Saturday, June 23, 2012

SOAL SELIDIK PENGGUNA eTAM

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAH TERA

Terima kasih kerana berminat & menggunakan eTAM.

Saya memohon jasa baik tuan & puan untukmeluangkan masa dalam 5 minit bagi menjawab soalan Soal Selidik Pengguna eTAM di bawah. Ini bertujuan untuk membuat kajian dan penambahbaikan terhadap eTAM. Segala keperihatinan tuan puan saya dahulukan dengan TERIMA KASIH.
BERSAMA MENINGKATKAN MUTU P&P!!!


NAMA




EMAIL




JAWATAN




ALAMAT MAJIKAN




Adakah anda pernah menggunakan eTAM?

YA

TIDAK



Apakah koleksi eTAM yang anda miliki?

B.Melayu

Matematik



Topik manakah dalam eTAM yang pernah anda gunakan?




Berapa lama anda menggunakan eTAM di dalam suatu P&P?

5 minit

10 minit

15 minit

30-40 minit

40-60 minit

lebih 1 jam



Berapa kerap anda menggunakan eTAM?

setiap kali P&P

sekurang-kurang sekali seminggu

sekurang-kurang sekali sebulan



Bagaimana reaksi murid dengan eTAM?

sangat teruja

berminat

biasa sahaja

tidak berminat



Adakah murid faham isi pelajaran dengan P&P menggunakan eTAM?

Faham

Kurang Faham

Tidak Faham



Adakah wujud perubahan pada pemahaman dan penguasaan murid terhadap isi pelajaran setelah eTAM digunakan?

YA

TIDAK



Berapa peratuskan perubahan (soalan di atas) tersebut?

0%-20%

21%-40%

41%-60%

61%-80%

81%-100%



Adakah anda memberi murid mengekses sendiri eTAM?

YA

TIDAK



Adakah anda dan murid dapat menggunakan eTAM dengan mudah?

YA

TIDAK



Berapa peratus perubahan prestasi murid dalam peperiksaan setelah menggunakan eTAM?

0%-20%

21%-40%

41%-60%

61%-80%

81%-100%



Adakah eTAM dapat meningkatkan penumpuan murid terhadap P&P?

YA

TIDAK



Adakah eTAM dapat meningkatkan peratus kehadiran murid?

YA

TIDAK



Adakah eTAM mampu mengubah tingkahlaku dan disiplin murid ke arah lebih baik?

YA

TIDAK



Adakah terdapat masalah, kerosakan dan kekurangan pada eTAM yang anda gunakan? Jika ada nyatakan maklumatnya.




Adakah anda ingin memiliki koleksi eTAM yang lain? Jika ada nyatakan dan beri cadangan.




Berikan komen ikhlas anda terhadap eTAM.









This contact form was created by Freedback.

Wednesday, June 20, 2012

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Alhamdulillah, sudah tiba hari yang ditunggu. Petang nanti saya salah seorang pembentang daripada 30 orang yang akan membentang hasil kajian tindakan saya. Tajuk kajian tindakan saya ialah Keberkesanan 'eTAM' Dalam Meningkatkan Penguasaan Murid Pemulihan Khas & LINUS Terhadap 3M (Membaca, Menulis & Mengira). Moga dipermudahkan urusan, dilancarkan lisan dan dibugarkan idea untuk berhadapan dengan peserta yang ramai nanti.

Wednesday, March 14, 2012

KVKKVK masjid.ppsx.mp4

Video eTAM


















JURNAL REFLEKSI: Minggu Kesembilan

Minggu

Kesembilan

Tarikh

16/08/09 ~ 20/08/09

Masalah yang dikenalpasti:

Murid tidak berminat dengan set induksi guru

Mengenalpasti punca masalah:

1. Kurangnya pengalaman dan pengetahuan guru

2. Idea guru tidak menarik

3. Bahan tidak dicari

4. Guru tidak mempunyai rancangan yang baik

Kekuatan Isu:

Guru perlu peka dengan sambutan serta penerimaan murid dan melakukan perubahan jika tidak berkesan

Kelemahan Isu:

Ianya tidak ada perubahan jika guru tidak mahu berfikir dan menilai diri sendiri

Kesan dan Akibat Masalah:

1. Murid tidak berminat dengan P&P

2. Murid tercari-cari apa yang mahu diajar oleh guru

3. Murid cepat bosan dengan aktiviti yang diberikan

Cadangan dan Idea untuk menyelesaikan masalah:

Membuat pembaharuan semula terhadap set induksi berdasarkan komponen kemahiran:

1. Menarik perhatian:

· menggunakan nada suara

· menggunakan bahan bantu mengajar

· menggunakan gerak, isyarat, kontak mata

· menunjukkan satu aktiviti yang menarik

2. Mewujudkan motivasi:

· Meningkatkan perasaan ingin tahu

· Menggunakan teknik bercerita

· Mempamerkan satu aktiviti yang menarik

· Melontarkan soalan yang mencabar

3. Membuat perkaitan:

· Menyatakan had tugas

· Mengemukakan set soalan berkaitan

· Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas

· Menyatakan aktiviti, tugas atau projek

4. Menstruktur:

· Mengaitkan pengetahuan lepas

· Mengemukakan isi pelajaran baru

· Mengaitkan peristiwa semasa

· Mengaitkan minat dan pengalaman murid

Tempoh masa menyelesaikan masalah:

2 minggu

Tindakan susulan

Pelaksanaan Terhadap langkah Penambahbaikan

Refleksi:

Thursday, March 1, 2012

JURNAL REFLEKSI: Minggu Kelapan

Minggu

Kelapan

Tarikh

09/08/09 ~ 13/08/09

Masalah yang dikenalpasti:

Murid yang mempunyai masalah keluarga di rumah.

Mengenalpasti punca masalah:

1. Ibu bapa berpisah

2. Ibu bapa kerap pukul anak

Kekuatan Isu:

1. Murid tersebut perlukan sokongan dari guru, jika guru memberi sokongan dan belaian tentunya memberi suntikan semangat kepada murid tersebut

2. Jika diberi perhatian, murid tersebut boleh rapat dan akrab dengan kita

Kelemahan Isu:

Murid tersebut kurang memberi perhatian, seperti dalam dunianya sendiri.

Kesan dan Akibat Masalah

  1. Murid akan ketinggalan dalam pelajaran.
  2. Murid mengalami kemurungan

Cadangan dan Idea untuk menyelesaikan masalah:

  1. Guru perlu mendampingi murid tersebut
  2. Guru tidak menengking murid, tegur dengan cara berhemah
  3. Guru perlu mencari minat murid
  4. Guru sentiasa menyebut nama, memberi pujian dan galakan kepada murid

Tempoh masa menyelesaikan masalah:

2 minggu

Tindakan susulan


Pelaksanaan Terhadap langkah Penambahbaikan

Refleksi: