Sunday, December 29, 2013

MODUL FONIK AKHIRAN KVKVKK

Alhamdulillah. Segala puji & puja Hanya PadaMU Ya Allah kerana memberi kekuatan & kesempatan untuk menyiapkan Modul KVKVK. Modul ini merupakan kesinambungan Modul KVKVK sebelum ini. Saya menggunakan kaedah PdP yang sama iaitu "fonik akhiran". Ini keran berdasarkan Kajian Tindakan ke atas Modul KVKVK, ianya memberi kesan yang amat positif ke atas murid pemulihan saya.

Modul ini mempunyai 3 set iaitu perkataan yang berakhir dengan "ang", "ing" dan "ung". Setiap set modul ini dilengkapi dengan:

  1. PdP Interaktif: Ada 2 versi iaitu PowerPoint Show & Flash SWF yang boleh dimainkan pada iPAD, Samsung TAB atau SmartPhone.
  2. 4 Lembaran Kerja Berperingkat
  3. 3 Ujian Bertulis
  4. 6 Set Permainan Bahasa BINGO
Modul ini dibangunkan atas konsep mesra pengguna khusus untuk murid. Namun begitu tetap memerlukan pengawasan daripada guru dan ibu bapa.

Saya amat berbesar hati berkongsi Modul ini dengan guru-guru dan ibu bapa. Bagi tujuan tersebut saya menyediakan pautan untuk tuan-tuan menggunakan & melihat Modul KVKVK ini secara online.

Jika anda berminat untuk dapatkan Modul KVKVKK yang lengkap atau Koleksi eTAM yang lain anda boleh mengisi BORANG PESANAN.


Menu yang terdapat dalm setiap Set Modl KVKVK


Slide yang terdapat dalam setiap set.












Monday, December 23, 2013

Modul KVKVK Fonik Akhiran

Alhamdulillah, Syukur kerana telah berjaya menyiapkan 3 Modul Fonik Akhiran KVKVK pada 20 Dis 2013 lepas. Pembikinan Modul ini bermula dari Mei 2013...


Senarai Set KVKVK yang terdapat dalam Modul


Semua PdP Interaktif  Modul Fonik Akhiran KVKVK boleh dimainkan pada iPAD, Samsung Tab, Smart Phone (pilih file yang format SWF).







Setiap Set KVKVK disediakan 4 Latihan Pengukuhan bertulis.






JIKA HENDAK CUBA MENGGUNAKAN MODUL FONIK AKHIRAN KVKVK :

SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BBBM ONLINE PERCUMA






OBJEKTIF MODUL FONIK AKHIRAN KVKVK
  • Murid dapat mengeja atau membatang terus perkataan KV+KVK dengan betul.
  • Meransang murid untuk berfikir, mencuba membatang perkataan-perkataan dan mengenalpasti corak dan perkaitan bunyi perkataan KV+KVK dalam keluarga fonik akhir yang sama.
  • Menggalakkan murid untuk memberi contoh perkataan lain yang tergolong dalam fonik yang sama dengan perkataan yang dikemukakan oleh guru.
  • Murid dapat membina perkataan KV+KVK berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul.
  • Murid dapat membina dan menulis perkataan KV+KVK yang disebut oleh guru dengan betul.


Kebanyakan murid pemulihan khas mengalamai masalah untuk menguasai kemahiran KV+KVK. Walaubagaimanapun mereka tidak bermasalah dengan suku kata KV. Tetapi mereka tidak dapat membatang mengeja sukukata KVK di dalam perkataan KV+KVK Contohnya perkataan “bakul”, murid dapat mengeja “b..a” namun tidak dapat mengeja suku kata “kul”. Mereka hanya mengeja “k..u”, manakala “l” di hujungnya ditinggalkan.

Oleh yang demikian murid pemulihan tidak dapat membina perkataan KV+KVK yang disebut secara lisan atau berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Kesukaran ini amat ketara pada membina suku kata KVK.

Murid pemulihan juga terlalu bergantung dengan gambar untuk mengeja perkataan dengan betul hinggakan guru tidak dapat mengenalpasti samada mereka menguasai atau tidak kemahiran mengeja dan menyebut perkataan. Bagi mengetahui murid menguasai sepenuhnya murid harus diberi perkataan tanpa gambar untuk dieja. Ini juga dapat dipastikan dengan meminta mereka membina perkataan yang disebut oleh guru atau berdasarkan gambar yang ditunjukkan.


Kerap bertemu dengan masalah murid pemulihan yang tidak dapat membatang perkataan dengan betul walaupun dia dapat mengeja dengan betul. Contohnya perkataan “baja”, mereka dapat mengeja “b..a” “j..a” tetapi tidak menyebut “baja” sebaliknya menyebut “meja”. Mungkin mereka terbiasa dengan kaedah mengeja sehinggakan lebih kepada mengikut dan menghafal tanpa memahami. Jadi apabila berdepan dengan suku-kata yang berakhir dengan “ja” lalu dibatang “meja”. Begitu juga dengan perkataan “saku” di eja “s..a” “k..u” tetapi dibatang “buku”.


