Klik Di sini
Thursday, October 31, 2013
Cuba Jadi Komposer
Malam ni saya jadi komposer hehe..punca dapat sorang murid yg pindah dengan mula sekolah dengan tahun 3...jadi inilah bahan yg akan digunakan untuk ajar dia esok...maaf ye suara kurang enak...lagu pun main suka-suka. Saya share...
Wednesday, October 30, 2013
eTAM Online Free
Sukacitanya saya ingin berkongsi dengan semua guru-guru dan ibu bapa satu BBBM percuma yang boleh digunakan secar online. Ini salah satu topik dalam Modul Fonik Akhiran KVKVK saya yang dibangunkan dari kajian tindakan bertajuk;
Kaedah “FONIK AKHIRAN eTAM" membantu murid menguasai kemahiran KV+KVK
Kaedah “FONIK AKHIRAN eTAM" membantu murid menguasai kemahiran KV+KVK
SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BBBM ONLINE PERCUMA
Untuk dapatkan bahan penuh
Modul 1 Fonik Akhiran KVKVK (ah, ak, al, am, am, ap, ar, as & at)
Hanya dengan RM20
Modul 2 Fonik Akhiran KVKVK (ih, ik. il. in. ir, is & it)
Hanya dengan RM10
Sekiranya berminat berikan email.
PM facebook saya Bastami Zakaria
Tuesday, October 29, 2013
JOM SELAWAT
Dari buaian ku dengar dan diajar selawat ini oleh arwah mama.... kalau berjalan-jalan dengan kereta, kereta babaku tidak ada radio... maka selawat inilah antara yang didendangkan bersama...AlFATIHAH untuk arwah MAMA tercinta.
SELAWAT UMMI
SELAWAT TAFRIJIYYAH
Klik Sini
SELAWAT UMMI
SELAWAT TAFRIJIYYAH
Sunday, October 27, 2013
MAKLUM BALAS PROGRAM HUBUNGAN ANTARABANGSA FOURTH THAILAND-MALAYSIA JOINT EDUCATIONAL RESEARCH CONFERENCE 2012
REFLEKSI
AKTIVITI
Non Formal Education Visit
- · Mereka masih menggunakan penuh bahasa ibunda mereka untuk membentang tentang aktiviti
- · Mereka mempunyai kolaborasi dan kerjasama yang baik antara komuniti luar seperti pengusaha kraftangan dan pengamal agama.
- · Institusi non-formal sangat dekat dengan formal education contohnya pusat pembelajaran kraftangan berada di sebelah bangunan sekolah. Setiap murid mempunyai jadual untuk mengikuti pembelajaran non-formal
- · Setiap murid yang belajar di non-formal education mempunyai kebebasan untuk mencipta kraftangan mereka sendiri.
- · Di dalam kawasan non-formal education pula terdapat ruang niaga barangan kraftangan yang mana murid boleh terus melihat kepentingan dan kelebihan pembelajaran non-formal untuk menjana ekonomi mereka.
- · Pusat pembelajaran non –formal masih mengekalkan tradisi dan adat agama yang asli. Contohnya mereka masih mengetuk tembaga bagi membentuk sesuatu kraf. Mereka melarang sama sekali kaedah pengilangan yang menggunakan Moulding. Ini menjadikan budaya, seni dan karya mereka masih kekal keasliannya.
SEMINAR
PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN POLISI DAN CLASSROOM.
Kajian
Tindakan Polisi dari Thailand
The Role of
Educational Mechanism in Driving Creative Economy
- · Menceritakan polisi pendidikan mereka yang memberi penumpuan terhadap pembangunan ekonomi.
- · Mereka membahagikan penumpuan pembelajaran dan kurikulum berdasarkan ekomoni setempat. Contohnya bagi kawasan Chiang Mai ianya berfokuskan perlancongan, seni, agriculture dan lain-lain.
- · Ini menunjukan Kementerian Pelajaran Thailand sangat serius dalam membangun ekonomi secara berstruktur.
- · Dari sudut murid dan pelajar ia akan membuatkan mereka lebih jelas dengan tujuan mereka belajar demi memperbaiki ekonomi mereka seterusnya membantu mengembangkan ekonomi negara.
Kajian
Tindakan Polisi dari Malaysia
LINUS Programme:
Factors on Why Student Have Not Mastered Basic Skill on Literacy & Numeracy
- · Salah satu usaha KPM untuk membasmi masalah murid tidak menguasai kemahiran asas Literasi dan Numerasi.
- · Mengkaji faktor yang menyebabkan murid tercicir dalam menguasai kemahiran asas literasio dan numerasi.
- · Antara faktor yang disenaraikan ialah sikap ibubapa yang tidak menghiraukan pembelajaran anak-anak, faktor kesihatan, faktor bahasa yang digunakan di rumah, kekurangan strategi P&P guru, terlalu ramai murid dalam sesuatu kelas, guru pemulihantidak mempraktikkan tugas mereka, tiada pemantauan dari pihak pentadbir sekolah dan lain-lain.
Kajian
Tindakan Classroom dari Thailand
Participatory
Learning to Lessen Pollution fro Open Air Burning of Burning Charcoal taht
Enhance Career Development and Health Condition.
- · Menceritakan kajian tindakan mereka menyelesaikan masalah pencemaran daripada pembakaran terbuka daripada kaedah tradisional pembuatan arang.
- · Amat membanggakan kajian tindakan mereka telah melibatkan komuniti luar dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak luar.
- · Hasil kajian tindakan bersama akhirnya membuatkan mereka berjaya menyelesaikan masalah pencemaran.
- · Hasil kajian tindakan mereka juga membolehkan meningkatkan produktiviti dan keberkesanan pembuatan arang komuniti tersebut.
Kajian
Tindakan Classroom dari Malaysia
Mastering The
Concept in Blood Circulatory System Using The “Operate Your Heart” Module.
- · Kaedah interaktif Hands On yang mampu meningkatkan kefahaman murid.
- · Memerlukan kos yang rendah
- · Boleh membuat ujikaji yang jelas dalam mengenalpasti aliran darah hanya dengan menggunakan tiub kabel berwarna.
- · Sangat praktikal dan mudah diaplikasikan
DISEDIAKAN
OLEH:
_________________________
(MUHAMAD BASTAMI BIN ZAKARIA)
SK SUNGAI HAJI DORANI
45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR.
The Fourth Thailand-Malaysia Joint Educational Research Conference 2012
Lebih setahun berlalu...namun hari ini terasa ingin saya berkongsi kenangan manis sewaktu menyertai deligasi dari Malaysia ke The Fourth Thailand-Malaysia Joint Educational Research Conference 2012 pada 2-6 Julai 2012 di Chiang Mai Thailand. Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana mengurniakan nikmat ini dan terima kasih kepada KPM yang memilih saya untuk menjadi salah seorang peserta ke conference ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)