4” seperti kebiasaan. Hasil dari latih tubi Kaedah Sentuh Meja ini didapati 21/21 murid dapat menghafal sifir 2, 3, 5 dan 9, manakala 18/21 dapat menghafal sifir 4 seterusnnya 11/21 dapat menghafal sifir 6,7 dan 8. Secara keseluruhan 11/21 murid berjaya menghafal sifir 2 hingga 9. Walau bagaimanapun mereka perlu menjalani proses pengulangan bagi mengekalkan hafalan sehingga sebati dengan pemantauan oleh guru-guru.



No comments:

Post a Comment