ISU KEPERIHATINAN

Murid sukar untuk mengeja dan membatang perkataan-perkataan KV+KVK yang mempunyai bunyi suku kata  KVK yang berbeza. Sebagai contoh enam perkataan KV+KVK yang akan diajar dalam PdP selama 1 jam iaitu:

badak
Bakar
beras
berus
Betik
botol

Sungguhpun mereka dapat mengeja dan membatang perkataan dengan betul pada awalnya namun ia tidak kekal lama. Ini kerana perkataan-perkataan KV+KVK yang diajar dalam sesuatu PdP mempunyai bunyi yang tidak sama dan tidak ada perkaitan antara satu sama lain.
Goswani dan Byrant (1990) dalam Campbell (1995) kajian mengenai kesedaran  fonemik, menyimpulkan bahawa kemajuan dalam belajar membaca mungkin  merupakan faktor utama dalam menyedari fonem. Oleh yang demikian, pelbagai  kegiatan membaca dan menulis menjadi penting agar murid terlibat dengan bahasa dan  boleh secara aktif membina pengetahuan mereka tentang kaitan huruf dan bunyi. Saya ingin mengubah kaedah PdP dari mengeja sahaja perkataan yang tiada perkaitan fonik kepada kaedah “FONEJA” iaitu Fonik dan Eja. PdP pula akan disusun dengan perkataan perkaitan fonik.


Kaedah Fonik dalam bahasa memberi galakan kepada murid untuk berfikir dan mengkaji kenapa suku kata itu berbunyi demikian. Ia bagi mengelakkan murid daripada hanya menghafal bunyi dengan mengeja setiap suku kata. Murid harus tahu kenapa suku kata itu berbunyi demikian. Inilah yang akan membantu mereka membunyikan suku kata dengan cepat seterusnya membatang perkataan dan membaca ayat dengan mudah.

LANGKAH-LANGKAH PdP KAEDAH FONIK AKHIRAN

Langkah PdP Perkataan KV+KVK. Contoh perkataan yang berakhir dengan “ah”

            1.    Peringkat Persediaan Mengajar.
Mengumpul perkataan-perkataan KV+KVK dalam kumpulan bunyi akhir VK akhir yang sama seperti di bawah:
lebah
pecah
lidah
gagah
gajah
lukah
kalah
rumah
tanah
kepah
darah
basah
getah
bawah


Persedian harus dibuat supaya PdP berjalan lancar. Guru perlu mencari gambar untuk perkataan-perkataan tersebut jika ada sebagai pengukuhan.

2.     Memperkenalkan huruf dan membunyikan suku kata VK.
Murid dikenalkan dengan suku kata VK iaitu “ah” terlebih dahulu serta latih tubi tunjuk dan bunyi “ah” berulang kali. Pada ketika ini guru perlu memastikan  cara menyebut suku kata dengan betul seperti gerakan bibir, lidah, mulut, gigi dan tempat keluar bunyi supaya ia dapat menghasilkan bunyi yang tepat.
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah
ah



3.    Menambah satu huruf konsonan pada depan suku kata KV dan latih tubi membunyi suku kata KVK yang terbentuk.
Guru menambah dengan huruf konsonan di depan dan menyebut suku kata KVK. Kemudian ia ditukar dengan huruf konsonan lain dan murid akan mengulang bunyi yang sama di hujung iaitu “ah”. Murid juga harus diperkenalkan dengan bunyi huruf-huruf konsonan. Contohnya huruf b, bunyi “beh” + ”ah” menjadi “bah”. Murid dilatih membunyikan kumpulan suku kata KVK yang mempunyai fonik yang sama berulang kali.
bah
cah
dah
gah
jah
kah
lah
mah
nah
pah
rah
sah
tah
wah


Pada ketika ini guru perlu memastikan  cara menyebut suku kata dengan betul seperti gerakan bibir, lidah, mulut, gigi dan tempat keluar bunyi supaya ia dapat menghasilkan bunyi yang tepat. Di sini murid akan dapat mengetahui perbezaan dan persamaan bunyi setiap suku kata. Galakan harus diberi kepada murid untuk membunyi sendiri setiap suku kata.


4.    Menambah suku kata KV di hadapan setiap suku kata KVK dan latih tubi membunyikan suku kata KV sahaja tanpa membatang menjadi perkataan.

Setelah menguasai suku kata KVK barulah ditambah suku kata KV di hadapannya menjadikannya perkataan KV+KVK.
lebah
pecah
lidah
gagah
gajah
lukah
kalah
rumah
tanah
kepah
darah
basah
getah
bawah



5.    Membatang kedua-dua suku kata menjadi perkataan bermakna.
Sebagai pengukuhan guru harus menggalakkan murid mengeja juga perkataan walaupun murid sudah boleh menyebut suku kata KV dan KVK dan membatang terus perkataan. Ini kerana ianya akan membantu murid dalam membina suku kata atau perkataan dengan sendiri nanti.
Murid harus diberi galakan untuk cuba membatang sendiri perkataan, biar mereka sendiri menyebut sehingga betul. Pujian dan maklumbalas yang baik perlu diberikan jika mereka berjaya menyebut perkataan dengan betul.


6.    Memasukkan gambar pada perkataan jika ada sebagai pengukuhan.
Setelah murid dapat menyebut perkataan dengan betul, guru boleh memberi pengukuhan lagi dengan memasukkan gambar di bawah perkataan tadi. Berikan pujian kepada murid yang menyebut perkataan dengan betul. Pada perkataan yang tiada gambar guru seharusnya menceritakan maksud perkataan tersebut bagi menambahkan lagi pengetahuan vokabolari murid. Seterusnya murid dikehendaki mengeja dan membatang perkataan berulang kali sebagai pengukuhan

7.   Latihan Interaktif Modul Fonik Akhiran KVKVK 

8.   Latihan Pengukuhan Bertulis Modul Fonik Akhiran KVKVK

Friday, December 13, 2013

Modul KV eTAM

Alhamdulillah. Segala Puji & Puja hanya bagi Allah. Setelah 3 bulan saya berhempas pulas, dengan kesibukan tugas, saya berjaya menyiapkan satu modul yang akan membantu guru-guru Bahasa Melayu terutama guru pra, guru pemulihan, guru Tahun 1.

Modul suku kata KV ini merangkumi suku kata KV bagi kesemua huruf konsonan yang ada kecuali "x". Ini bermakna Konsonan b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, y, z. Kesemua konsonan digabungkan dengan 6 huruf vokal (a, i, u, o, e & e'). Sebagai contoh ba. bi, bu. bo. be & be'.

Modul ini dibangunkan bersama (lihat gambar):

  1. Set Interaktif PdP dalam 2 Versi : PowerPoint & SWF Flash (boleh dibuka pada iPAD, TAB dsb)
  2. Lagu KV (ciptaan sendiri..jangan gelak..tapi sangat berkesan..janji murid suka)
  3. Lembaran Kerja Bertulis
  4. Ujian Lisan
  5. 6 set Permainan Bahasa BINGO.
Set Interaktif PdP Modul KV menitikberatkan kemahiran, mengenal, menyebut, mendengar, mengikut, mengingat & mengecam. Kesemua suku kata dalam Set PdP Interaktif telah dimasukkan suara, bunyi suku kata tersebut, klik sahaja. Seterusnya ditambah kemahiran menulis dengan Lembaran Kerja. 

Bagi aktiviti pengukuhan, disediakan set Permainan Bahasa BINGO. Ada 6 set, bermakna cukut untuk 6 orang murid, print dan potong, kemudian main. Tahu bagaimana cara bermain BINGO. Cikgu sebut satu suku kata, murid cari & tanda suku kata yang disebut..ada 5 setiap suku kata yang perlu ditanda. Kemudian cikgu sebut suku kata lain. Murid yang dapat 5 tanda secara melintang, menegak atau menyerong, dia akan dapat satu B kemudian I hingga lengkap BINGO. Siapa yang dapat BINGO dahulu dikira pemenang.

KEPADA GURU-GURU YANG INGIN MENCUBA GUNA MODUL KV eTAM INI SILA KLIK LINK INI 


Saya menyediakan satu kaedah untuk melihat dan menganalisis tahap pengusaan murid dalam Modul ini. Cuba lihat ini: 

Anda lihat deretan lampu dan "wajah masam" di tepi sebelah kanan? Lampu pertama akan keluar kita murid menekan soalah sekali lagi. Dia menekan kerana dia tidak ingat atau tidak mendengar. Jika ditekan soalan lampu seterusnya akan keluar. Banyak lampu bermakna murid masih lemah. Kemudian "wajah masam" akan keluar apabila murid tidak menyusun dengan betul. Banyak "wajah masam" bermakna dia belum mengenal suku kata.

ANTARA PAPARAN MODUL KV eTAM2.0
Menu Modul Interaktif KV eTAM2.0
Ada 20 Slide bagi Konsonan Popular (kecuali konsonan f,q, v,w, y & z)

Inilah kesemua file dalam Modul KV eTAM. Ada 20 set PdP Interaktif & L.Kerja (set BINGO di dalam L.Kerja)

6 Set BINGO

Ujian Lisan. Cikgu perlu sebut sendiri 6 suku kata secar rawak. Tiap satu suku kata 3 kali.

Ujian Lisan, cikgu sebut ikut Skema yang disediakan, murid bulatkan.

Ujian Lisan Aras tinggi, jika murid berjaya bermakna dia sudah menguasai. Cikgu sebut 3 suku kata sekaligus, beri ada gap 2 saat antara suku kata, murid tulis. Rujuk Skema.

Latihan bertulis. Perlu bantu namakan gambar jika perlu. Ini sudah boleh jadi latihan untuk KVKV.


Thursday, October 31, 2013

Cuba Jadi Komposer

Malam ni saya jadi komposer hehe..punca dapat sorang murid yg pindah dengan mula sekolah dengan tahun 3...jadi inilah bahan yg akan digunakan untuk ajar dia esok...maaf ye suara kurang enak...lagu pun main suka-suka. Saya share...

Klik Di sini