Lebih setahun berlalu...namun hari ini terasa ingin saya berkongsi kenangan manis sewaktu menyertai deligasi dari Malaysia ke The Fourth Thailand-Malaysia Joint Educational Research Conference 2012 pada 2-6 Julai 2012 di Chiang Mai Thailand. Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana mengurniakan nikmat ini dan terima kasih kepada KPM yang memilih saya untuk menjadi salah seorang peserta ke conference ini.
Sunday, October 27, 2013
Wednesday, October 23, 2013
MODUL 1 eTAM Fonik Akhiran KVKVK
Alhamdulillah sudah siap satu modul beserta lembaran kerja. jadi kepad sesiapa yang berminat untuk memilikinya sila tinggalkan email. Bahan ini telah terbukti keberkesanannya kerana saya telah pun membuat kajian tindakan yang khusus untuk Teknik Fonik Akhiran ini. Ia sangat berkesan kerana ia tidak mencampur aduk perkataan yang berlain bunyi.
MAHU MENCUBA eTAM TEKNIK FONIK AKHIRAN KVKVK?
Klik link ini http://tekodancawan.blogspot.com/2013/09/test.html
Kaedah “FONIK
AKHIRAN eTAM" membantu murid menguasai kemahiran KV+KVK.
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaedah “Fonik
Akhiran eTAM” dalam membantu murid menguasai kemahiran mengeja, membatang dan
menulis perkataan KV+KVK. Ia mengkaji keberkesanan kaedah, kefahaman dan
pengusaan jangka masa panjang membunyikan suku kata “KVK” yang menjadi masalah
utama kepada murid-murid pemulihan khususnya. Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid
pemulihan khas dari Tahun 1, 2 dan 3. Terdapat tiga fokus utama dalam kajian
tindakan ini iaitu yang pertama ransangan murid untuk
berfikir, mencuba membatang perkataan-perkataan dan mengenalpasti corak dan
perkaitan bunyi perkataan KV+KVK dalam keluarga fonik akhiran yang sama.
Seterusnya menggalakkan murid untuk memberi contoh perkataan lain yang
tergolong dalam fonik yang sama dengan perkataan yang dikemukakan oleh guru.
Fok us lain ialah menguji samada murid dapat membina
perkataan KV+KVK berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul. Seterusnya
yang terakhir menguji samada murid dapat membina dan menulis perkataan KV+KVK
yang disebut oleh guru dengan betul. Kajian ini bermula dari 2 Mei 2013
hinggalah 16 Julai 2013 iaitu dengan membuat pemerhatian, Ujian Lisan,
pelaksanaan, Ujian Pos dan menganalisis
dapatan kajian. Akhirnya saya
mendapati murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran KV+KVK. Bagi Ujian
Lisan murid secara purata murid dapat mengeja, dan menyebut dengan betul 8 dari
10 perkataan KV+KVK yang berlainan Fonik Akhiran berbanding samasa Ujian Pra
mereka hanya dapat membatang 3 dari 10 sahaja. Seterusnya bagi Ujian Bertulis
pula mereka menunjukkan sebanyak 81% penguasaan Modul Fonik Akhiran eTAM.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































































