1.0
NAMA SEKOLAH
SK
SUNGAI HAJI DORANI
45300
SUNGAI BESAR
SELANGOR
D.E
(TEL/FAX:
0332243967 HP: 0134803169)
2.0
PENYELIDIK
MUHAMAD
BASTAMI BIN ZAKARIA (IC: 820519-02-5049)
3.0
TAJUK KAJIAN
Kaedah “FONEJA”, “BINGO” dan
“eTAM Fonik” membantu murid menguasai kemahiran KV+KVK.
4.0
REFLEKSI PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN LALU
Kebanyakan murid pemulihan khas mengalamai masalah untuk
menguasai kemahiran KV+KVK. Walaubagaimanapun mereka tidak bermasalah dengan
suku kata KV. Tetapi mereka tidak dapat membatang mengeja sukukata KVK di dalam
perkataan KV+KVK Contohnya perkataan “bakul”, murid dapat mengeja “b..a” namun
tidak dapat mengeja suku kata “kul”. Mereka hanya mengeja “k..u”, manakala “l”
di hujungnya ditinggalkan.
Oleh yang demikian murid pemulihan tidak dapat membina
perkataan KV+KVK yang disebut secara lisan atau berdasarkan gambar yang
ditunjukkan. Kesukaran ini amat ketara pada membina suku kata KVK.
Murid pemulihan
juga terlalu bergantung dengan gambar untuk mengeja perkataan dengan betul
hinggakan guru tidak dapat mengenalpasti samada mereka menguasai atau tidak
kemahiran mengeja dan menyebut perkataan. Bagi mengetahui murid menguasai
sepenuhnya murid harus diberi perkataan tanpa gambar untuk dieja. Ini juga
dapat dipastikan dengan meminta mereka membina perkataan yang disebut oleh guru
atau berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
Kerap bertemu dengan masalah murid pemulihan yang tidak
dapat membatang perkataan dengan betul walaupun dia dapat mengeja dengan betul.
Contohnya perkataan “baja”, mereka dapat mengeja “b..a” “j..a” tetapi tidak
menyebut “baja” sebaliknya menyebut “meja”. Mungkin mereka terbiasa dengan
kaedah mengeja sehinggakan lebih kepada mengikut dan menghafal tanpa memahami.
Jadi apabila berdepan dengan suku-kata yang berakhir dengan “ja” lalu dibatang
“meja”. Begitu juga dengan perkataan “saku” di eja “s..a” “k..u” tetapi
dibatang “buku”.
5.0
ISU KEPERIHATINAN / FOKUS
KAJIAN
Murid sukar untuk mengeja dan membatang
perkataan-perkataan KV+KVK yang mempunyai bunyi suku kata KVK yang berbeza. Sebagai contoh enam
perkataan KV+KVK yang akan diajar dalam PdP selama 1 jam iaitu:
badak
|
Bakar
|
beras
|
berus
|
Betik
|
botol
|
Sungguhpun mereka dapat mengeja dan membatang perkataan
dengan betul pada awalnya namun ia tidak kekal lama. Ini kerana
perkataan-perkataan KV+KVK yang diajar dalam sesuatu PdP mempunyai bunyi yang
tidak sama dan tidak ada perkaitan antara satu sama lain.
Goswani dan
Byrant (1990) dalam Campbell (1995) kajian mengenai kesedaran fonemik, menyimpulkan bahawa kemajuan dalam
belajar membaca mungkin merupakan faktor
utama dalam menyedari fonem. Oleh yang demikian, pelbagai kegiatan membaca dan menulis menjadi penting
agar murid terlibat dengan bahasa dan
boleh secara aktif membina pengetahuan mereka tentang kaitan huruf dan
bunyi. Saya ingin mengubah kaedah PdP dari mengeja sahaja perkataan yang tiada
perkaitan fonik kepada kaedah “FONEJA” iaitu Fonik dan Eja. PdP pula akan
disusun dengan perkataan perkaitan fonik.
Kaedah Fonik
dalam bahasa memberi galakan kepada murid untuk berfikir dan mengkaji kenapa
suku kata itu berbunyi demikian. Ia bagi mengelakkan murid daripada hanya
menghafal bunyi dengan mengeja setiap suku kata. Murid harus tahu kenapa suku
kata itu berbunyi demikian. Inilah yang akan membantu mereka membunyikan suku
kata dengan cepat seterusnya membatang perkataan dan membaca ayat dengan mudah.
