Alhamdulillah. Setelah bertahun saya memberi komitmen terhadap teknik P&P yang menggunakan perisian mudah lagi mesra pengguna iaitu Power Point Presentation, nampaknya ia membuahkan hasil secara langsung dan tidak langsung.
Pada awalnya bahan disiapkan hanya untuk tugasan di maktab. Namun minat mendalam terhadap Power Point mendorong saya untuk mencari keistimewaan yang ada dalam Power Point. Antara 'option' yang sangat istimewa ialah Trigger. Apabila anda boleh menguasai Trigger dalam Power Point berbagai persembahan, permainan dan latihan boleh dibuat.
Antara perkembangan baik yang dizahirkan oleh murid-murid ialah tumpuan dan fokus mereka terhadap P&P. Yang penting dalam P&P adalah kita mampu menarik minat murid untuk belajar. Mereka minat untuk masuk ke kelas pemulihan kerana boleh main 'game'. Mereka sedikit sebanyak tahu menggunakan komputer paling kurang tetikus dan juga papan kekunci. Saya juga berpuas hati kerana salah seorang murid saya iaitu M.Fakhrul Zaki (telah disahkan Murid Berkeperluan Khas) di mana semasa dia tahun 1 (2010) huruf pun dia tidak kenal, sebutan pun masih telor, cakap pun tak jelas, dalam kelas perdana dia tidak pernah belajar, berlari keluar kelas, ganggu kawan, tetapi sekarang sudah boleh membatang perkataan KVKVK. huh puas!
Dulu saya pernah berfikir, bosannya jadi guru pemulihan ajar ABC 123, cikgu lain ajar bermacam ilmu dan rumus. Tapi ia tidak semudah yang disangka. Saya cuba mencari dan membangunkan sesuatu yang berbeza dari mereka belajar di kelas perdana. Akhirnya saya dapat menemui kepuasan berkerja dengan ada perubahan pada penguasaan pelajaran murid walaupun sedikit seterusnya terdapat penghargaan dan pengiktirafan dari rakan-rakan guru dan pentadbir. huh terharu! Sungguhpun agak penat, kadang-kadang bersekang mata meng'explore', try and error untuk membangunkan eTAM.
MARILAH KITA SAMA-SAMA MENCARI KESERONOKAN DAN KEPUASAN BERKERJA SETERUSNYA MENINGKATKAN MUTU DAN PRESTASI KERJA!!!
No comments:
Post a Comment