Monday, February 13, 2012

JURNAL REFLEKSI: Minggu Ketiga


Minggu

Ketiga

Tarikh

05/07/09 ~ 09/07/09

Masalah yang dikenalpasti:

Murid suka mengganggu rakan yang hendak belajar.

Nama

Sifat dan Sikap

Huzairi

Degil, susah terima arahan, suka bermain dan susah berhenti jika diusik atau diganggu oleh rakan

Anas

Malas, suka buat hal sendiri

Helmi

Suka bergaduh, minat dengan permainan, suka dipuji

Muzaffar

Mesti diperhatikan jika tidak dia buat kerja sendiri, banyak memberi alasan

Ameer

Suka dipuji, agak manja

Raihan

Suka bermain, cepat bosan, inginkan perhatian, hendak yang senang

Aiman

Degil, malas, suka buat hal sendiri, mempengaruhi rakan untuk bermain

Hidayah

Diam, suka menyendiri, senang terima arahan

Wardina

Diam, menunjukkan minat untuk belajar

Hafis

Diam, menunjukkan minat untuk belajar

Hafiss

Diam, suka menyendiri, senang terima arahan

Hafizudin

Menunjukkan minat untuk belajar

Siti

Inginkan perhatian, suka menggangu rakan, suka menjerit

Hassan

Diam, suka mengikut kawan

Nabilah

Diam, slow learner


Perasaan berhubung masalah ini:

Perkara ini mencabar bagi saya sebagai guru pelatih. Memang pada awalnya pening hendak mengawalnya, kerana makin dimarah makin menjadi. Kini saya menganggap mereka seperti anak saya. Biarlah mereka bermain sekalipun tetapi terdapat pembelajaran di dalamnya. Mungkin bagi mereka kelas pemulihan tempat untuk bermain, lepaskan tekanan selepas kelas, guru di kelas mereka garang, guru pemulihan bagi peluang untuk bermain.

Tinjauan ke atas masalah:

Guru-guru yang menjalankan aspek-aspek pengurusan bilik darjah dengan berkesan akan mengenalpasti dan mengelak konflik-konflik dan akan memastikan atau mengelak pertembungan atau gangguan dengan signifikan. Namun, murid akan tetap membawa masalah ke kelas, dan guru-guru yang berkesan pengurusannya sekali pun akan menghadapi atau berdepan dengan sikap tidak menyenangkan yang memerlukan perhatian (Brophy, 1996). Mendisipilinkan murid yang bersikap pengacau hendaklah dijadikan perancangan berterusan, kemahiran yang diperlukan ketika menjalankan pertaruran disiplin adalah keupayaan menjalankan tugasan dengan kumpulan profesional yang akan dapat memberikan dan menumpukan perhatian terhadap salahlaku murid tertentu dan pengetahuan membangunkan dan menjalankan pengurusan dan perancangan disiplin.


Cara mengatasi masalah ini:

Aspek terpenting dalam menghadapi ganguan salahlaku adalah mengembalikan suasana konstruktif. Mengembalikan kawalan bilik darjah dan mengurangkan penglibatan pelajar adalah matlamat sebarang gangguan atau konfrantasi. Beberapa strategi berkesan adalah penting buat guru dalam mengambil tindakbalas terhadap gangguan dan sikap murid diantaranya:

  1. jangan cuba mengadakan keperluan tidak ketentuan atau mengelabah jika terdapat gangguan atau insiden berlaku
  2. jelaskan pendirian anda termasuklah jika ada kesal, kecewa, marah dan terangkan kepada murid
  3. bersikap konsisten dan patuhi serta buat apa yang telah anda nyatakan
  4. bersikap adil dengan nurid. Jika anda melakukan kesilapan, jalankan peraturan tanpa diskriminasi atau adakan tindakan kesusaian dan
  5. pohon maaf kepada murid. Mereka akan lebih menghormati anda kerana bersikap jujur dan terbuka.
  6. Jika sikap dan tingkahlaku murid menjadi serius dan usaha guru tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, strategi berlainan perlulah diadakan termasuklah tindakan yang lebih berat maupun melibatkan penggantungan sekolah.


Tempoh penyelesaian masalah.

Saya meletakkan tempoh sepanjang saya menjalani praktikum di sini, kerana seluruh tindakan perlu dilakukan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran.

Wednesday, February 8, 2012

BENGKEL PEMANTAPAN P&P GURU PEMULIHAN LINUS

Alhamdulillah, sebentar tadi saya baru mengikuti Bengkel Pemantapan P&P anjuran Unit Linus PPD Sabak Bernam yang turut di hadiri En Azhar bin Minai dari JPN Selangor (Unit Pendidikan Khas). En Azhar telah telah memberi taklimat berkenaan Tugas dan Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas dalam Program LINUS. Seterusnya program diteruskan dengan Bengkel Pemantapan P&P bagi Literasi dan Numerasi yang disampaikan oleh FasiLINUS Sabak Bernam iaitu En Hashim Sabran dan En Tohir.

