LATIHAN PERKATAAN KVK+KV+KVK
liveworksheets.com
LATIHAN PERKATAAN KVK+KV+KVK
LATIHAN PERKATAAN KV+KV+KVK
LATIHAN PERKATAAN KVK+KVK ONLINE
Modul KV+KVKK Set 3 (_ung)
Modul KV+KVKK ini dibina untuk mengajar kemahiran membaca dan menulis perkataan KV+KVKK yang mempunya suku kata 'ng'. Ia mempunyai 4 set. Setiap set sesuai untuk satu PdPc di dalam kelas.
Sila tonton video di bawah terlebih dahulu sebelum membuat latihan pengukuhan.
Latihan Interaktif Set 3
Modul KV+KVKK Set 2 (_ing)
Modul KV+KVKK ini dibina untuk mengajar kemahiran membaca dan menulis perkataan KV+KVKK yang mempunya suku kata 'ng'. Ia mempunyai 4 set. Setiap set sesuai untuk satu PdPc di dalam kelas.
Sila tonton video di bawah terlebih dahulu sebelum membuat latihan pengukuhan.
Latihan Interaktif Set 2
Modul KV+KVKK Set 1 (_ang)
Modul KV+KVKK ini dibina untuk mengajar kemahiran membaca dan menulis perkataan KV+KVKK yang mempunya suku kata 'ng'. Ia mempunyai 4 set. Setiap set sesuai untuk satu PdPc di dalam kelas.
Sila tonton video di bawah terlebih dahulu sebelum membuat latihan pengukuhan.
Latihan Interaktif Set 1
Modul 41 KV: Set 4 (konsonan hrjb)
Tonton video ini terlebih dahulu, ikut dan latih sebut suku kata KV dengan betul.
Latihan Set 4 Modul 41 KV
Modul 41 KV: Set 3 (konsonan dlgp)
Tonton video ini terlebih dahulu, ikut dan latih sebut suku kata KV dengan betul.
Latihan Set 3 Modul 41 KV
MODUL 41 KV eTAM ONLINE
Modul ini dibangunkan khusus untuk mengajar kemahiran suku kata terbuka KV. Ia merupakan kemahiran asas membaca selepas anak-anak sudah mengenal huruf a-z. Modul telah disusun mengikut aras dan kemampuan anak-anak untuk menguasai suku kata terbuka dengan cepat dan mudah. Ia menggunakan kaedah kawalan vokal dan kawalan konsonan. Setiap set modul mengambil masa 1 jam
Modul ini sebenarnya ada berbentuk offline, dijual dengan harga RM10 sahaja untuk kesemua set, yang mana terdapat 8 set PdPc Interaktif, Latihan Bertulis serta Panduan Latihan Bertulis Bersuara. Walaubagaimanapun saya sudi berkongsi sebahagiannya secara PERCUMA di sini secara online untuk sama-sama dimanfaatkan oleh ibubapa dan guru-guru terutama di waktu pembelajaran dari rumah semasa PKPB ini.
Terdapat 5 set di dalam modul ini:
Set 1: Konsonan t/n/s/w + a/i/u
Set 2: Konsonan k/c/y/m + a/i/u
Set 3: Konsonan d/l/g/p + a/i/u
Set 4: Konsonan h/r/j/b + a/i/u
Set 5a: Konsonan b/c/d/f + o/e/e
Set 5b: Konsonan g/h/j/k + o/e/e
Set 5c: Konsonan l/m/n/p + o/e/e
Set 5d: Konsonan r/s/t/y + o/e/e
Modul 41 KV: Set 2 (konsonan kcym)
Tonton video ini terlebih dahulu, ikut dan latih sebut suku kata
KV dengan betul.
Modul ini dinamakan Modul 41 KV kerana terdapat 4 konsonan yang diperkenalkan di dalam suatu PdPc (tempoh 1 jam). Ia mempunyai 5 set yang mana set 1-4 ada konsonan yang bergabung dengan vokal a, i & u. Manakala set ke 5 mempunyai 4 lagi pecahan yang mana merupakan KV yang digabungkan dengan vokal o, e taling dan e papet.
Modul 41 KV: Set 1 (konsonan tnsw)
Tonton video ini terlebih dahulu, ikut dan latih sebut suku kata KV dengan betul.
Kaedah
Sifir Sentuh Meja eTAM Membantu Murid Tahun 2 SKBT Menghafal Sifir Dengan Cepat
Dan Mudah
Oleh:
En. Muhamad Bastami Bin Zakaria
SK Bagan Terap 45300, Sungai Besar, Selangor.
