Wednesday, March 29, 2023

Bahan Interaktif Visual & Audio abc

Pelbagai usaha dan teknik diusahakan oleh guru untuk memastikan murid menguasai asas membaca dan menulis yang bermula dengan huruf abc. Maka saya juga turut membina dua bahan untuk memastikan murid menguasai huruf a-z.

Bahan Visual: Matrik Huruf

  • murid membandingkan 2 huruf terutama bentuk huruf
  • murid akan menyebut kedua-dua huruf berulang kali untuk mengecam kedudukan huruf dalam 9 petak yang ditayangkan.
  • murid mengulang lagi menyebut huruf untuk menaip huruf di dalam 9 petak yang disediakan.
  • murid belajar huruf kecil dan besar untuk menaip pada 9 petak huruf.
  • membolehkan murid membezakan dan mengecam bentuk huruf yang seakan-akan sama.
  • membantu murid mengingat nama dan bentuk huruf.




 Bahan Audio: Dengar dan Pilih Huruf

  • murid membandingkan beberapa huruf yang mempunyai sebutan nama huruf yang hampir sama.
  • murid akan mendengar, mengajuk dan menyebut huruf-huruf berulang kali untuk mengecam bunyi huruf dalam 12 ikon audio yang didengar.
  • murid mengulang mendengar, mengajuk dan menyebut huruf-huruf untuk memilih huruf yang sama dengan huruf di atas pada dalam 12 ikon audio yang didengar.
  • membolehkan murid membezakan, mengecam bunyi huruf yang seakan-akan sama.
  • membantu murid mengingat nama dan bentuk huruf.
  • melatih murid menyebut huruf dengan betul.



Download & Extract File di bawah. Pindahkan ke komputer anda. Jangan lupa install font Pemulihan Khas yang terdapat di dalam tersebut.

Thursday, February 9, 2023

LEMBARAN KERJA MATEMATIK

Insya Allah saya akan menghasilkan lembaran kerja Matematik (ASAS NUMERASI) yang disusun secara berperingkat dari aras rendah hingga tinggi dari masa ke semasa. Anda boleh muat turun dari link di bawah.

10/2/2023: Konsep Tambah, Ayat Matematik, Bentuk Lazim & Penyelesaian Masalah


DOWNLOAD LINK: LEMBARAN KERJA TAMBAH

Saturday, February 4, 2023

MODUL IMLAK eTAM

Imlak iaitu kemahiran membina perkataan dan ayat merupakan aras yng tinggi khususnya untuk murid-murid pemulihan. Oleh itu saya menyusun perkataan-perkataan secara mekanis untuk memudahkan murid membina perkataan. Malah bahan interaktif imlak ini dibangunkan menggunakan PowerPoint dan juga turut dibuat dalam bentuk APK yang boleh dipasang pada telefon pintar. Ini kerana bahan ini akan memudahkan guru menjalankan latihan imlak secara kendiri di mana-mana sahaja.


Di sini saya sediakan download link untuk tuan/ puan muat turun: 

MODUL IMLAK DIFTONG & VOKAL BERGANDING

Terdapat juga modul lama yang saya bangunkan khusus untuk murid melatih membina perkataan yang terus boleh taip dan semak pada komputer. 

Muat Turun: Imlak Konstruk 5 (perkataan yang ada suku kata KVK)






Wednesday, February 1, 2023

MODUL 41 KVKV

Merupakan satu modul pintas yang dibangunkan untuk mengajar kemahiran suku kata terbuka KV seterusnya kemahiran perkataan KVKV. 

Ia diklasifikasikan sebagai pintas kerana:

a) memperkenalkan KV dengan 4 konsonan pada 1 masa dan terus bentuk perkataan dalam pertikan pendek bacaan bergred (asal-usul nama Modul 41 KVKV).

b) tidak perlu untuk murid kenal semua huruf a-z. Terus kenalkan set 1. Pada masa tersebut kenalkan mereka dengan 4 konsonan.

c) setiap set disusun mengikut konsonan yang mudah terlebih dahulu dan diasingkan konsonan yang boleh mengelirukan pada satu masa.

    Set 1:    t,n,s,w

    Set 2:   k,c,y,m

    Set 3:    d,l,g,p

    Set 4:    h,r,j,b

    Set 5:    b,c,d,f + o,e,e

    Set 6:    g,h,j,k +  o,e,e

    Set 7:    l,m,n,p + o,e,e

    Set 8:    r,s,t,y + o,e,e

Sebelum ini saya telah muat naik Modul 41 KVKV untuk digunakan secara online semasa PdPR yang lalu. Klik setiap link mengikut set di bawah untuk menggunakan secara online:

Klik link: MODUL 41 KVKV eTAM ONLINE


Saya juga ingin berkongsi secara PERCUMA MODUL 41 KVKV OFFLINE.  

Boleh dimuat turun melalui link di bawah:  

DOWNLOAD LINK : MODUL 41 KVKV eTAM


BAHAN INTERAKTIF POWERPOINT


LATIHAN BERTULIS: PRINTABLE


MODUL 41 KVKV VERSI APK:

 (INSTALL PADA TELEFON PINTAR)



PANDUAN LATIHAN BERTULIS: 

BERSUARA UNTUK BANTU MURID JAWAB LATIHAN BERTULIS


MODUL BACAAN BERGRED: PRINTABLE



Friday, January 27, 2023

MODUL EDUSUKA eTAM ONLINE & OFFLINE

MODUL EDUSUKA

Eja DuSuku Kata Terbuka berlainan Huruf Vokal

Alhamdulillah, Subhanallahi Wa Bihamdihi, dengan rezeki pemberianNya, dapat saya siapkan Modul Edusuka Offline. Tuan puan boleh download dan buka pada komputer menggunakan perisian PowerPoint (jangan buka menggunakan google drive pula kerana ia hanya dapat view sahaja). Ini saya bina khusus untuk digunakan di kawasan yang tiada talian internet. Disediakan juga lembaran kerja bertulis untuk dicetak. Jika tuan puan kurang berpuas hati dengan gambar yang dipilih boleh edit pada file asal.


MODUL EDUSUKA OFFLINE

KLIK: MUAT TURUN PENUH MODUL EDUSUKA eTAM


Sebelum ini saya telah bina modul ini dalam versi Online (2021) seperti di bawah:

Pilih & Klik Set Modul Edusuka Online di bawah: 
            Set 1 _a_i            
        Set 3 _i_a        
               Set 4 _i_u              
            Set 5 _u_a