Hasil dan dapatan saya yang baik dari progam ini:
  1. wujudkan kelainan dari yang biasa dalam P&P
  2. kepentingan motivasi guru yang mengajar dan murid yang belajar.
  3. bekerja dengan sejujur dan seikhlas-ikhlasnya.
  4. perbaiki dan ubah cara yang terbukti tidak berkesan untuk murid.
  5. cari kaedah yang terbaik dan sesuai dengan murid semasa kerana ia mungkin tidak sama dengan murid lain dan sentiasa berubah.

ANDA BOLEH MUAT TURUN BAHAN DAN NOTA DI BAWAH:

http://www.sendspace.com/filegroup/yWWx%2FLv7AnS70YokP0gieG%2FiPyI167ej

Monday, February 6, 2012

JURNAL REFLEKSI: Minggu Kedua

Minggu

Kedua

Tarikh

28/06/09 ~ 02/07/09

Masalah yang dikenalpasti:

Murid suka bermain, membuat bising dan tidak memberikan perhatian.

Perasaan berhubung masalah ini:

Saya memandang masalah ini sebagai salah satu dari tingkahlaku yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana murid lain tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan termasuklah saya juga terganggu kerana hendak mengawal keadaan di samping mengajar. Pada awalnya saya agak tertekan dengan sikap murid begini. Namun setelah direnung kembali inilah sifat mereka, murid tahun 2, berumur 8 tahun mestilah seronok hendak bermain. Saya terkejut, pening, dan agak buntu dengan karenah murid yang sebegini rupa, 6 dari 12 orang murid amat hyperaktif, mengganggu rakan, berlari mengejar rakan, naik ke atas meja, membaling benda, apabila dilarang lagi dibuatnya, menjerit dan sebagainya. Tetapi saya harus menerima mereka seadanya dan mengerti inilah cabaran sebenar guru pemulihan khas.

Tinjauan ke atas masalah:

Murid ini sangat hyperaktif, mereka tidak boleh duduk diam walaupun seminit, mesti ada perkara yang perlu dibuatnya. Oleh itu setiap saat masa mereka perlu diisi dengan aktiviti berguna, tidak boleh ada ruang bagi mereka melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Faktor yang mengundang masalah ini :

1. kebosanan (boredoom) – kegagalan dalam menyampaikan aktiviti bilik darjah yang menarik; menetapi masa; mencabar dan relevan

2. keupayaan menjalankan tugasan yang diberikan guru - yang disebabkan kerana mungkin ianya terlalu sukar; dinyatakan dalam bahasa yang tidak sesuai atau tidak jelas arahan yang diberikan

3. usaha yang terlalu panjang yang sukar dikekalkan dalam sesuatu masa yang panjang

4. organisasi guru yang lemah - alat visual tidak berfungsi atau terlalu banyak gangguan ketika perjalan pengajaran

5. kekeliruan terhadap kemahuan guru - guru gagal memaklumkan dengan jelas mengenai perlakuan yang diinginkan

6. interaksi sosial atau rakan - perbualan atau sikap berlebihan yang membawa sehingga luar bilik darjah, tempat permainana atau luar sekolah

7. tahap akademik yang rendah - kurang keyakinan terhadap diri sendiri kerana pernah menghadapi kegagalan

Cara mengatasi masalah ini:

1. Menyediakan P&P dan permainan yang lebih menarik yang mengandungi elemen yang boleh mereka lihat, dengar, sentuh, rasa dan bergerak.

2. Bahasa yang digunakan dalam arahan mestilah jelas dan terang supaya ianya mudah difahami

3. P&P dan permainan tidak menekan murid, tidak menggunakan masa yang panjang hingga membosankan mereka.

4. Perlu adanya kalah menang dan kesudahan yang realiti selepas sesuatu permainan.

5. Membuat persediaan yang awal dari segi peralatan yang mahu digunakan ewaktu P&P dan permainan bagi mengelakkan sebarang gangguan dan memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancer.

6. Melayan seketika apa yang murid mahu katakan dan memastikan ianya tidak terkeluar dari topik pembelajaran.

7. Mendampingi mereka secara individu bagi mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan secara berperingkat.

Tempoh penyelesaian masalah.

Saya meletakkan tempoh sepanjang saya menjalani praktikum di sini, kerana seluruh tindakan perlu dilakukan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelan Tindakan

Perkara

Keterangan Tindakan

Tempoh

P&P yang menarik

ABM perlu diperbaiki, gambar perlu sesuai, masukkan elemen audio, adakan latihan interaktif berkomputer, libatkan semua dalam setiap aktiviti.

Berterusan

Bahasa

Bahasa perlu lebih jelas, tidak bercakap dengan cepat, perlu ada “eyecontact”

Berterusan

Masa

Kena tepati masa seperti yang dirancangkan

Berterusan

Permainan yang berkesan

Cari idea untuk menjalankan permainan dari rancangan TV, internet, guru-guru berpengalaman dan rakan-rakan

Berterusan

Persediaan

Persediaan diri, ABM dan peralatan seperti LCD, “sound” dan “cable”.

Berterusan

Interaksi

Perlukan interaksi 2 hala sewaktu P&P, kaitkan dengan pengalaman dan pengetahuan murid

Berterusan

Mendampingi

Perlu bercakap dengan murid, ketahui masalah mereka, cari apa yang mereka minat

Berterusan