Tel/ Fax Pej: 03-32165143 Tel. Bimbit: 0134803169
Email: bastamizakaria825@gmail.com
Abstrak
Murid Tahun 2 telah
belajar asas darab iaitu nombor gandaan 2 dan 5 dari tahun 1 lagi dan
diteruskan dengan belajar mendarab hingga bentuk lazim dan penyelesaian
masalah. Tetapi ia menjadi kekangan pada mereka apabila tidak mengingat sifir
walaupun menghafal sifir tidak ada di dalam sukatan pelajaran. Saringan pertama
mendapati 18/21 orang menghafal sifir 2, 5/21 menghafal sifir 3 dan sifir 5,
manakala tiada seorang pun dari mereka dapat menghafal denga lancar sifir 4, 6,
7, 8 dan 9. Oleh yang demikian Kaedah Sentuh Meja dipilih sebagai medium untuk
menghafal sifir terutama sifir 3, 4, 6, 7 dan 8, manakala sifir 2 lebih sesuai
menggunakan garis nombor dengan mengenal nombor genap yang selang satu nombor,
sfir 5 pula hanya nombor gandaan 5 selang seli nombor belakangnya 0 dan 5.
Seterusnya sifir 9 lebih mudah dengan hanya menulis 0 hingga 9 dari atas ke
bawah, kemudian 0 hingga 9 dari bawah ke atas ataupun menggunakan kaedah lipat
jari dari jari pertama hingga jari kesepuluh untuk jawapan sifir 9. Kaedah
Sentuh Meja tampak lebih mudah dan bersistematik dengan bantuan Perisian Sifir
Sentuh Meja eTAM, mereka menghafal 3 set di meja 1,2 dan 3. Setiap meja ada 4
nombor iaitu jawapan sifir dahulu iaitu nombor gandaan setiap sifir. Hafal 4
nombor di meja pertama, setelah ingat hafal meja kedua pula, ulang semula dari
meja pertama dan kedua, hafal meja ketiga pula, apabila ingat ulang dari
pertama hingga meja ketiga. Apabila kuasai nombor-nombor dari meja pertama
hingga ketiga barulah melatih menyebut soalan sifir dan jawapannya dengan
ringkas seperti “1 4 4” hinggalah “12 4 48” tidak menyebut “1x4 4” seperti
kebiasaan. Hasil dari latih tubi Kaedah Sentuh Meja ini didapati 21/21 murid
dapat menghafal sifir 2, 3, 5 dan 9, manakala 18/21 dapat menghafal sifir 4
seterusnnya 11/21 dapat menghafal sifir 6,7 dan 8. Secara keseluruhan 11/21
murid berjaya menghafal sifir 2 hingga 9. Walau bagaimanapun mereka perlu
menjalani proses pengulangan bagi mengekalkan hafalan sehingga sebati dengan
pemantauan oleh guru-guru.
Sila tonton video ini terlebih dahulu, kemudian jawab latihan-latihan di bawah.
Jawab
latihan-latihan di bawah:
Sila tonton video ini terlebih dahulu, kemudian jawab latihan-latihan di bawah.
Jawab latihan-latihan di bawah:
Sila
tonton video ini terlebih dahulu, kemudian jawab latihan-latihan di bawah.
Sila tonton video ini terlebih dahulu, kemudian jawab latihan-latihan di bawah.
Kemahiran suku kata tertutup sangat penting. Ia selalu menjadi penghalang kepada anak-anak untuk membaca dengan lancar dan pergi ke perkataan-perkataan serta ayat yang lebih kompleks. InsyaAllah jika mereka telah menguasa suku kata tertutup maka mereka secara tidak langsung teleh memperolehi 'kesedaran fonemik' yang membolehkan mereka membaca dengan lancar dan pergi ke kemahiran atau konstruk yang lain.
Modul ini dibangunkan untuk mengajar kemahiran asas membaca iaitu suku kata tertutup (KVK) dan perkataan yang ada suku kata tertutup (KVKVK). Modul ini mempunyai 4 set. Setiap set akan diajar menggabungkan suku kata KV dengan dua konsonan. Set 1 hingga 4 ini disusun berdasarkan konsonan yang mudah dan terlebih dahulu iaitu: n&s, l&m, r&t serta k&h. Hanya 8 konsonan ini diperkenalkan kerana ia sering ada dalam suku kata KVK. Teknik yang digunakan di dalam modul ini adalah Kaedah Kawalan Vokal dan juga Kaedah Kawalan Konsonan.
Modul ini sebenarnya dibangunkan dan digunakan secara offline menggunakan PowerPoint pada asalnya, namun apabila berhadapan dengan Covid19 maka ia ditranformasi kepada online supaya mudah untuk ibubapa dan guru-guru melayarinya hanya menggunakan telefon pintar mahupun komputer. Bagi sesiapa yang mahukan Modul JKK eTAM dalam format PowerPoint berserta Latihan Bertulis dan panduannya.
KLIK: MODUL JKK eTAM & MODUL LTB KV+KVK
ANDA PERLU INSTALL FONT DI BAWAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGGUNAKAN MODUL
KLIK: DOWNLOAD FONT
Bagi yang mahu menggunakan Modul JKK eTAM secara online, anda boleh sahaja terus klik link (perkataan Modul JKK Set 1-4 yang berwarna) di bawah mengikut turutan dari Set 1 hingga ke Set 4. Tonton video untuk belajar secara kendiri, buka file PDF setiap set untuk latih tubi membaca serta jawab kuiz online yang disediakan. Saya amat berharap modul ini membantu anak-anak anda mahir membaca.