6.0
OBJEKTIF KAJIAN
6.1
OBJEKTIF AM
Murid dapat mengeja atau membatang
terus perkataan KV+KVK dengan betul.
6.2
OBJEKTIF KHUSUS
·
Meransang
murid untuk berfikir, mencuba membatang perkataan-perkataan dan mengenalpasti
corak dan perkaitan bunyi perkataan KV+KVK dalam keluarga fonik akhir yang
sama.
·
Menggalakkan
murid untuk memberi contoh perkataan lain yang tergolong dalam fonik yang sama
dengan perkataan yang dikemukakan oleh guru.
·
Murid
dapat membina perkataan KV+KVK berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul.
·
Murid
dapat membina dan menulis perkataan KV+KVK yang disebut oleh guru dengan betul.
7.0
KUMPULAN SASARAN
Murid pemulihan yang telah pun menguasai kemahiran KV+KV yang
terdiri daripada murid tahap satu.
8.0
TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Bielby (1999) pula menyatakan semua guru perlu berbincang
dengan murid dan pada masa tertentu
mereka juga perlu membincangkan cara menyesuaikan bunyi huruf dengan perkataan.
Walau bagaimanapun, istilah ‘mengajar fonik’ digunakan secara umum untuk
mengajar murid-murid di peringkat awal secara bersistematik bagi membunyikan huruf secara rutin untuk mengekod
perkataan. Murid diajar membunyikan huruf secara lantang kemudian menggabungkan
bunyi. Guru mendengar apa yang dibunyikan oleh murid. Pendekatan ini
membolehkan murid membunyikan huruf baharu dengan mudah dan cepat. Menurut
beliau lagi, fonik memberikan cara yang positif dalam mengenal pasti bunyi
huruf baharu dan boleh mengembangluaskan kecekapan grafafonik.
Kaedah fonik ini boleh diguna pakai dalam jangka masa
panjang. Heilman (1993) menyatakan belajar untuk mengenal pasti perkataan
merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah mengenal huruf. Oleh
yang demikian, murid perlu mempelajari hubungan antara kiu visual (huruf) dan
bunyi yang diungkapkan (hubungan fonem-grafem). Setelah melalui latihan
berulang kali, maka perkataan pun dikenal pasti. Perkataan yang sudah dikenal
pasti ini tidak lagi memerlukan usaha murid untuk membuat pengecaman. Tahap ini
disebut sebagai belajar membaca. Belajar untuk membaca adalah tugas sukar
kerana mempelajari gabungan bunyi dan huruf sangat asing pada pengalaman lalu
murid. Oleh yang demikian perkataan-perkataan KV+KVK yang diajar dalam satu PdP
harus mempunyai berkaitan dan bunyi yang sama. Dengan ini murid lebih mudah
untuk memahami dan mengingat dalam membatang suku kata KVK. Murid juga harus
diberi peluang untuk mencari di mana corak atau persamaan suku kata KVK
daripada perkataan-perkataan yang diajar. Mereka harus digalakkan untuk mencuba
membunyikan suku kata KVK dengan sendiri.
8.1 Langkah
PdP Perkataan KV+KVK. Contoh perkataan yang berakhir dengan “ah”
8.1.1 Peringkat Persediaan Mengajar.
Mengumpul perkataan-perkataan KV+KVK
dalam kumpulan bunyi akhir VK akhir yang sama seperti di bawah:
lebah
|
pecah
|
lidah
|
gagah
|
gajah
|
lukah
|
kalah
|
rumah
|
tanah
|
kepah
|
darah
|
basah
|
getah
|
bawah
|
|
Persedian harus dibuat supaya PdP
berjalan lancar. Guru perlu mencari gambar untuk perkataan-perkataan tersebut
jika ada sebagai pengukuhan.
8.1.2 Memperkenalkan huruf dan membunyikan suku
kata VK.
Murid dikenalkan dengan suku kata VK
iaitu “ah” terlebih dahulu serta latih tubi tunjuk dan bunyi “ah” berulang
kali. Pada ketika ini guru perlu memastikan cara menyebut suku kata dengan betul seperti gerakan
bibir, lidah, mulut, gigi dan tempat keluar bunyi supaya ia dapat menghasilkan
bunyi yang tepat.
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
ah
|
|
8.1.3 Menambah
satu huruf konsonan pada depan suku kata KV dan latih tubi membunyi suku kata
KVK yang terbentuk.
Guru menambah dengan huruf konsonan di
depan dan menyebut suku kata KVK. Kemudian ia ditukar dengan huruf konsonan
lain dan murid akan mengulang bunyi yang sama di hujung iaitu “ah”. Murid juga
harus diperkenalkan dengan bunyi huruf-huruf konsonan. Contohnya huruf b, bunyi
“beh” + ”ah” menjadi “bah”. Murid dilatih membunyikan kumpulan suku kata KVK
yang mempunyai fonik yang sama berulang kali.
bah
|
cah
|
dah
|
gah
|
jah
|
kah
|
lah
|
mah
|
nah
|
pah
|
rah
|
sah
|
tah
|
wah
|
|
Pada ketika ini guru perlu
memastikan cara menyebut suku kata
dengan betul seperti gerakan bibir, lidah, mulut, gigi dan tempat keluar bunyi
supaya ia dapat menghasilkan bunyi yang tepat. Di sini murid akan dapat mengetahui
perbezaan dan persamaan bunyi setiap suku kata. Galakan harus diberi kepada
murid untuk membunyi sendiri setiap suku kata.
8.1.4 Menambah suku
kata KV di hadapan setiap suku kata KVK dan latih tubi membunyikan suku kata KV
sahaja tanpa membatang menjadi perkataan.
Setelah menguasai suku kata KVK
barulah ditambah suku kata KV di hadapannya menjadikannya perkataan KV+KVK.
lebah
|
pecah
|
lidah
|
gagah
|
gajah
|
lukah
|
kalah
|
rumah
|
tanah
|
kepah
|
darah
|
basah
|
getah
|
bawah
|
|
8.1.5 Membatang
kedua-dua suku kata menjadi perkataan bermakna.
Sebagai pengukuhan guru harus
menggalakkan murid mengeja juga perkataan walaupun murid sudah boleh menyebut
suku kata KV dan KVK dan membatang terus perkataan. Ini kerana ianya akan
membantu murid dalam membina suku kata atau perkataan dengan sendiri nanti.
Murid harus diberi galakan untuk cuba
membatang sendiri perkataan, biar mereka sendiri menyebut sehingga betul.
Pujian dan maklumbalas yang baik perlu diberikan jika mereka berjaya menyebut
perkataan dengan betul.
8.1.6 Memasukkan
gambar pada perkataan jika ada sebagai pengukuhan.
Setelah murid dapat menyebut perkataan
dengan betul, guru boleh memberi pengukuhan lagi dengan memasukkan gambar di
bawah perkataan tadi. Berikan pujian kepada murid yang menyebut perkataan
dengan betul. Pada perkataan yang tiada gambar guru seharusnya menceritakan
maksud perkataan tersebut bagi menambahkan lagi pengetahuan vokabolari murid.
Seterusnya murid dikehendaki mengeja dan membatang perkataan berulang kali
sebagai pengukuhan
lebah
|
lidah
|
rumah
|
pecah
|
getah
|
gajah
|
8.1.7 Meminta
murid memadankan suku kata KVK pada tempat yang betul.
Sediakan pilihan jawapan iaitu suku
kata KVK untuk semua soalan. Minta murid padankan pada tempat yang betul.
Sekiranya murid tidak dapat memadan minta mereka mengeja semula suku kata.
8.1.8 Meminta
murid menulis suku kata KVK pada tempat yang disediakan.
9.0
BAHAN YANG DICADANGKAN
9.1
Senarai perkataan-perkataan
terbaik KV+KVK dalam bagi pelbagai fonik akhiran popular.
