Wednesday, March 14, 2012

KVKKVK masjid.ppsx.mp4

Video eTAM


















JURNAL REFLEKSI: Minggu Kesembilan

Minggu

Kesembilan

Tarikh

16/08/09 ~ 20/08/09

Masalah yang dikenalpasti:

Murid tidak berminat dengan set induksi guru

Mengenalpasti punca masalah:

1. Kurangnya pengalaman dan pengetahuan guru

2. Idea guru tidak menarik

3. Bahan tidak dicari

4. Guru tidak mempunyai rancangan yang baik

Kekuatan Isu:

Guru perlu peka dengan sambutan serta penerimaan murid dan melakukan perubahan jika tidak berkesan

Kelemahan Isu:

Ianya tidak ada perubahan jika guru tidak mahu berfikir dan menilai diri sendiri

Kesan dan Akibat Masalah:

1. Murid tidak berminat dengan P&P

2. Murid tercari-cari apa yang mahu diajar oleh guru

3. Murid cepat bosan dengan aktiviti yang diberikan

Cadangan dan Idea untuk menyelesaikan masalah:

Membuat pembaharuan semula terhadap set induksi berdasarkan komponen kemahiran:

1. Menarik perhatian:

· menggunakan nada suara

· menggunakan bahan bantu mengajar

· menggunakan gerak, isyarat, kontak mata

· menunjukkan satu aktiviti yang menarik

2. Mewujudkan motivasi:

· Meningkatkan perasaan ingin tahu

· Menggunakan teknik bercerita

· Mempamerkan satu aktiviti yang menarik

· Melontarkan soalan yang mencabar

3. Membuat perkaitan:

· Menyatakan had tugas

· Mengemukakan set soalan berkaitan

· Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas

· Menyatakan aktiviti, tugas atau projek

4. Menstruktur:

· Mengaitkan pengetahuan lepas

· Mengemukakan isi pelajaran baru

· Mengaitkan peristiwa semasa

· Mengaitkan minat dan pengalaman murid

Tempoh masa menyelesaikan masalah:

2 minggu

Tindakan susulan

Pelaksanaan Terhadap langkah Penambahbaikan

Refleksi:

Thursday, March 1, 2012

JURNAL REFLEKSI: Minggu Kelapan

Minggu

Kelapan

Tarikh

09/08/09 ~ 13/08/09

Masalah yang dikenalpasti:

Murid yang mempunyai masalah keluarga di rumah.

Mengenalpasti punca masalah:

1. Ibu bapa berpisah

2. Ibu bapa kerap pukul anak

Kekuatan Isu:

1. Murid tersebut perlukan sokongan dari guru, jika guru memberi sokongan dan belaian tentunya memberi suntikan semangat kepada murid tersebut

2. Jika diberi perhatian, murid tersebut boleh rapat dan akrab dengan kita

Kelemahan Isu:

Murid tersebut kurang memberi perhatian, seperti dalam dunianya sendiri.

Kesan dan Akibat Masalah

  1. Murid akan ketinggalan dalam pelajaran.
  2. Murid mengalami kemurungan

Cadangan dan Idea untuk menyelesaikan masalah:

  1. Guru perlu mendampingi murid tersebut
  2. Guru tidak menengking murid, tegur dengan cara berhemah
  3. Guru perlu mencari minat murid
  4. Guru sentiasa menyebut nama, memberi pujian dan galakan kepada murid

Tempoh masa menyelesaikan masalah:

2 minggu

Tindakan susulan


Pelaksanaan Terhadap langkah Penambahbaikan

Refleksi: