Thursday, January 9, 2014

Modul Huruf Kecil a-z

Alhamdulillah. Kau kurniakan aku idea, kekuatan & kelapangan untuk menyiapkan satu modul yang sangat penting untuk PdP Bahasa Melayu, perkara yang paling asas iaitu abc. Sebelum ini saya ada membuat banyak bahan untuk topik Huruf Aa-Zz. Namun Modul Huruf Kecil a-z yang baharu ini sangat berbeza sekali dengan sebelum ini.

Terdapat beberapa pembaharuan, penambahbaikan, value added dan istimewa dengan modul ini adalah:


  1. Pembelajaran berperingkat & berdasarkan kekuatan serta pengatahuan sedia ada murid. 
  2. Saya memulakan PdP huruf a-z dengan nyanyian kerana kebanyakan kanak-kanak tahu atau pernah mendengar lagu abc irama Twinkle-twinkle Little Star. Walaupun mereka tidak tahu bentuk huruf tapi mereka tahu urutan a hingga z. Murid menyanyi sambil menunjuk huruf kita mestilah perhatikan koordinasi mata, mulut dan tangan samada sama atau tidak.
  3. Selepas tahu turutan huruf, kita pergi kepada padankan huruf yg sama. Di sini kita lihat samada murid boleh membezakan bentuk & saiz.
  4. Kemudian mereka susun huruf yang berselerak dengan betul. Untuk ini guru boleh juga menggunakan puzzle huruf sebagai pengukuhan kerana ia lebih baik. Murid boleh pegang rasa. 
  5. Pergi pula proses mengenal, mengecam & menamakan huruf. Selain cara interaktif eTAM kita boleh menggunakan bhn maujud. Cth masukkan huruf timbul dalam kotak, mereka meraba dan meneka huruf tersebut.
  6. Kita harus meningkatkan aras pemikiran, ketajaman penglihatan, kemahiran mendengar & kekuatan mengingat. 
  7. Oleh itu eTAM ada latihan yg mana guru memberi mereka dengar 3 sebutan huruf..cth k, a, j. (bunyi lebih kurang sama). Kemudian mereka perlu memilih & menyusun seperti yg disebutkan.
  8. Aras yang lebih tinggi lagi, bei mereka dengar 4 sebutan huruf. Cth: p, t, c, d. Sediakan beberapa 4 pilihan kombinasi iaitu p,d,c,t.........b,t,e,d......d,c,t,p.....&.....p,t,c,d. Mereka harus pilih yang mana sama seperti disebut dari segi huruf & susunan yang betul.
  9. Kita sebagai guru & ibubapa harus melatih murid dengan kemahiran mendengar, melihat, mengingat, menyusun. Bantu mereka supaya mereka lebih cepat, cekap, mahir serta kreatif. Inilah yang dinamakan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) atau HOTS (High Order Thinking Skill). Jangan menafikan KBAT kepada murid pemulihan khas atau kepada mereka yang lemah. Siapa lagi yang harus membina & meningkatkan daya pemikiran mereka.

SAYA BERBESAR HATI UNTUK BERKONGSI IDEA & MODUL HURUF KECIL a-z eTAM DENGAN SEMUA. KLIK LINK DIBAWAH UNTUK FREE TRIAL.

Antara Paparan & Bahan serta Pakej Modul Huruf a-z
Hanya dengan RM10 anda boleh memiliki & memanfaatkannya untuk anak juga murid anda,

Beli Modul Huruf Kecil RM10, saya hadiahkan 9 Koleksi eTAM Aa-Zz 1.0 2.0 beserta Lembaran Kerja.

Menu eTAM Huruf Kecil a-z

55 slide yang terdapat dalam Modul eTAM Huruf Kecil a-z
Bahan-bahan & File yang anda akan dapat dengan nilai RM10 sahaja

9 FREE GIVE untuk pembelian Modul Huruf Kecil Terbaru.

Lembaran Kerja & Kad Imbas yang boleh dicetak serta diedit.




2 comments:

  1. Replies
    1. boleh bg email untuk sy bg link. hubungi sy melalui email bastami_zakaria@yahoo.com.my. atau FB https://www.facebook.com/bastami.zakaria

      Delete