BIL
|
Fonik
Akhiran Popular
|
Modul
1
|
Modul
2
|
Modul
2
|
1
|
ah
|
ih
|
uh
|
2
|
ak
|
ik
|
uk
|
3
|
al
|
il
|
un
|
4
|
am
|
in
|
up
|
5
|
an
|
ir
|
ur
|
6
|
ap
|
is
|
us
|
7
|
ar
|
it
|
ut
|
8
|
as
|
|
|
9
|
at
|
|
|
Terdapat
23 kumpulan perkataan yang akan di senarai setiap satu kumpulan antara 9 hingga
15 perkataan.
9.2
Kad-kad untuk menulis suku
kata yang boleh dipadam
Perlu
mendapatkan kad-kad untuk menulis suku kata yang boleh dipadam. Ini membolehkan
guru dapat menulis di atasnya langkah demi langkah seperti perkara 8.1.1 hingga
8.1.8.
9.3
Gambar-gambar sokongan bagi
perkataan KV+KVK
Perlu mencari gambar berwarna
untuk pengukuhan semasa PdP perkataan dan gambar hitam putih bagi membina
lembaran kerja bertulis. Gambar juga akan digunakan untuk membina perisian eTAM
Fonik KV+KVK sebagai PdP harian dan Latihan Interaktif Berkomputer.
9.4
Lembaran kerja berperingkat.
Membina lembaran kerja untuk setiap
PdP harian. Lembaran kerja yang dibina haruslah berperingkat daripada mudah ke
susah
9.5
Latihan Pengukuhan: Permainan
BINGO suku kata KVK
Merangka Permainan BINGO sebagai
pengukuhan suku kata dan perkataan. Ia membolehkan murid eja berulang kali,
membina suku kata dan perkataan. Murid akan membuat pengulangan, pengecaman
secara tidak langsung terhadap kemahiran yang di ajar.
9.6
eTAM Fonik KV+KVK
Membangunkan
perisian eTAM Fonik KV+KVK yang berfungsi sebagai membantu PdP menggantikan
flash card seterusnya memuatkan latihan interaktif berkomputer.
Latihan
interaktif yang dibangunkan adalah berperingkat dari mudah ke susah yang juga
menitikberatkan penumpuan, pengulangan, pengecaman dan meningkat fokus murid
terhadap pelajaran.
10.0 JADUAL
PELAKSANAAN KAJIAN
BIL
|
AKTIVITI
|
TARIKH
|
1
|
Soal
selidik, temubual dan pemerhatian bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan
murid
|
2 MEI 20013
|
2
|
Menulis
Proposal Kajian Tindakan
|
20 MEI 2013
|
3
|
Ujian
Pra: Soalan Lisan dan bertulis (kaedah biasa sebelum Pengkelasan Fonik)
|
10 JUN 2013
|
4
|
Analisis
Ujian Pra
|
17 JUN 2013
|
5
|
Penyediaan
perkataan-perkataan terbaik KV+KVK dalam bagi pelbagai fonik akhiran popular.
|
20 MEI 2013
|
6
|
Menyediakan
kad-kad untuk menulis suku kata yang boleh dipadam
|
20 MEI 2013
|
7
|
Mencari
dan mengumpul gambar-gambar sokongan perkataa KV+KVK yang dipilih.
|
20 MEI 2013
|
8
|
Membina
lembaran kerja
|
20 MEI 2013
|
9
|
Membangunkan
eTAM Fonik KV+KVK
|
20 MEI 2013
|
10
|
Melaksanakan
PdP Berjadual KV+KVK kaedah Fonik, Latihan Pengukuhan BINGGO dan Latihan
Interaktif eTAM Fonik.
|
18 JUN 2013
|
11
|
Ujian
Pos.
|
15 JULAI 2013
|
12
|
Analisis
Ujian Pos
|
16 JULAI 2013
|
13
|
Menulis
Kajian Tindakan
|
17 JULAI 2013
|
11.0 KOS
KAJIAN
BIL
|
JENIS BAHAN
|
KOS (RM)
|
1
|
Kertas
Putih A4 2 Rim X RM10
|
20
|
2
|
Kertas
keras A4
|
20
|
3
|
Kad-kad
suku kata (boleh padam) & kad gambar
|
30
|
4
|
Blue
Tag
|
10
|
5
|
Ink
Refill Printer
|
50
|
|
JUMLAH
|
130
|
12.0 LAMPIRAN